28 February 2017

Rezeki Rimau Dapat Berhari Keluarga di 3-Bedroom Villa, Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak│Day 2

Ready nak pergi breakfast buffet di Meranti Coffee House


Pada pukul  7:30am, pergi breakfast di Meranti Coffee House. Makanan yang ada di buffet ni adalah nasi lemak, mee goreng, potato wedges, red beans, roti canai, eggs, breads, porridge, cereals, fruits & salads. 

Meranti Coffee House

Main Course

Fruit Desserts

Jangan terpedaya Cicit makan sekeping roti jea tu. Tu dia cakap baru opening...ahaks

Dah balik bilik, semua bersiap untuk mandi-mandi di Hotspring Themepark. Saya, Kimchi, Zafran, Dak Zafran & Yob sahaja stay dalam bilik . Diaorang semua mula-mula mandi di themepark yang ada pool biasa & ada few slide. Then baru pergi ke Kolam Air Panas. Kolam air panas ni ada dua jenis. Yang first separa panas, yang boleh berendam satu badan. Yang second, sangat panas. Nak rendam pun kaki sahaja. Itupun sekejap. Di kolam yang kedua inilah, yang boleh rendam telur sampai half-boiled. Kat situ jugak makan telur yang lepas dah direndam ini. Siap ada jual telur dan kicap lagi. Tapi harga telur boleh tahan cekik darahnya. Nasib baik maklang bawak 2 papan telur. Just diaorang beli kicap sepaket sahajalah yang harganya RM1.

Kolam Air Panas yang separa panas

Ni kolam yang betul-betul panas

Siap rebus telur tue

Dah habis mandi, balik bilik untuk bersiap nak check out. Lepas ini tak tahu lagilah akan dapat lagi ke tak rezeki rimau macamni. Tapi tak payah tunggu rezeki rimau pun tak apa. Kongsi ramai-ramai untuk bercuti di Villa inipun boleh jugak. Sebabnya tempat ni memang sesuai dan sangat best untuk percutian keluarga. 


Family Belah Lenggong P/S: 



Dah tidur satu malam, tak ada seorang pun complaint kena kacau dengan hantu. So, ada discaunt 90% bukan sebab Villa tu berhantu.Memang Enal dapat rezeki rimau. Ahaks. 




Rezeki Rimau Dapat Berhari Keluarga di 3-Bedroom Villa, Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak│Day 1

Our Villa 11, 3 Bedrooms Villa


Imagine lah, 3-bedroom Villa yang  harganya RM1100/night, Enal dapat dengan harga RM100 sahaja di booking.com. Tak tahulah jadi macammana. Masa Enal survey Villa Felda Residence Hot Spring untuk family day di booking.com, tiba-tiba ada keluar offer RM100 untuk 3 bedrooms Villa. Enal, apalagi terus book and bayarlah. Betul tak betul harga melampau murah macam tue, belakang cerita. Kalau tak betul pun, just setakat burn RM100 sahaja. Tapi kan kalau booking through booking.com, mana ada nak kena bayar reservation price, booking price ke etc. Apa yang harga yang keluar di booking.com, itu adalah net price. Jika dah buat pembayaran di booking.com, maknanya confirm dahlah kita dapat apa yang kita book tue. Dah tak perlu buat pembayaran dah semasa check in nanti.


Private Jacuzzi Pool


Lepas Enal dah bayar RM100 and confirm booking, semua rasa ragu-ragu. Macam percaya tak percaya. Rasa ada tak kena pun ada.  Tak akan Villa yang beharga RM1.1k, boleh dapat dengan RM100 sahaja. Enal sampai buat panggilan beberapa kalilah, untuk confirmkan Villa reservation ni.  Lepas dah call, memang betul, ada reserve 3-bedroom Villa under nama Enal. Ke Villa tu yang berhantu sampai tak ada orang nak bercuti di situ. Sebab tu ada offer yang almost 90% discaunt.

