Ditahan Daripada Naik Penerbangan Ke Langkawi
Antara banyak-banyak flight yang saya pernah naik sebelum ni, flight yang terbaru nak naik ni adalah yang first saya kena tahan oleh sekuriti. Kena tahan untuk penerbangan domestic pulak tue. Yang menahan saya adalah polis bantuan sebab penerbangan domestic. Padahal flights yang saya pernah naik yang mostly international, tak pernah pun kena tahan dengan imigresen. Reason saya ditahan adalah kerana…. DISYAKI MENCULIK DAK ZAFRAN & MENCUBA MELARIKAN DAK ZAFRAN KE LANGKAWI. Ok ini tipu..over sangat. Too melodramatic atau apa-apalah perkataan yang sesuai dengannya. Macam tak boleh diterima dek akal pulakkan, disyaki menculik anak sendiri. Kalau betul pun mesti terus kena tahan lokap kan. Ni setakat tak bagi naik flight ke Langkawi jea. Punca utama tak bagi naik flight ke Langkawi adalah Dak Zafran tak ada pengenalan original baik mykid mahupun surat beranak. HAHAHA.. Again HAHAHA...Memang salah sendirilah kan, tak ada sekali mykid Dak Zafran. Mykid nya ada dengan Kimchi dan Kimchinya di Langkawi. Excited dengan anak first sampai nak simpan sendiri mykid Dak Zafran. Masalah pada Dak Zafran jea. Saya boleh jea naik flight. Tapi tak akan nak tinggalkan Dak Zafran. Mengada-ngada dia pun, akan rasa missing and empty and tak enjoy bercuti jugak kalau Dak Zafran tak ada sekali.
Actually saya ada jea bawa salinan surat beranak yang ada
cop Salinan yang sah oleh pegawai kerajaan. Sebelum ni boleh diterima pakai.
Tapi sekarang, bak kata polis bantuan tu, memo
yang telah diluluskan oleh orang besar mana entah, telah dikeluarkan pada
betul-betul akhir tahun lepas iaitu pada 28 Disember 2016 mengatakan, kena ada
pengenalan diri yang original atau asal(Ya Allah panjangnye ayat ni. malas nak pikir nak letak fullstop kat mana). So, salinan yang ada cop pengesahan najib ke
maslan ke atau report polis mengatakan hilang ke, semua dah tak boleh diterima.
Mula-mula dah give up and fikir nak balik rumah. Tapi Kimchi
cakap jangan give up selagi belum sampai boarding time. Try lagi discuss dengan
Puan-Puan Polis Bantuan tue. Yeala, memo itupun baru jea dikeluarkan & semua
pun tak diberitahu akan perihalan tersebut(dah kenapa ayat sastera sangat nih). Even masa check in
di MAS pun, pekerja MAS pun belum di brief tentang memo ini. Try discuss lagi, cakap mykid
ada dengan ayahnya di Langkawi. Nak naik flight ke Langkawi nanti, nak jumpa
ayah Zafranlah nie. Nak naik flight dari Langkawi, nanti tak ada masalah dah. Masih lagi
tak boleh diterima alasan tue. Dah betul-betul tinggal 20 minit sebelum
boarding time, barulah polis bantuan beritahu ada another option untuk naik
flight. Caranya buat report polis mengatakan sekian sekian sekian. Malaslah nak
cerita in details. Ceh, time kena tahan di sekuriti pukul 6:30pm tadi,
bukan nak beritahu option B nih. Dah betul-betul last minute baru beritahu.
Maybe dia tengok saya ada spirit of never give
up kind of thing sebab sanggup tunggu sampai pukul 8pm. Tue yang dia datang
ke saya & beritahu option ni. So, pergi
berlari ke pondok polis untuk buat report. Nak report boleh tahan jugak makan
masanya.
Dah siap report, saya berikanlah kepada polis bantuan yang suggest
second option tue. Ingatkan dah lepas
dah. Rupa-rupanya belum lagi. Dia nak minta persetujuan dahulu daripada pegawai
a.k.a bosnya. Mygaddddd….Dak Zafran dah buat drama air mata plus melalak dah kat
tepi saya. Kalah drama Akasia Samarinda TV3. Time report saya nak dapat approval, ada
satu family yang ada baby, kena tahan juga sebab case yang sama. Rasanya baby
tue yang ada problem. Saya tak adalah nak dengar betul-betul apa masalah
diaorang. Sebab masalah saya pun tak settle lagi. Saya tahu family tue ada
masalah sama macam saya pun sebab polis bantuan yang check diaorang terus cakap
“haa, ini seorang lagi ada masalah yang sama”.
