27 March 2017

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City

Dengar macam ilmiahhh sangatkan nama event ni. Launching ICP-MS? Apabenda ICP-MS ni. Kalau launching new Iphone model, glamourlah jugakkan. Ini IIIIII...CP-MS...Memang ramailah have no idea apa benda alah ICP-MS ni. Ahaks. Yea of course event tak berapa nak glamour yang setakat nak launch new scientific instrument (yea. ICP-MS adalah scientific instrument) sahaja. Tapi, event ini dibuat di tempat yang boleh tahan jugak hebatnya. Kali ni Perkin Elmer pilih untuk launch model baru ICP-MS nya di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South City. 

Perkin Elmer keluarkan model baru untuk ICP-MS system yang dinamakan NexIon 2000. Nama model ICP-MS seakan-akan nama event centre ini. Just buang ‘Con’ sahaja. Pandai Perkin Elmer cari tempat. And yes, nama produk baru ini pun tak glamour jugak.  Tapi bagi yang dah biasa mengunakan ICP-MS, akan tahulah kehebatan model terbaru keluaran Perkin Elmer ini.


Semua laboratory representative daripada pelbagai jenis agensi baik gomen mahupun swasta dijemput untuk menghadiri new product launching ini. Lina tak dapat join, so saya ajak Isaac. Event ini tak ada limit pun berapa orang yang boleh hadir dari setiap tempat. Tapi still kena RVSP sebab tempatnya terhad.

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Registration area. Dah ada tue morning tea break. 

Pelancaran model baru ICP-MS dilakukan oleh Global ICP-MS Product Manager, Dr. Fadi Abou Shakra. Selepas itu, Product Specialists  dan juga Dr. Fadi  memberi taklimat mengenai produk baru tersebut.


Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Product Launching by Dr. Fadi

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Dah macam birthday celebration pun ada..Ada belon bagai.

Yang seronoknya dengan seminar macam ini, orang yang bukan ICP-MS user macam saya ni, tetap dapat jemputan untuk menghadiri seminar ini. Yea event ini memang dengar macam skima-skima gitu. Tapi sekali organize akan buat di tempat yang agak high class. Kalau dah nama agak high class, makan pun high class jugaklah. Makan sampai tiga kali. Food buffet dari morning teabreak, lunch & afternoon teabreak sama taraf dengan 5-star hotel. Organizer memang invest kaw-kaw bila buat new product launching. Saya & Isaac apalagi, kerja makan ajela..Ahaks.

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Baru nak bergambar dengan NexIon, ada pulak photoboom guna belakang badan.


Tapi jangan kitaorang ber honeymoon bagai pulak di event ni. Balik seminar, bos dah tunggu report daripada kitaorang berdua. Apa input yang dapat daripada seminar ni. Kalau report not so convincing, alamaknya lepas ni memang susah dahlah nak dapat approval untuk join seminar macamtu lagi. Mula-mula susah hati jugak memikir macam mana nak buat report. Yeala, produk tu langsung tak ada kaitan dengan yang saya guna sekarang kot. Yang saya guna di lab adalah ICP-OES. Yang launch tu ICP-MS. Dengar macam lebih kurang sama. Dua-dua ada ICP, tapi aplikasinya jauh berbeza. Tak adanye lah saya nak cerita apa beza dua instruments di entri ni. Kalau nak tahu jugak, google ajela yea.

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Makang time


Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Main course

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Dessert

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Close up setiap dessert yang ada (panggil close up ke.)

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Salad

Bila dah dengar betul-betul presentation sampai habis, barulah dapat sedikit info yang sangat berkaitan dengan instrument yang saya operate sekarang. Lega bila tahu boleh buat report dengan jayanya.

Attend Perkin Elmer Product Launch of New ICP-MS At Bangsar South City
Afternoon tea break

Sebelum event habis, ada sesi lucky draw. Grand prize adalah Ice watch, Swatch watch & Samsung Tab. Dapat tab tue. Isaac sanggup stay sebab nak cuba nasib menang lucky draw. Saya terpaksalah tunggu jugak sebab carpool dengan Isaac.  Kalau saya seorang jea, dah lama balik sebab tahu tak akan menang. Saya ni tak pernah bertuah dalam lucky draw. Tunggu punya tunggu, tengok-tengok Isaac & of course saya tak menang. Haha.  Dah tak menang, balik semula ke ALH dengan hati yang hampa..Huhu.

6 comments:

  1. Samalah kita. Jarang dapat lucky draw. Hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha xpe x dpt lucky draw.. dapat mkn pun sedappp tu tgk menunya

    ReplyDelete
  3. Good job....good blogger...mak uda je xder masa buat blog...dulu ader tp entah lupo dh.....

    ReplyDelete
  4. liez terliur tgk foods dia..hihihi

    ReplyDelete
  5. Part dessert tuuuu..sdapnya.huu

    ReplyDelete