Living room

Kitchen

Dining Hall


Master bedroom


2 standard room macamni

Sampai pada hari nak pergi, pun still ada rasa ragu-ragu. Siap fikir plan B. Incase lah kalau konon-konon ada masalah teknikal & sepatutnya kena bayar Rm1k, semua akan tong-tong. Bila nak check in, memang  ada 3 Bedrooms Villa ditempah under nama Enal, dengan harga RM100 sahaja. Maknanya booking.comlah buat offer tue. Mimi siap tanya ada tak orang booking Villa dengan harga RM100 sebelum ini. Receiptionist tu jawab kitaorang ni adalah yang pertama.

Time petang, berjalan-jalan di sekitar Themepark


Dak2 kecik tengah bersantai


Aktiviti yang yang paling dinanti-nantikan..berendam dalam jacuzzi

Saya tak boleh tahan, join jugak


Dak Zafran pun terjebak jugak.


Memang Enal dapat rezeki rimau lah dapat book Villa dengan harga Rm100. Even standard room pun lagi mahal iaitu RM180. Itu kalau weekdays. Weekend lagi mahal. Bukan itu sahaja, breakfast Buffet di Meranti Coffee House pun dapat jugak. Mula-mula dalam booking voucher stated that meal not included. Tapi time check in, receiptionist bagi jugak breakfast voucher & juga hotspring themepark access tag untuk 6 orang. Memang rezeki Enal.  Time Enal booking pun niat baik sebab nak organize family day kan. Tu dapat rezeki terlajak rimau tue.

Since di PD dah organize untuk family paternal side (Selama side), yang ini untuk maternal side pulak (Lenggong side). Tapi yang available to join just family maklang, pakcu, opah, Mak & Mel sefemili.


Get ready untuk BBQ


Keistimewaan Villa in yang paling best adalah ada private Jacuzzi Pool.  Memang 2 hari straight kerja berendam dalam Jacuzzi ajeala. Satu lagi jacuzzi, siap boleh set temperature and ada bubles. Lain-lain yang ada di Villa ini adalah TV, telephone, satellite channels, air conditioning, iron, ironing facilities, sofa, private pool, shower, bath, hairdryer, free toiletries, toilet, bathroom, minibar, refrigerator, kitchen, dining area, electric kettle, dining table & towels. Memang lengkap dengan pelbagai kemudahan.



Pada malamnya, ada sesi BBQ. Family Maklang yang prepare semua. Dari bahan mentah sampailah BBQ. Memang lengkaplah maklang bawak bahan-bahan mentah.  Bercuti di Villa ni kerja makan jea. Dengan Kimchi bawak coklat dari Langkawinya.  


Paklang tengah BBQ ayam, ikan and also kambing


 saya tue tengah potong lemang


Dah siap dinner, just aktiviti bersantai. Geng-geng lelaki main PS4. Siap bawak PS4 tue. Anak-anak Maklang ramai lelaki, tu Kimchi semangat bawak PS4 dari rumah. Anak maklang, cicit & anis pergi berendam dalam jacuzzi. 

27 February 2017

Tebus Zalora Cash Voucher Bernilai RM100│Hasil Review Untuk Zalora

Zalora
Dapat upah daripada Zalora

Tulis review barangan Fossil untuk pihak Zalora, hasilnya dapat cash voucher bernilai RM100 untuk pembelian di Zalora online shopping. Click sini untuk baca penulisan review oleh saya untuk pihak Zalora----->SINI

Zalora
Dalam masa seminggu selepas dah order, terus sampai parcel.

Mula-mula plan nak beli boots. Tapi bila fikir entah bila nak pakai boots, tukar plan beli 2 helai blouse. Saya try sedaya upaya nak beli ngam-ngam berjumlah RM100, tapi still lebih jugak. Tak ada blouse yang dalam range RM50/piece ke bawah & juga kena dengan taste saya. Paling murah pun dalam RM58. Tapi tak kena tambah banyaklah. Just RM28 sahaja.



