Rezeki Rimau Dapat Berhari Keluarga di 3-Bedroom Villa, Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak│Day 1
Our Villa 11, 3 Bedrooms Villa
Imagine lah, 3-bedroom Villa yang harganya RM1100/night, Enal dapat dengan
harga RM100 sahaja di booking.com. Tak tahulah jadi macammana. Masa Enal survey
Villa Felda Residence Hot Spring untuk family day di booking.com, tiba-tiba ada
keluar offer RM100 untuk 3 bedrooms Villa. Enal, apalagi terus book and
bayarlah. Betul tak betul harga melampau murah macam tue, belakang cerita.
Kalau tak betul pun, just setakat burn RM100 sahaja. Tapi kan kalau booking
through booking.com, mana ada nak kena bayar reservation price, booking price
ke etc. Apa yang harga yang keluar di booking.com, itu adalah net price. Jika
dah buat pembayaran di booking.com, maknanya confirm dahlah kita dapat apa yang
kita book tue. Dah tak perlu buat pembayaran dah semasa check in nanti.
Private Jacuzzi Pool
Lepas Enal dah bayar RM100 and confirm booking, semua rasa ragu-ragu. Macam percaya tak percaya. Rasa ada tak kena pun ada. Tak akan Villa yang beharga RM1.1k, boleh dapat dengan RM100 sahaja. Enal sampai buat panggilan beberapa kalilah, untuk confirmkan Villa reservation ni. Lepas dah call, memang betul, ada reserve 3-bedroom Villa under nama Enal. Ke Villa tu yang berhantu sampai tak ada orang nak bercuti di situ. Sebab tu ada offer yang almost 90% discaunt.
Living room
Kitchen
Dining Hall
Master bedroom
2 standard room macamni
Sampai pada hari nak pergi, pun still ada rasa ragu-ragu. Siap fikir plan B. Incase lah kalau konon-konon ada masalah teknikal & sepatutnya kena bayar Rm1k, semua akan tong-tong. Bila nak check in, memang ada 3 Bedrooms Villa ditempah under nama Enal, dengan harga RM100 sahaja. Maknanya booking.comlah buat offer tue. Mimi siap tanya ada tak orang booking Villa dengan harga RM100 sebelum ini. Receiptionist tu jawab kitaorang ni adalah yang pertama.
Time petang, berjalan-jalan di sekitar Themepark
Dak2 kecik tengah bersantai
Aktiviti yang yang paling dinanti-nantikan..berendam dalam jacuzzi
Saya tak boleh tahan, join jugak
Dak Zafran pun terjebak jugak.
Memang Enal dapat rezeki rimau lah dapat book Villa dengan harga Rm100. Even standard room pun lagi mahal iaitu RM180. Itu kalau weekdays. Weekend lagi mahal. Bukan itu sahaja, breakfast Buffet di Meranti Coffee House pun dapat jugak. Mula-mula dalam booking voucher stated that meal not included. Tapi time check in, receiptionist bagi jugak breakfast voucher & juga hotspring themepark access tag untuk 6 orang. Memang rezeki Enal. Time Enal booking pun niat baik sebab nak organize family day kan. Tu dapat rezeki terlajak rimau tue.
Since di PD dah organize untuk family paternal side (Selama side), yang ini untuk maternal side pulak (Lenggong side). Tapi yang available to join just family maklang, pakcu, opah, Mak & Mel sefemili.
Get ready untuk BBQ
Keistimewaan Villa in yang paling best adalah ada private Jacuzzi Pool. Memang 2 hari straight kerja berendam dalam Jacuzzi ajeala. Satu lagi jacuzzi, siap boleh set temperature and ada bubles. Lain-lain yang ada di Villa ini adalah TV, telephone, satellite channels, air conditioning, iron, ironing facilities, sofa, private pool, shower, bath, hairdryer, free toiletries, toilet, bathroom, minibar, refrigerator, kitchen, dining area, electric kettle, dining table & towels. Memang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Pada malamnya, ada sesi BBQ. Family Maklang yang prepare semua. Dari bahan mentah sampailah BBQ. Memang lengkaplah maklang bawak bahan-bahan mentah. Bercuti di Villa ni kerja makan jea. Dengan Kimchi bawak coklat dari Langkawinya.
Paklang tengah BBQ ayam, ikan and also kambing
saya tue tengah potong lemang
Dah siap dinner, just aktiviti bersantai. Geng-geng lelaki main PS4. Siap bawak PS4 tue. Anak-anak Maklang ramai lelaki, tu Kimchi semangat bawak PS4 dari rumah. Anak maklang, cicit & anis pergi berendam dalam jacuzzi.
murahnya..:)
ReplyDeleteRasanya..mesti berghantu ni..kalau x, xkan la murah smpai mcm tu sekali...
ReplyDeleteMelayu kalau nak lemah semangat no 1
DeletePergh!! murah amat tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki datang dengan niat yang baik..
Rezeki to rimau betul nie.. hehehe..
Salam puan..nak tanya..kan dpt free 6 tiket..jd yg lain2 tue kena beli sendiri ke?
ReplyDelete