Pameran 3D Art Di Muzium Perak


Pameran 3D Art Di Muzium Perak
Dah kenapa tangan Dak Zafran gitu..

Saya ni tak  berapa teringin sangat nak pergi pameran 4D ke, upside down house ke dan apa-apa yang sewaktu dengannyalah. Sebabnya saya tak berapa pandai nak posing dengan art-art tu. Pose yang saya tau untuk bergambar setakat buat peace jea.haha. Harga tiket nak masuk tempat-tempat macamtu boleh tahan jugak mahalnya. Semuanya dalam range RM25 and above. Macam tak berbaloi pergi ke tempat macamtu tapi kekreatifan memosing berada di level yang sangat menyedihkan. Tapi kalau Kimchi, dia kreatip bab-bab memosing ni. Dia tahulah nak buat gaya supaya nampak sesuai bergambar dengan benda-benda macamtu. Kalaulah ada pergi jugak ke tempat macamtu, saya biar Kimchi jea buat gaya dan saya just ambil gambar. Banyak tempat dah ada buat pameran macamni seperti di Port Dickson, Penang dan paling famous upside down house di Tamparuli, Sabah

Pameran 3D Art Di Muzium Perak
Bila tak posing betul , ginilah jadinya..nampak penyet and lebar. dengan mata tahan silaunya..mengadu dengan mak nampak gemuk kalau salah posing. Then mak pun cakap "ko memang dah gemuk pun kaklong. Takkan tak sedor lagi"..ok, baikkk..hehew..

Tapi time balik Taiping tahun lepas(lorrr basinye baru nak post entri ni), ada pameran 3d di Muzium Taiping. 3D ajeala.hehe. Kenalah dengan harga tiket yang just RM2/adult. Kanak-kanak free. So pergi ajela since harga tiket pun murah jea.

Pameran 3D Art Di Muzium Perak
Sejarah orang asli untuk setiap negeri

Dah kat muzium Perak, pusing-pusing satu muzium Perak. Kalau dah nama muzium, semua informasi perihalan sejarah Malaysia especially negeri Perak boleh didapatilah di situ. Informasi yang berkaitan dengan flora and fauna pun ada juga.  Dah nama fauna, jadi banyaklah diorama( googlelah sendiri apa maksudnya..haha) pelbagai species haiwan dipamerkan di dalam muzium ni. Dak-dak Zara, Imaan & Zafran apalagi excitedlah tengok semua tu walaupun takat patung jea.hehe.

Dah habis pusing & menelaah (erkkk…sila jangan percaya) sejarah dan informasi yang ada dipamerkan di Muzium Perak, barulah bergambar di 3D arts yang ada di situ. Saya just posing di gambar zirafah. Gambar yang lain, suruh Dak-dak Zara, Imaan & Zafran jea posing.

Pameran 3D Art Di Muzium Perak
Feeding time for giraffe.

Pameran 3D Art Di Muzium Perak
Alamakkk..Pak Jah nak sembur air....


Pameran 3D Art Di Muzium Perak
Belai anak rimau

Pameran ‘3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan’  di Muzium Perak bermula 15 September 2016 hingga 15 September  2017. Kalau ada balik Taiping lagi sebelum pameran ni berakhir, bolehlah pergi lagi. Kot-kot bertambah lagi ke 3D artsnya. Ada yang lagi hebat ke. Suruh Dak Zafran posing lagi. Dengan Kimchi jugak. Saya, takmau.Ahaks.

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. bestnya muzium 3d. gmbar pun nmpak real.

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya.. Kite yg 2 minggu sekali balik taiping pon bole xtau pulak, hehe~

    ReplyDelete