Di jeti
Dalam pukul 2:30pm start aktiviti island hopping. Hotel yang stay iaitu di Citin adalah on the way ke jeti island hopping. Plan asal nak makan and solat di bilik hotel dahulu. Sebab dah terlambat, tukar balik plan. Balik bilik hotel untuk just tukar baju. Tapau lunch. Lunch di pulau beras basah & solat di Pulau Dayang Bunting.
Naik boat lebih kurang macam ni lah untuk island hopping trip
Dak Zafran tengah excited ni naik boat. Tapi muka tetap serius
Orang depan paling banyak kali kena tempias air laut
Selepas tu naik bot untuk tengok eagle feeding di Pulau
Singa Besar. Sampai-sampai jea pulau ni, nampak banyak burung helang sedang berterbangan
setempat. Memang eagles ni dah tahu kawasan tu tempat tourist boat berhenti
& akan diberi makanan untuk tourist menonton. Boat driver kitaorang campak
kulit ayam ke laut, & burung-burung helang terus menyambar kulit-kulit ayam
ni. Burung-burung helang di situ semuanya boleh tahan jugak gemuknya.
First pit stop: Pulau Beras Basah
Layan Dak Zafran mandi pantai
Pantai pulau nieee..bersih and cantiknya..
Dah tengok eagle feeding dari boat, gerak ke pitstop
terakhir iaitu Pulau Dayang Bunting. Kenapa dinamakan Dayang
Bunting…Sebabnyaaaa..google sendiri.Haha.. Tapi bentuk pulau inii seakan-seakan
seorang perempuan mengandung sedang berbaring. Adalah banyak-banyak bukit pada
pulau ini mengambarkan lekuk-lekuk bentuk badan seorang perempuan mengandung.
Sebelum sampai jeti, boat berhenti di hadapan pulau yang ada lekuk-lekuk ini nak
bagi kitaorang lihat. Lepas tu terus pergi ke jeti. Di pulau ini juga ada tasik air tawar yang pengunjung boleh berenang. Siap boleh sewa life jacket lagi. Nak
boleh sampai tasik ni, nak kena berjalan
& mendaki selama 15 minit. Sebelum pergi ke tasik ni, pergi solat
dahulu & tukar drypers Dak Zafran sebab Dak Zafran cirit lagi. Haha. Settle
semua baru gerak ke Tasik Air Tawar.
Di sinilah boat berhenti supaya kitaorang dapat lihat bentuk pulau seakan-akan dayang bunting sedang berbaring
Dah sampai sana, sewa life jacket dahulu.Harganya RM5/pcs. Tasik Air Tawar ni boleh tahan jugak dalamnya iaitu 16m. Boleh tahan apanya
kalau 16m. Tinggi saya yang 1.63m ni, darab lagi 10. Begitulah kedalaman tasik ni. Sangat dalam kot. Saya ingat dalam-dalam tasik ini pun, ingatkan sama macam
buat snorkeling di Pangkor dahulu. Di tempat snorkeling, ada tempat cetek dan
juga dalam. Rasa nak berenang pergi ke tempat dalam. Rasa dah cuak &
gelabah sedikit, pergi ke tempat cetek balik. Ingatkan feeling nya samalah
kalau berendam dalam tasik air tawar jugak. Confident jea nak masuk dalam tasik, dengan Dak Zafran sekali nak bawak berendam dalam air tawar.
Mula-mula saya yang masuk dahulu. Masuk jea tasik air tawar ni guna tangga & lepaskan tangga, terus rasa gelabah. Dengan air sejuknya. Terus keluar balik. Kimchi cakap tak payah rasa takut sebab ada pakai life jacket. Kimchi nak jugak bawak masuk Dak Zafran. Mula-mula saya tak bagi. Tapi bila Kimchi suruh Toola yang pegang, saya rasa ok balik sebab Toola is a good swimmer. Rasa confident sedikitlah. Dia berenang pun tak guna life jacket. Saya and hakimi pun masuk balik ke dalam tasik . Duduklah terapung-apung sebab ada life jacket. Time nak bergambar, Dak Zafran dah ke Kimchi balik. Tiba-tiba life jacket Dak Zafran tak betul. Berpusing-pusing. Saya gelabahlah tengok Dak Zafran macamtue. Hakimi try betul-betulkan still tak jalan. Hakimi pun tak pandai berenang jugak macam saya. Just saya yang lagi buta berenang. Memang menjeritlah tengok Dak Zafran dah macam nak tenggelam. Last-last Toola yang masuk dalam tasik balik and bawak Dak Zafran keluar.
Believe it or not. Niita and Toola jea yang good swimmer. Kimchi half xpun suku. Saya negatif.
Muka saya tak boleh blah kan confidentnya.
Lepas inilah ada adegan suspense mengalahkan movie final destination
Mula-mula saya yang masuk dahulu. Masuk jea tasik air tawar ni guna tangga & lepaskan tangga, terus rasa gelabah. Dengan air sejuknya. Terus keluar balik. Kimchi cakap tak payah rasa takut sebab ada pakai life jacket. Kimchi nak jugak bawak masuk Dak Zafran. Mula-mula saya tak bagi. Tapi bila Kimchi suruh Toola yang pegang, saya rasa ok balik sebab Toola is a good swimmer. Rasa confident sedikitlah. Dia berenang pun tak guna life jacket. Saya and hakimi pun masuk balik ke dalam tasik . Duduklah terapung-apung sebab ada life jacket. Time nak bergambar, Dak Zafran dah ke Kimchi balik. Tiba-tiba life jacket Dak Zafran tak betul. Berpusing-pusing. Saya gelabahlah tengok Dak Zafran macamtue. Hakimi try betul-betulkan still tak jalan. Hakimi pun tak pandai berenang jugak macam saya. Just saya yang lagi buta berenang. Memang menjeritlah tengok Dak Zafran dah macam nak tenggelam. Last-last Toola yang masuk dalam tasik balik and bawak Dak Zafran keluar.
Ok..enough2 with suspense incident tadi..Saya sedor diri saya buto berenang..Dak Zafran, sila keluar..
Lepas kejadian gelabah ni, terus pergi ke jeti untuk naik boat untuk balik. Selesai sudah aktiviti island hopping.
Tasik air tawar dalam Pulau Dayang Bunting
Second Moral Of The Story: Walaupun ada pakai life jacket
gred infinity A ke, kalau dah dua-dua Mak Pak tak pandai berenang atau half
pandai ke, jangan cuba-cuba nak bawak anak yang also tak pandai berenang masuk tempat air yang dalam. Masuk ke tempat dalam ni, bukan setakat nak
terapung-apung jea. Nak kena tahu jugak cara nak bergerak dalam air. Yang pandai
berenang jea tahu cara ni. Yang tak pandai dan buta berenang macam saya ni, even ada pakai life jacket gred super duper A ke, just mampu terapung-apung dalam air
sahaja.
Banyak betul dapat pengajaran kat Langkawi nie. Haha.
Bye bye Dayang. Dah taubat nasuha ni taknak memandai-mandai masuk dalam tasik ni lagi.
Next Story: Dataran Lang│ A Must-Visit Langkawi Landmark
tak sabar nak bercuti berdua dengan Dania kat langkawi..dah pernah pergi cuma blom explore banyak tempat lagi
ReplyDeletebestnyaa. rasa mcm nak cuti2 malaysia jugak tgk gmbr akak niiiii
ReplyDeletebestnya.. boleh ke bawak budak kecik utk island hopping tu?
ReplyDelete