Zalora
The packaging is sooo nice

To Zalora, thanks kerana beri peluang menulis review untuk pihak Zalora. Next time, pilihlah saya lagi. Ahaks.

Zalora
Dah rasmikan dah first blouse, hasil review untuk Zalora..(Dak Zafran geli dengan ikan tu.tu buat muka macamtu.)

24 February 2017

Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi

Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi


Last day di Langkawi, aktiviti jalan-jalan start petang. Pagi just berehat di hotel & packing  barang nak balik. Lepas check out pada pukul 2pm, lunch di Pantai Chenang. Selesai lunch, pergi masuk ke Underwater world di Pantai Chenang jugak. Bayaran tiket masuk lepas dapat government rate RM29/adult. Dak Zafran free lagi. Underwater ni lebih kurang macam Aquaria KLCC. Pelbagai jenis species hidupan laut boleh dilihat di situ. Keluasan tempat inipun lebih kurang seperti di Aquaria jugak.

Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi


Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi


Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi


Bezanya ada yang outdoor aquarium. Dan paling bestnya ada seals dan juga penguins. Dua-dua haiwan ini tiada di Aquaria. Seals dan penguins pun sangat aktif. Tak adalah time tengok, kerja tidur jea.  Kalau seals tengah berenang-renang. Yang penguins pulak tengah bersantai-santai.  Satu lagi, giant crab pun ada di situ. 


Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi
Seal tengah berenang


Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi


Penguins tengah socializing and snowbathing (ade ke snow)

Sama seperti di Aquaria ada tunnel yang boleh tengok hidupan air berenang-renang di kiri, kanan dan atas kita. Cuma tak ada horizontal escalator sahaja. Kena berjalan untuk masuk ke dalam tunnel.


Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi
Di tunnel

Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi
Dak Zafran tengah tengok ikan berenang-renang di atasnya

Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi


Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi
Dog face fish

Lepas dah habis pusing di dalam underwater world, keluar-keluar jea dari exit door, terus masuk ke The Zone. Nak suruh menderma di The Zone la tue. Ahaks. Adalah shopping sedikit di The Zone. Kimchi shopping Polo perfume while shopping coklat.



Visit Underwater World Langkawi & Shopping At The Zone On Last Day In Langkawi
Kimchi shopping perfume di The Zone 


Honestly saya tak dapat shopping sangat pun di Langkawi. Just ada shopping coklat. Sebabnya masa pun terhad and satu lagi mood Dak Zafran pun tak ok.  Dak Zafran makan tak proper, kaki terseliuh plus cirit-birit. So, tak adalah bawa balik corelle ke, Vision ke, semuanya tak ada. Tapi tak kisahlah semua tu. Dapat sampai ke Langkawi pun rasa bersyukur sangat selepas dah terjadi insiden kena tahan di sekuriti. Dah mula-mula ingat tak dapat pergi Langkawi dah. . Saya dah nak balik. Sebab saya ni jenis tak suka mengharap. Kimchi yang suruh jangan give up dan stay lagi. Tu yang ada jugak rezeki naik flight sebab willing to stay sehingga nak boarding time. Betul jugaklah pepatah omputih mengatakan “if there is a will, there is a way”.




Dataran Lang│ Another A Must-Visit Landmark In Langkawi

Dataran Lang

Selesai aktiviti aktiviti island hopping, balik bilik hotel dahulu. Settle semua urusan likes mandi and etc, pergi tempat wajib singgah Langkawi iaitu Dataran Lang. Di Dataran Lang ada patung helang gergasi, yang juga merupakan landmark Langkawi. Kat situ just bergambar sahajalah. Nak tengok sunset pun tak dapat sebab terlindung di sebalik bukit.


