Ready nak masuk dewan MBSA
Yes, sedih campur gembira di Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 semalam. Sedih sebab Gmie dapat No. 6. Gmie dah all out kaw-kaw semasa persembahan solo medley. Tetapi agak kecundang time battle with Zarul. Nampak Zarul lebih menyerlah. Key ada lari sedikit semasa menyanyikan lagu Zarul. Bila dah terbuat kesilapan, then peserta lain pulak tak ada buat kesilapan , maka markah Gmie drop sampai Gmie just dapat tempat ke-6. Kalau tak ada mistake tu, maybe Gmie boleh defeat Intan & kemungkinan boleh dalam among top 3. Tapi terus jatuh ke tempat keenam tu. Judges semua macam terus punish Gmie just sebab kesilapan time battle round tu. Itu apa yang saya rasa. Tak salahkan beri pandangan. Jangan ada yang sentap pulak. Bak kata Ramli MS, jangan huru-harakan hidup kamu sebab artis. Apapun Gmie dah buat persembahan yang terbaik. Dapat masuk final pun adalah pencapaian yang terbaik buat Gmie. So proud of you Gmie.
With Gmie Fan Club
Ameng Spring
Intan Sarafina
Zarul
Gmie
Azharina
Siti Sarah battle with Azharina
Rasa happy pulak sebabnya buat pertama kali, dalam sejarah
hidup saya, sejak dilahirkan di muka bumi ciptaan Allah SWT (over pulak ayat),
dapat tengok persembahan secara LIVEEEEE Penyanyi Nombor 1 Malaysia, yang tiada
tandingannya, tak lain tak bukan (again over), SITI NURHALIZAAAAAA….my
gaidddddd…I repeat..Siti Nurhaliza....Then,bukan satu persembahan yang saya dapat tengok, tetapi tigaaa..My
gaiddd again. Lagu yang dinyanyikan oleh Siti adalah Dialah Dihati, Kau
Kekasihku & Balqis. Tak tahu pulak Siti ada jadi artis jemputan untuk final.
Excited iolsss bila tengok Siti tiba-tiba muncul di pentas untuk memberi persembahan. Siti macam biasa tak pernah gagal memberi
persembahan yang memukau. Kalu Siti masuk GV, confirm sapu bersih setiap
minggu. Dengan awards biasa pun sapu bersih.
Tuk Ti...
Balqis
Ok, stop kisah Siti. Excited sangat sampai entri ni dah start merapu-rapu dengan cerita Siti. Pengalaman tengok konsert secara live, dah saya cerita pada
entri lepas iaitu My Last Twenties Celebration: Watching Gegar Vaganza 3 Concert At Auditorium MBSA. GV final adalah yang kali kedua saya tengok secara live. Persembahan
semua peserta di pentas final, saya taknak komen lebih sebab saya bukannya arif dengan perihalan muzik ni. Even toilet karoake skill saya pun ke laut China Selatan.
Sekali saya menyanyi boleh mengundang bah. Setakat menyanyi nursery rhymes dengan Dak Zafran, bolehlah. Tapi Azharina, again memberi persembahan tersangat
memukau jiwa & ragaku. No wonder boleh menjuarai Gegar vaganza Musim Ketiga. Semangat ibu tunggal ni lain macam sedikit. Maybe banyak menempuhi liku-liku kehidupan, menjadikan beliau memiliki semangat juang yang tinggi & tak mudah menyerah kalah. Season lepas pun ibu tunggal juga yang menjuarai GV iaitu Nana. Persembahan Siti Sarah pun tidak kurang hebatnya.
Juara Gegar Vaganza 3: Azharina
Habis dahlah Gegar Vaganza musim ketiga. Just season ini
sahajalah, yang dapat tengok persembahan live. Season lepas ni tak ada dah kot.
To Gmie, congrats to you & all the best in your future. Dengar cerita, Gmie
dah ada rakaman untuk beberapa buah lagu. Kalau betul cerita ni, another congrats
to you.
Sebelum mengakhiri entri ini, walaupun dah basi tapi still nak share jugak senarai pemenang Gegar Vaganza 3 iaitu:
Juara: Azharina
Naib Juara: Siti Sarah
Tempat Ketiga: Zarul Umbrella
Tempat keempat: Ameng Spring
Tempat Kelima: Intan Sarafina
Tempat Keenam: Gmie Screen
Persembahan Terbaik: Siti Sarah
We're really proud of you, Gmie.. Tapi still rasa sebak jugak....huhu..Honestly, semasa Nabil & Jihan announce Gmie dapat tempat keenam, semua fans Gmie terkedu & terdiam. Bersorak pun tak. Semua macam tak percaya begitu awal nama Gmie disebut. Tak apalah. Apa yang berlaku, ada hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT.
Sebelum mengakhiri entri ini, walaupun dah basi tapi still nak share jugak senarai pemenang Gegar Vaganza 3 iaitu:
Juara: Azharina
Naib Juara: Siti Sarah
Tempat Ketiga: Zarul Umbrella
Tempat keempat: Ameng Spring
Tempat Kelima: Intan Sarafina
Tempat Keenam: Gmie Screen
Persembahan Terbaik: Siti Sarah
P/S:. Bila menulis dari hati, maka terjadilah percampuran
pelbagai bahasa. Lainlah kalau nak menulis untuk SPM. Tak adalah bahasa rojak
bestnya .. tak pe la bkn rezeki kan :) in sha Allah rezeki GMIE kta tempat lain
ReplyDelete