14 February 2017

Kena Paksa Rela Jadi Penyokong Perak

 Penyokong Perak
Tiket simpanan a.k.a Standard tiket. Sebab tue tak ada tulis Vs Perak. Incase kalau tiket ni banyak yang tak terjual, boleh guna lagi untuk game PKNS yang lain.

Definitely kan saya dengan Dak Zafran secara automatiknya kena jadi penyokong Perak.  Kalau Dak Zafran walaupun lahir di Selangor, tapi Kimchi cakap anak-anak kena ikut apa yang pak nye support. So, Dak Zafran kenalah sokong pasukan Perak. Saya pulak…hmmm..complicated sedikit. Mak fully  Negeri Sembilanese  while abah fully Kelantanese.  Tapi saya tak lahir di salah satu negeri asal mak abah pun dan saya tak lahir di Malaysia pun.  Sebabnya tempat kelahiran saya adalah di USA. Takkan nak sokong pasukan bola negara tue pulak.  Maybe saya orang Selangor since saya pun dah lama bermastatutin di Selangor . Patutnya saya sokong pasukan Selangorlah kan. Lastly, Kicmhi cakap tak payah pening-pening kepalak, ikut apa yang tok laki sokong iaitu Perak FC. Ok, ikutlah…Nasib baiklah saya ni perempuan yang tak memerlukan untuk fanatic dengan bola ni.ahaks. Kalau tak, akan jadi satu never ending story negeri apa yang patut saya sokong. Ahaks.


 Penyokong Perak
Dak Zafran belum panas punggung lagi

Saya tak pernah tengok game bola di stadium (Logiklah kan sebab perempuan. Ahaks)  walaupun saudara belah Kelantan termasuklah abah selalu pergi stadium tengok game Kelantan.  Yealah, yang tengok bola ni semuanya lelaki. Buang tabiatlah kan join depa tengok bola. And then, tahulah kan game Kelantan ni tak kiralah peringkat (tak taulah betul ke tak penggunaan term ni untuk bola sepak.bantailah) apa, stadium mesti penuh.  Bahaya jugaklah pergi ke tempat sesak with fanatic supporters macamtu. Dulu masa Dak Zafran belum ada lagi, dah dapat dah 2 tiket free game Chelsea (Chelsea tau) lawan Malaysia. Abah yang nak bagi.  Tapi Kimchi pulak tak boleh pergi time tue sebab kena kerja shift (masa kerja Hartalega dulu).


 Penyokong Perak
PKNS FC Vs Perak

Sekarang ni, dah ada Dak Zafran, dah susah dahlah nak pergi tengok bola di stadium. Tahulah Dak Zafran bukannya suka tempat crowded. Lagi-lagi nak kena stay setempat jea. Tu kalau nak pergi jugak,  Kimchi just pergi dengan yang sekepala dengan dia. Tapi game Perak lawan PKNS FC, Kimchi  try juga bawa saya dan Dak Zafran tengok . Game ni tak ramai pun datang tengok. Suku daripda stadium pun tak penuh. So, tak adalah sesak sangat.  Tengok dulu reaction Dak Zafran dengan tempat macamni. Kalau ok, boleh bawak lagi tengok game yang lagi besar(bantai jugak term ni).


 Penyokong Perak
Hujung sana tue baru penyokong PKNS

Tengok-tengok baru jea duduk kat seat, Dak Zafran dah panas punggung. Terus merengek. Ajak bangun dari seat dan naik tangga sampai atas stadium. Dah naik sampai paling atas, tak bagi turun. Nak duduk di seat pun tak bagi. Tengok bola dari atas ajela. Taknak bagi Dak Zafran meragam lagi, terpaksalah bagi handphone. Pak maknye terpaksalah tengok bola sambil berdiri.

 Penyokong Perak
Tengok dah ke mana Dak Zafran suruh kitaorang pergi

Bukan tu jea ragam Dak Zafran, satu lagi time penyokong PKNS bersorak time ada gol masuk, Dak Zafran menjerit. Tak suka bunyi bising macamtu. Dak Zafran meragam-ragam pun, dapat jugaklah tengok game sampai habis. Thanks to handphone. Hehe Tapi Perak nya kalahlah pulak. Kena belasah pulak tue. Padahal penyokong PKNS yang datang tengok seciput jea  & majoritinya adalah penyokong Perak. Of courselah sorakan penyokong hanya menyumbang sedikit percent sahaja kepada game performance. So, itu ajelah nak cerita pasal tengok bola di stadium dan jadi penyokong Perak. The end.

6 comments:

  1. uiih raminya penyokong kuning hitam

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. x penah ada pgalaman lagi jejak stadium bola sepak ni

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. nasib tak fanatik.. kalau tak mesti berbalah negeri mana nak sokong kan sis..
    Sha pun tak minat bola.. gitu2 je..

    ReplyDelete
  4. ROBLOX is powered by a growing membership base of more than 300,000 creator players who generate an infinite variety of highly immersive experiences.

    These experiences range from 3D multiplayer games and contests, to interactive adventures where players can take on new personas imagining what it feels to be a dinosaur, a miner working a mine or an astronaut on a space exploration.

    ReplyDelete
  5. shu pun baru sekali tengok bola di stadium. masa tu inai masih merah. hihi p dengan ayah dan suami. sekarang ni nak p malas, ramai orang bersesak. hihi

    ReplyDelete