Dataran Lang


Dataran Lang

Dah bergambar, shopping di Kompleks Haji Ismail. Kat situ just shopping chocolate sahaja. Settle shopping, pergi ke airport untuk hantar Niita naik flight balik ke KL.
To Niita, thanks again for everything. Disebabkan Niita punya negotiation skill yang hebat, dapat melepasi first stage check in di airport. Thanks again.


Dataran Lang
Niita dah nak naik flight balik KL dah. Dak Zafran says "Acehh Akak Niita for everything"


Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting

Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Di jeti

Dalam pukul 2:30pm start aktiviti island hopping.  Hotel yang stay iaitu di Citin adalah on the way ke jeti island hopping. Plan asal nak makan and solat di bilik hotel dahulu. Sebab dah terlambat, tukar balik plan. Balik bilik hotel untuk just tukar baju. Tapau lunch. Lunch di pulau beras basah & solat di Pulau Dayang Bunting. 


Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Naik boat lebih kurang macam ni lah untuk island hopping trip

First pit stop adalah Pulak Beras Basah. Diberi 40 minit spend masa di situ. So, lunch di situ. Selepas lunch barulah pergi bergambar and bawa Dak Zafran mandi pantai. Dak Zafran macam biasa excited mandi pantai. Ingatkan boleh jadi satu terapi supaya Dak Zafran boleh berjalan balik. Bila bawa berendam dalam air pantai. Mula-mula berdiri dalam air pantai. Tapi tak lama lepas tu, duduk balik. Sakitnya ada lagilah tue. Biasalah sakit terseliuh ni take time untuk sembuh. Even mak cerita dulu pernah kena terseliuh sebab misstep jea, ambil masa 3 minggu untuk fully recover. Itu tak miss makan pain killer. Dak Zafran ni kira ok dah tak makan pain killer.


Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Dak Zafran tengah excited ni naik boat. Tapi muka tetap serius

Cuaca di Langkawi tersangatlah panas sebab tak ada awan. Itupun Kimchi and Toola(kawan Kimchi) cakap, cuaca time tue kira mendunglah nie. Tak berapa nak panas. Kalau hari-hari sebelum ni lagi panas terik. Haaa yeake. Ni kira mendung dah ke ni. Saya rasa dah nak terbakar dah. Tapi ada dua orang minah salleh, yang naik satu bot dengan kitaorang, rileks berjemur tengah panas. Nama pun minah salleh.


Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Orang depan paling banyak kali kena tempias air laut

Selepas tu naik bot untuk tengok eagle feeding di Pulau Singa Besar. Sampai-sampai jea pulau ni, nampak banyak burung helang sedang berterbangan setempat. Memang eagles ni dah tahu kawasan tu tempat tourist boat berhenti & akan diberi makanan untuk tourist menonton. Boat driver kitaorang campak kulit ayam ke laut, & burung-burung helang terus menyambar kulit-kulit ayam ni. Burung-burung helang di situ semuanya boleh tahan jugak gemuknya.


Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
First pit stop: Pulau Beras Basah

Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Layan Dak Zafran mandi pantai

Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting

Pantai pulau nieee..bersih and cantiknya..

Dah tengok eagle feeding dari boat, gerak ke pitstop terakhir iaitu Pulau Dayang Bunting. Kenapa dinamakan Dayang Bunting…Sebabnyaaaa..google sendiri.Haha.. Tapi bentuk pulau inii seakan-seakan seorang perempuan mengandung sedang berbaring. Adalah banyak-banyak bukit pada pulau ini mengambarkan lekuk-lekuk bentuk badan seorang perempuan mengandung. Sebelum sampai jeti, boat berhenti di hadapan pulau yang ada lekuk-lekuk ini nak bagi kitaorang lihat. Lepas tu terus pergi ke jeti. Di pulau ini juga ada tasik air tawar yang pengunjung boleh berenang. Siap boleh sewa life jacket lagi. Nak boleh sampai tasik ni, nak kena berjalan  & mendaki selama 15 minit. Sebelum pergi ke tasik ni, pergi solat dahulu & tukar drypers Dak Zafran sebab Dak Zafran cirit lagi. Haha. Settle semua baru gerak ke Tasik Air Tawar.


Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Di sinilah boat berhenti supaya kitaorang dapat lihat bentuk pulau seakan-akan dayang bunting sedang berbaring

Dah sampai sana, sewa life jacket dahulu.Harganya RM5/pcs. Tasik Air Tawar ni boleh tahan jugak dalamnya iaitu 16m. Boleh tahan apanya kalau 16m. Tinggi saya yang 1.63m ni, darab lagi 10. Begitulah kedalaman tasik ni. Sangat dalam kot. Saya ingat dalam-dalam tasik ini pun, ingatkan sama macam buat snorkeling di Pangkor dahulu. Di tempat snorkeling, ada tempat cetek dan juga dalam. Rasa nak berenang pergi ke tempat dalam. Rasa dah cuak & gelabah sedikit, pergi ke tempat cetek balik. Ingatkan feeling nya samalah kalau berendam dalam tasik air tawar jugak. Confident jea nak masuk dalam tasik, dengan Dak Zafran sekali nak bawak berendam dalam air tawar. 



Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Believe it or not. Niita and Toola jea yang good swimmer. Kimchi half xpun suku. Saya negatif.

Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Muka saya tak boleh blah kan confidentnya.

Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Lepas inilah ada adegan suspense mengalahkan movie final destination

Mula-mula saya yang masuk dahulu. Masuk jea tasik air tawar ni guna tangga & lepaskan tangga, terus rasa gelabah. Dengan air sejuknya. Terus keluar balik. Kimchi cakap tak payah rasa takut sebab ada pakai life jacket. Kimchi nak jugak bawak masuk Dak Zafran. Mula-mula saya tak bagi. Tapi bila Kimchi suruh Toola yang pegang,  saya rasa ok balik sebab Toola is a good swimmer.  Rasa confident sedikitlah. Dia berenang pun tak guna life jacket. Saya and hakimi pun masuk balik ke dalam tasik . Duduklah terapung-apung sebab ada life jacket. Time nak bergambar, Dak Zafran dah ke Kimchi balik. Tiba-tiba life jacket Dak Zafran tak betul. Berpusing-pusing. Saya gelabahlah tengok Dak Zafran macamtue. Hakimi try betul-betulkan still tak jalan. Hakimi pun tak pandai berenang jugak macam saya. Just saya yang lagi buta berenang.  Memang menjeritlah tengok Dak Zafran dah macam nak tenggelam. Last-last Toola yang masuk dalam tasik balik and bawak Dak Zafran keluar.





Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Ok..enough2 with suspense incident tadi..Saya sedor diri saya buto berenang..Dak Zafran, sila keluar..


Lepas kejadian gelabah ni, terus pergi ke jeti untuk naik boat untuk balik. Selesai sudah aktiviti island hopping.

Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Tasik air tawar dalam Pulau Dayang Bunting

Second Moral Of The Story: Walaupun ada pakai life jacket gred infinity A ke, kalau dah dua-dua Mak Pak tak pandai berenang atau half pandai ke, jangan cuba-cuba nak bawak anak yang also tak pandai berenang  masuk tempat air yang dalam.  Masuk ke tempat dalam ni, bukan setakat nak terapung-apung jea. Nak kena tahu jugak cara nak bergerak dalam air. Yang pandai berenang jea tahu cara ni. Yang tak pandai dan buta berenang macam saya ni, even ada pakai life jacket gred super duper A ke, just mampu terapung-apung dalam air sahaja. 

Banyak betul dapat pengajaran kat Langkawi nie. Haha.


Langkawi Island Hopping Trip Covers Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar And Pulau Dayang Bunting
Bye bye Dayang. Dah taubat nasuha ni taknak memandai-mandai masuk dalam tasik ni lagi.