Setelah puan polis
bantuan tue buat & terima panggilan sebanyak berapa kali entah, akhirnya
dan akhirnya dan akhirnya saya & Dak Zafran dibenarkan melepasi sekuriti
jugak… Tapi belum boleh tarik nafas lega lagi. Sebabnya dah tinggal berapa
minit sahaja sebelum gate ditutup. Memang pecut-sepecut yang habis ke gate.
Dahlah dapat gate yang paling hujung iaitu gate 9. Jantung dah macam nak
tercabut dah. Lari punya lari sampai jugak gate 9 and ada beberapa orang yang
tinggal tengah beratur untuk masuk and dua orang mat salleh yang still duduk
sebab tunggu final call. Thanks to Mat Salleh tu kerana indirectly tolong melengahkan masa penutupan gate.
Lepas jugak Dak Zafran naik flight ke Langkawi
Akhirnya, baru betul-betul boleh tarik nafas lega bila saya dan Dak
Zafran dah berada di dalam flight. Sepatutnya entri nak cerita pasal pengalaman
pertama naik flight dengan Dak Zafran tak pun flight pertama Dak Zafran. Tapi
sebab ada drama ni, terpaksalah tukar content entri ini. Satu lagi, entri ini tak cukup in details saya cerita
apa yang betul-betul berlaku masa itu. Sebabnya hanya mereka dan keluarga
mereka sahaja yang tahu. Hahaha. Kepada semua yang bantu saya haritu especially Niita dan juga ada seorang staff (tolong tolak
stroller Zafran), I would to say many thanks to all of you. Sebab kan all of
you, sampai jugak saya ke Langkawi yang last sekali sampai sana semasa darjah
tiga dahulu.
Moral of The Story/Tips Naik Penerbangan Untuk Kanak-Kanak
Kalau naik apa-apa flight, make sure semua yang naik flight
ada bawa sekali pengenalan diri yang ORIGINAL. I repeat again
YANG ORIGINAL…. Kalau international, kurang ada masalah for both adult and
children. Kalau dah nama nak pergi oversea, mesti akan sentiasa make sure passport dibawa bersama. Kalau domestic, bahaya sedikit. Kalau kita yang dewasa ni, tak apalah sebab Mycard
sentiasa dibawa bersama ke mana-mana seperti handphone(apasal handphone). Yang kanak-kanak,
kadang-kadang terlepas pandang. Yealah. Ada yang belum buat mykid lagi. Surat
beranak pulak jarang sentiasa dibawa bersama-sama sebab lecehkan. Tapi benda
leceh & tak buat inilah, akan terjadilah isu-isu yang salah satunya kena tahan oleh polis bantuan macam yang berlaku pada Dak Zafran bucuk
sorang ni. Saya ni just dapat rezeki last minute, dibenarkan tunjuk report
police. Tapi nak jalan paling selamat, buatlah apa yang saya baru beritahu
tadi.
phew nasib baik lepas jugak kan. kenapa la last minit baru bagi option mcm tu. sengaja betul cari pasal ahahaha. reminder and reference for future ni! takut nanti terlupa n terbuat benda yg sama.
ReplyDeletebetul tu, must original..
ReplyDeletesy pernah nak ke sabah, mykid tak siap lagi, nasib my mother pesan suruh bawak surat beranak yg original, mmg betul depa nak tgok benda tu walpun surat beranak tu besar gedabak saiz a4
Lahai..cerewetnya ...nasib baik yaya dah ada mykid dgn saya
ReplyDeletekesian si zafran... sebenarnya maknya lg kesian...hehe. Zafran confirm2 xtau pape dan dia excited aje...hihihi
ReplyDeleteWoo.. Dah lme x naik flight.. Dah mcm2 la plk syaratnye..
ReplyDeletepengalaman kan baru syok nak bercerita dgn anak2 nnt..
ReplyDeleteAlahai kesiannya si Zafran, mesti dia rasa takut dengan abam2 polis lepas nie, dah fobia agaknya..
ReplyDeletePenceritaan sampai... Terasa macam ada sama kat situ la... :)))
ReplyDeletemykid anak selalu ada dengan shu, sebab jarang tersangat ayah dia nak bersama. hihi :)
ReplyDeletekadang2 bertukar2 mykid ni, jap ayahnya simp[an kejap kita simpan. Terima kasih share, next time sebelum gerak ke mana2 dengan anak kena make sure mykids ada skali
ReplyDelete