26 January 2017

Western Dalam Dulang Di Nasi Ayam Gulai Kawah, Bangi Gateaway

Western Dalam Dulang Di Nasi Ayam Gulai Kawah, Bangi Gateaway
Beza laki and pompuan selfie sebelum makan. Tiga orang posing, sorang lagi makanan dah on the way masuk mulut. Haha


Makan beramai-ramai dalam satu dulang ni, selalunya sinonim dengan nasi berlauk jea. Sekarang bila zaman dah semakin moden, dicampur pulak dengan hipster-mipster, maka makanan dalam dulang telah diinovasi  dan terhasillah makan Western Food dalam dulang. Ada-ada jea idea hipster ni yea. Bila dah lain dari kebiasaan, maka ramailah berlumba-lumba nak try makan makanan hipsters baru ni termasuklah saya. Ahaks.

Tapi western dalam dulang tak adalah makan beramai-ramai mengunakan satu dulang jea. Just variety kind of western foods dalam portion yang besar,  dihidangkan dalam satu dulang. Bila nak makan, dari dulang akan transferred ke pinggan masing-masing jugak. Tak ada Sunnah Nabi Muhammad SAW diaplikasi jugaklah time makan western dalam dulang ni (aplikasi kau). Nak makan beramai-ramai dalam satu dulang boleh jea. Orang kedai  Nasi Ayam Gulai Kawah tak halang pun. Tapi macam jenuh pulak. Yealah, nak makan western foods kena guna fork and knife. Then ramai-ramai makan guna fork and knife dalam satu dulang. Tak ke rasa susah nak makan. Melainkan makan mengunakan tangan macam makan nasi, barulah tak rasa susah. Barulah ada Sunnah nabi. Tapi makan western foods guna tangan macam pelik pulak..Dengan ada spaghetti lagi..


Western Dalam Dulang Di Nasi Ayam Gulai Kawah, Bangi Gateaway
Western dalam dulang

Panjang pulak mukadimah western dalam dulang ni. Tak adalah.. Rasa kagum yang teramat dengan idea kreatif tu. Hipster sangat. Hehe.  Satu lagi persaingan business kan semakin sengit. Kena sentiasa memikirkan idea yang fresh supaya dapat compete dengan pesaing-pesaing lain. Ok, the end for this mukadimah.

Kalau order western dalam dulang ni, satu dulang boleh 5 orang makan. Tapi recommended 4 orang.  Kalau kami 5 orang makan  satu dulang tu, tak cukup. Sebabnya Kimchi cakap tak kenyang. Dia jea tau tak kenyang. Kami-kami gegurl ni kenyang jea. Ahaks. 

Western Dalam Dulang Di Nasi Ayam Gulai Kawah, Bangi Gateaway
 meja bukan takat ada makanan, penuh jugak dengan barang budak. 

Ada pelbagai jenis western food dihidangkan dalam dulang ni seperti spaghetti, french fries, fried chicken wings, chicken chop, lamb chops, coleslaw, meatballs & 3 jenis sos. Rasanya, again saya tak pandai komen in details pasal makanan ni.  But for me, rasanya not bad sebab lamb chopnya sangat tender. Ketiga-tiga sosnya iaitu BBQ, mushroom dan sos cili pun sedap. Tak ada makanan dalam dulang ni yang rasa peliklah. Western food especially lamb chop kalau saya makan dagingnya lembut & sosnya pekat dan tak rasa pelik, tu dah cukup ok dah bagi saya. Harganya just RM45/dulang (not include service charge and GST ye). Lokasinya di Bangi Gateaway.


Lepas ni makanan hipster apa pulak yang akan tercipta lagi. Donut warna-warni dah ada dah. Just tak pernah try makan jea lagi. Kita tunggu dan lihat ajela yea.

8 comments:

  1. Wooo dah dekat ngan rumah ni.. boleh singgah terjahhhh

    ReplyDelete
  2. Menarik nie.. boleh jenjalan sini nanti..

    ReplyDelete
  3. bagus jugak untuk harga RM45 sedulang tapi lagi bagus kalau makan secara beramai-ramai & memang x boleh makan sorang ni

    ReplyDelete
  4. hebat betul. kalau ramai2 mmg jimat ni kan...tgk pun mcm sedap.

    ReplyDelete
  5. GV selalu gak datang Bangi Gateway tapi lom pernah makan kat gulai kawah ni sebab tgk asyik penuh je and takut harga mahal. huhu. tapi mmg hipster la makan western dalam dulang. hihi.

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni dah banyak orang buat bisness stail macam ni. Makan dulang besar. Puas hati la makan. Tapi kena ramai la, kalau setakat dua orang tak habis semua tu haha

    ReplyDelete
  7. sedapnya..nak try makan macam ni jugakk

    ReplyDelete