27 January 2017

Cooking Hustle: TNB Chinese New Year 2017 Webfilm

Makan besar adalah aktiviti  yang paling penting ketika sambutan Perayaan Tahun Baru Cina. Semua ahli keluarga tak kira dekat atau jauh akan datang berkumpul untuk makan besar bersama-sama. Ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja. Ini adalah kerana ketika inilah masa yang terbaik untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. Mungkin kerana sikap masing-masing menjadi punca kepada pertelagahan di musim perayaan apatah lagi dalam keluarga yang besar. Akan tetapi kena ingat perbezaan inilah sepatutnya diraikan, bukannya diketepikan. Samalah seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis, rasa dan rupa tetapi masih tampak harmoni. Begitu jugalah ahli keluarga kita. kebahagiaan tercipta apabila dalam satu keluarga semuanya bersatu hati dan mesra antara satu sama lain walaupun setiap ahli keluarga mempunyai sikap dan personaliti yang berbeza-beza. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tema dan konsep ini jugalah yang digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk filem pendek/webfilm Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina bagi Tahun 2017. Daripada webfilem yang bertajuk Cooking Hustle ini, kita dapat lihat menantu-menantu perempuan ingin menyediakan hidangan yang terbaik untuk makan besar. Bila masakan sudah siap disediakan, kesemua masakan mempunyai kekurangan sehingga menimbulkan kemarahan Maharani(mak mertua merekalah). Tetapi bila kesemua masakan digabungkan menjadi satu hidangan oleh Maharaja(pak mertua mereka), hidangan tersebut telah menjadi sangat lazat untuk dimakan. Satu ahli keluarga terus menjadi gembira. Moral of the story, setiap keluarga jangan sesekali tinggalkan nilai kerjasama, persepakatan dan juga pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.







Table of Harmony


Dah tengok webfilem ini, saya nak menyertai "Mystery Dishes" di website Table Of Harmony ini, untuk mengetahui hidangan misteri dengan follow all steps as shown below:



1. Buka website seperti di bawah:


2. Click unveil mystery dishes

3. Click discover what mistery dish are & join the table

4. Pilih A, B C atau D.


My Mystery Dish is...
Bright-As-The Sun Prawn
Betul jugak katanya saya ni jenis tak banyak bercakap. Senang cakap, diam-diam ubi berisi. Lebih kurang begitulah maksudnya..haha

So, kalau nak tahu jugak uolss punya mystery dish, just follow all steps that i just stated above. Dan jangan lupa share mystery dish yang uols dapat di facebook. Sebelum saya akhiri entri ini, jom layari url seperti di bawah:


Facebook : https://www.facebook.com/TNBCareline

Instagram : https://www.instagram.com/tenaga_nasional/
Website : https://betterbrighter.my/

11 comments:

  1. Hahaha suka tgk iklan ni.,, mcm tgk citer from china

    ReplyDelete
  2. best iklan cny tu. btw jemput join giveaway ainaa :) http://nikainaa.blogspot.my/2017/01/giveaway-sephia-by-nik-ainaa_29.html

    ReplyDelete
  3. menarik webfilm tu, banyak mesej berguna yang disampaikan. TOH tu pun menarik, boleh cuba buat.

    ReplyDelete
  4. Toh tu menarik..dah buat juga dapat mongolian chicken wing je...hahaha

    ReplyDelete
  5. wahh dia punya msytery dish tu..

    ReplyDelete
  6. Perbezaan yang akhirnya menggembirakan =)

    ReplyDelete
  7. kelas udang tu.. silau mata nenengoknya..hehe..

    ReplyDelete
  8. takut dengan mak mertua diaorang..garang sangat

    ReplyDelete
  9. masak ala kungfu tu best.. hehe..

    ReplyDelete
  10. yang bagusnya..campur semua makanan terus sedap..

    ReplyDelete