Naik Perak Parade(carousel)
Saya, Kimchi & Dak Zafran lunch nasi ayam. Salah satu cara nak bagi budak tak meragam time berjalan macamni, make sure perut diaorang kenyang. Bagi makan nasilah supaya dapat kenyang lama. Yang lain beratur nak naik ancient locomotive(tram) di Adventure Express. Lama jugak nak kena beratur. Trip yang ketiga, baru dapat naik. Tram ni bawak pusing-pusing satu themepark,. Sementara tunggu tram diaorang habis pusing, bawak dak Zafran naik Perak Parade(carousel). Naik sampai tiga kali.
Train inilah yang diaorang naik
Lepas depa nak habis pusing, gerak ke Tiger Valley untuk tengok Tiger Show. Ngam-ngam tiger show baru start iaitu pukul 3pm. Tapi ramai giler yang pergi tengok. Sampai sit pun penuh. Nak berdiri kat tepi pun dah crowded jugak. Nasib baiklah still boleh nampak jugak tiger show. Dak Zafran diletak atas bahu Kimchi. So, dia nampaklah tiger show & bird show. Memang excitedlah bila tengok tiger & birds. Dengan sebut-sebut perkataan bird & tiger nya lagi.
Dak Imaan kenapa tu. Di Tin Valley inilah ada Dulang Tea House.
Selesai tengok tiger show & bird show, pergi minum dulu di Dulang Tea House. Kopitiam ni betul-betul di tepi gua. Enal nak makan di situ dulu sebab tak makan apa-apa lagi. Dia order roti & kuah kari. Mak pulak order telur separuh masak & roti bakar salut kaya.
Singgah minum dulu
Duduk di sit di celahan gua.
Kopi sangat kaw...Harga RM5 secawan.
Dak Zafran taknak duduk di kopitiam. Pergi tengok elephant statue yang ada di depan kopitiam tu. Dak Imaan pun join sekali.
Dah selesai minum, baru pusing-pusing petting zoo. Macam-macam haiwan ada seperti pets animals, birds, fishes, snakes, spiders, giraffe, zebra, deer & banyak lagilah. Bawak Dak Zafran ke tempat haiwan kali ni betul-betul dah lain compare dengan tempat yang Zafran pergi sebelum ni seperti BMLR, Gambang & Zoo Taping. Kali ni, Zafran dah pandai tengok & kenal setiap haiwan. Mulut pun duduk sebut nama-nama haiwan yang Zafran kenal. Antara banyak-banyak animal park yang pernah pergi, Petting Zoo LWOT lah yang paling best.
Dak Zafran boleh duduk jea atas pony untuk bergambar. Tak boleh dibawa menunggang.
Di tempat giraffe and Zebra
Dah sampai petting zoo
Dalam aquarium tu ada anaconda & fishes. Tapi Dak Zafran lagi excited tengok fishes
Tempat tapir. Dah kenapa muka saya macamtu.
Deer farm
Tarantula Alley
Dak Zafran panggil fox tu cat. Asalkan haiwan berbulu cantik jea dipanggil cat.
Yang ni Dak Zafran kenal, crocodile
Meerkat
Dak Zafran takut tengok parrot ni. Besar sangat kot. Selalunya Zafran excited jea kalau ternampak burung even gagak pun.
Tortoise
Betul-betul dah pusing Petting Zoo, hujan pun turun.
Nasib baik cover semua park yang best. Habis dahlah percutian di Lost World Of Tambun.
Rate yang saya bagi untuk Lost World Of Tambun, saya bagi 5 bintang. Budak-budak sangat enjoy & having fun bercuti di LWOT.
Overall my comments on LWOT
1. Tak payahlah berusaha sangat nak bawa masuk makanan dari luar. Kau gunalah skill macam mana pun, tapi staff LWOT yang check beg tahu beg mana yang ada beg makanan. Tak check semua beg, tapi beg yang dipilih untuk check mesti ada makanan. Punyalah balut makanan dengan tuala, etc bagai, tapi depa jumpa jugak. Agaknya diaorang dah dilatih untuk tahu cara nak detect beg yang ada makanan. Tak pun ada X-ray detector yang boleh tengok isi dalam bag dari kamera. So, better tak payahlah bawa makanan dari luar. Buat membazir RM1 jea untuk sewa locker. Makanan yang dijual di dalam pun boleh tahan gak mahalnya. Nasi ayam satu set harganya RM10. Tahu pengunjung memang akan beli makanan di situ, dijuallah dengan harga yang sangat unreasonable. Marketing strategy yang sangat bagus. Actually themepark lain pun guna rules yang sama jugak except Bukit Merah.
2. Better standby payung lipat kalau nak pusing-pusing LWOT. Just in case kalau hujan.
3. Swimming attire tak strict. Pakailah apa jenis pakaian pun untuk main air di situ. Baju kurung ke, kain pelikat ke, apapun boleh. Jangan bogel sudah.
4. Toilet & shower sangat bersih.
5. Surau pun bersih & selesa. Nak cepat boleh solat, better bawa telekung sendiri
Naik Perak Parade(carousel) Saya, Kimchi & Dak Zafran lunch nasi ayam. Salah satu cara nak bagi budak tak meragam time berjalan ma...