Trip To Lost World Of Tambun Part 2: Wet Land
Lepas solat Subuh, Saya, Enal & Mimi terus bersiap nak pergi breakfast. Dah sampai breakfast buffet, makanan pertama yang saya cari untuk makan dulu adalah nasi. Nak main air haruslah makan nasi supaya boleh provide banyak energy. Kalau perut lapar, kepala akan pening, mulalah semua tak kena. Tambah pulak kalau time tu jugak Dak Zafran meragam. Dengan Kimchi2 pun kena telan.Ahaks. Tak adalah. Then baru makan, pancake, bihun & mee kari.
Nampak tu ambil nasi dulu.
Nasi lemak
Selepas breakfast, balik bilik semula untuk bersiap-siap nak pergi LWOT. Opah & Pakcu pun dah sampai. Packing baju siap-siap jugak. Dalam pukul 12pm, geng-geng perempuan akan balik bilik semula untuk bersiap & check out. Tak adalah kami susah nak check up bila semua barang dah siap packing. Dalam pukul 10am, dah berada di LWOT. Mula-mula bawak budak-budak main air di Explorabay. Bila Dak Zafran dah leka main air, tinggalkan sekejap dengan Mimi. Saya & Kimchi nak pergi main semua slides & rides yang ada di situ. Mula-mula main tube raiders. Ada provide float. Main dark tube dua kali, then close tube satu kali. Bila mengelungsur di dalam dark tube, boleh tahan jugak seramnya. Dahlah laju mengelungsur turun. Dengan ada drift sekali. Dalam gelap pulak tu. Uish..seram-seram. Close tube sama macam dark tube. Cuma tak gelap-gelita. Dah covers tube raiders, main cliff racer. Slide jugak, tapi bentuk V.
Ready nak pergi LWOT
Bapak ramai dah ada di depan LWOT. Padahal baru pukul 10am
Naik roller coaster
Dah cover wet activities, naik ride yang ada di amusement park. Just naik satu ride jea di park ni iaitu Lupe's adventure. Lupe's adventure adalah roller coaster. Katanya Lupe's adventure adalah Perak's first roller coaster. Katanyalah. Roller coaster ini pun boleh tahan jugak melibatkan Adrenalin rush.
Dah naik roller coaster, pergi kat Dak Zafran balik. Kesian pulak kat Dak Zafran. Mak Pak sakan enjoy sampai lupa main purpose bercuti di LWOT adalah having fun bersama-sama dengan anak. Ahaks
Bawak Dak Zafran main air di Sandy Bay, man-made beach di situ dengan ada wave skali. Memang besarlah beach ni. Walaupun ramai orang main air di beach, tapi tak adalah berlaga-laga bahu dengan diaorang. Dak Zafran macam biasa duduk layan jea berendam di dalam air, dengan pakai duck float sekali.
Betul-betul di tepi bukit
Ni kolam air panas
Baru sampai
Join main air dengan kids selepas dah main slides & rides
Sandy Bay
Berendam dalam kolam air panas.
Betul-betul sebelum geng perempuan nak balik bilik semula, berendam dulu di Hot Springs & Spa. Air kolamnya bersuhu 42degree Celcius. Agak panas. Tapi Dak Zafran rileks jea bila bawa berendam dalam kolam air panas ni. Berendam dalam 15 minit, terus keluarkan Zafran & bawa main air di kolam biasa. Kimchi jaga while me, Mimi & Enal balik bilik.
LWOT Hotel
Sementara tunggu, Kimchi, Zafran, Imaan & Pakcu bersiap, jalan-jalan dulu di Ipoh Street.
Next Entry: Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
cantik ny view !
ReplyDelete