Rezeki Rimau Dapat Berhari Keluarga di 3-Bedroom Villa, Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak│Day 2
Ready nak pergi breakfast buffet di Meranti Coffee House
Pada pukul 7:30am,
pergi breakfast di Meranti Coffee House. Makanan yang ada di buffet ni adalah
nasi lemak, mee goreng, potato wedges, red beans, roti canai, eggs, breads,
porridge, cereals, fruits & salads.
Meranti Coffee House
Main Course
Fruit Desserts
Jangan terpedaya Cicit makan sekeping roti jea tu. Tu dia cakap baru opening...ahaks
Dah balik bilik, semua bersiap untuk mandi-mandi di Hotspring Themepark. Saya, Kimchi, Zafran, Dak Zafran & Yob sahaja stay dalam bilik . Diaorang semua mula-mula mandi di themepark yang ada pool biasa & ada few slide. Then baru pergi ke Kolam Air Panas. Kolam air panas ni ada dua jenis. Yang first separa panas, yang boleh berendam satu badan. Yang second, sangat panas. Nak rendam pun kaki sahaja. Itupun sekejap. Di kolam yang kedua inilah, yang boleh rendam telur sampai half-boiled. Kat situ jugak makan telur yang lepas dah direndam ini. Siap ada jual telur dan kicap lagi. Tapi harga telur boleh tahan cekik darahnya. Nasib baik maklang bawak 2 papan telur. Just diaorang beli kicap sepaket sahajalah yang harganya RM1.
Kolam Air Panas yang separa panas
Ni kolam yang betul-betul panas
Siap rebus telur tue
Dah habis mandi, balik bilik untuk bersiap nak check out. Lepas ini tak tahu lagilah akan dapat lagi ke tak rezeki rimau macamni. Tapi tak payah tunggu rezeki rimau pun tak apa. Kongsi ramai-ramai untuk bercuti di Villa inipun boleh jugak. Sebabnya tempat ni memang sesuai dan sangat best untuk percutian keluarga.
Family Belah Lenggong P/S:
Dah tidur satu malam, tak ada seorang pun complaint kena kacau dengan hantu. So, ada discaunt 90% bukan sebab Villa tu berhantu.Memang Enal dapat rezeki rimau. Ahaks.
Back to Start: Rezeki Rimau Dapat Berhari Keluarga di 3 Bedrooms Villa, Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak│Day 1
Ready nak pergi breakfast buffet di Meranti Coffee House Pada pukul 7:30am, pergi breakfast di Meranti Coffee House. Makanan yang ad...