24 February 2017

Picturesque View From Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge


 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge

Nak beratur untuk naik cable car (a.k.a SkyCab), tak panjang sangat. Walaupun weekend, tapi nasib baik bukan jatuh pada school holiday. So, tak adalah nak kena tunggu lama sebelum nak boleh naik cable car.




 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Beli tiket dulu

Nasib baik jugaklah bukan time beratur, Dak Zafran tercirit. Yup, Dak Zafran kena cirit-birit jugak. Kesan daripada pengambilan ubat tahan sakit and ubat bengkak untuk terseliuhnya. Dahlah kalau time travel, Dak Zafran secara automaticnya jadi liat nak makan. Pastu berak-berak pulak. Taknak cirit-birit berterusan lagi, stop terus bagi kedua-dua ubat tue.  Dak Zafran nampak sakit sangat. Sampai ada orang tegurlah Dak Zafran nampak macam tak sihat.



 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Dah sampai turn naik cable car

Nak salin drypers, tak ada masalah sangat. Kat situ ada public toilet. Even Dak Zafran tercirit di Skybridge yang tak ada toilet pun,  tak ada masalah & tak susah nak tukar. Cari port yang tak ada orang. Bentangkan alas dan baringkan jea Zafran untuk salinkan drypers. Tak ada air pun, just guna wet tissue. Nasib baik memang bawak stok wet tissue yang banyak. Maaflah yea pengunjung-pengunjung yang ada lalu time menyalin drypers, terpaksa bau harum semerbak yang free. Ahaks. Tapi diaorang tak kisah pun salin pampers kat tempat open macamtu. Tak ada pun pandang semacam kat kitaorang & bunyi sok sek sok sek. Semuanya nampak macam memahami. Dah nama budak kan. Asalkan jangan tinggalkan sebarang kesan selepas segala urusan selesai.




 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Menuju puncak Gunung Machinchang..(bukan gemilang cahaya yea)

 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
 Dak Zafran sibuk tengok cable car kat luar

Dalam cable car, Dak Zafran mood baik sangat. Excited dia tengok permandangan dari dalam cable car. Dapat tengok cable car lalu depan cable car kitaorang lagi. Permandangan Langkawi  dan juga Gunung Machinchang dari dalam cable car, mak aiiiiii soooo magnificent.  Tak ingat dah nak rasa gayat. Last sekali saya naik cable car di Genting. Langkawi ni, first time. Saya memang excitedlah naik cable car.  Cable car ni ada 2 pitstop. Pitstop yang second yang menghubungkan ke skybridge. Nak pergi ke skybridge ada dua option. Untuk berjalan kaki (nature walk) kena bayar RM5. Kalau nak naik skyglide, kena bayar RM15/adult & RM10/children. Saya of course choose nak naik skyglidelah. Sebab ada budak kecik yang tak boleh nak berjalankan. Yang berjalan kaki tue nak kena turun naik tangga. Ceh turun naik tangga pun nak kena bayar RM5. Patutnye free sahajalah.


 Langkawi SkyCab And Langkawi SkybridgeKenyataan nie sangat mengundang adrenalin rush (ke?)

Dah sampai skybridge, tiupan angin kencang  di bridge ni. Rasa gayat tak usah nak ceritlah. Tapi again saya tak sempat nak rasa gayat. Sebab duk settle hal berak Zafran yang saya cerita tadi, nak menikmati permandangan, berselfie, kejar masa lagi, dah tak ingat nak rasa takut. Memanfaatkan masa yang ada sebaik yang boleh.

 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Berada di puncak Gunung Machinchang

 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Tiupan angin sangat kuat. Nak selfie pun takut


 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Dak Zafran tengah layan rasa kesejukan tiupan angin...lepas beberapa minit gambar ni diambil, Dak Zafran zzzzz....


 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
With  Member Training Kimchi

Dah habis bergambar and mengagumi ciptaan Allah SWT, terus naik cable car untuk turun. Nak kena get ready untuk aktiviti island hopping. Patutnya pukul 11am start island hopping. Ni pukul 1pm baru sampai bawah. Biasalah, kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT menentukan segala-galanya.



 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Nak turun..Dak Zafran Zzzzz

 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge
Kagum dengan ciptaan Allah SWT

 Langkawi SkyCab And Langkawi Skybridge


1 comment:

  1. Thank you for including such useful information for us to read and I have completely fallen in love with your article because it is really informative and I hope you make a good article. More and more coming out like this ใบบัวบก ทำอะไรได้บ้าง

    ReplyDelete