National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah: The Place For Rescued Orphaned Baby Elephants

National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah: The Place For Rescued Orphaned Baby Elephants

Last time, Mel pernah ajak pergi ke  National Elephant Conservation Centre di Kuala Gandah, Pahang. Admission free is free sebabnya pusat perlindungan ini di bawah jagaan Department of Wildlife and National Parks & dibiayai oleh kerajaan. Tapi tak jadi ikut Mel sebab rasa macam jauh jea nak berjalan ke Pahang. Tak lama lepas tu, rasa menyesal pulak tak terima ajakan Mel & join carpool untuk pergi ke sana. Tempat boleh tengok gajah kot. Dak Zafran memang excitedlah kalau dapat jumpa gajah yang live. Tengok kat tv pun dah terloncat-loncat dengan mulut tak henti-henti sebut phant(bahasa pelat untuk elephant).

National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah: The Place For Rescued Orphaned Baby Elephants

Then ada jemputan wedding member Kimchi  di Mentakab, Pahang. Dari Mentakab actually dah tak jauh dah nak ke Kuala Gandah . Just time tu tak tahu lagi jea(fail geography kitaorang berdua..hehew) . Semasa on the way dah nak sampai tempat wedding, ternampaklah signboard Conservation Centre ni. Bagitau  Kimchi lepas attend wedding, boleh singgahlah tempat tu sebab macam dah dekat. Tapi Kimchi cakap ada signboard tak semestinya dekat. Entah-entah macam signboard Sunway Lagoon. Kat Sungai Besi pun ada signboard Sunway Lagoon. Padahal jauh lagi nak boleh sampai.hehew. So, percaya ajolah kata-kata Kimchi.



National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah: The Place For Rescued Orphaned Baby Elephants

Dah lepas attend wedding & on the way balik, nampak lagi signboard Conservation Centre. Kali ni Kimchi betul-betul nampak. Tadi dia tak nampak. Kimchi berhentikan tepi  jalan & check jarak ke Conservation Centre. Tengok-tengok just 12km jea. Apalagi terus  pergilah ke National Elephant Conservation Centre di Kuala Gandah. Dapat jugak bawak Dak Zafran tengok gajah.



National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah: The Place For Rescued Orphaned Baby Elephants


Sampai-sampai, ramai jugak yang pergi ke situ. Yeala, cuti sekolahkan & admission fee pun free. Memang tempat favouritelah mak pak bawak anak-anak pergi bercuti di situ. Sebelum masuk, kena mendaftar dahulu. Adalah kena sign NDA yang kita bersetuju tak akan buat apa-apa if jadi anything pada diri kita & etc & etc. Then, bolehlah bagi derma sebanyak yang kita nak. Taknak pun tak apa.
Selesai mendaftar, akan dapat sticker untuk dipakai. Tak ada sticker, pok guard tak bagi masuk kat entrance nanti.

Masuk-masuk jea ke tempat tu, tempatnya tak besar mana pun.  Gajah-gajah pun boleh dilihat di kandangnya sahaja. Tak ada pertunjukkan yang boleh dilihat di situ. Yeala, inikan tempat perlindungan anak gajah. Anak-anak gajah yang dijumpai berkeliaran tanpa mak pak akan dibawa ke tempat ni supaya dapat dijaga rapi sehingga dewasa. Bila dah dewasa akan dilepaskan di hutan. Tak akan nak expect pertunjukkan macam di circus or macam di Thailand. Actually pertunjukkan gajah ni kejam tau. Sebab gajah-gajah dipaksa melakukan aksi-aksi  di luar kemahuan mereka(cakap mereka macam gajah ni manusia pulak.ahaks). PETA memang bantah sekeras-kerasnyalah pertunjukkan gajah ni.


National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah: The Place For Rescued Orphaned Baby Elephants
Nama anak gajah ni Langsat. Namanya bersempenakan Kampung Langsat, tempat anak gajah dijumpai without mak paknya ada dengannya. 

Aksi gajah yang boleh tengok di situ pun just tengok  gajah-gajah mandi di sungai sahajalah bersama penjaga-penjaga. Kita pun boleh jea nak mandi bersama-sama dengan gajah. Tapi time saya pergi ni, tak ada aktiviti gajah mandi. Katanya sebab musim hujan. Kalau musim hujan, gajah-gajah tak akan mandi di sungai. Sebabnya, hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu(punchline entah hape-hape).

Dak Zafran memang seronoklah dapat tengok gajah. Pengunjung juga dibenarkan untuk memberi makanan kepada gajah-gajah di situ.


National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah: The Place For Rescued Orphaned Baby Elephants


Nasib baiklah ada wedding di area situ. Dapatlah singgah National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah walaupun tak dapat join yang Mel  ajak haritu.Hehe. Tempat ni memang sangat sesuai untuk budak-budak yang sangat excited tengok haiwan-haiwan macam Dak Zafran. Hope tempat tu sentiasa ada & tidak akan tutup & anak-anak gajah yang ada pula membesar dengan jayanya. (macam iklan susu pulak). 

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments:

  1. bestnya dapat tengok gajah...cmna la kan tengok gajah secara live..tak dapat sy bayangkan

    ReplyDelete