Sedih Campur Gembira Di Konsert Akhir Gegar Vaganza 3

Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
Ready nak masuk dewan MBSA

Yes, sedih campur gembira di Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 semalam. Sedih sebab Gmie dapat No. 6. Gmie dah  all out kaw-kaw semasa persembahan solo medley. Tetapi agak kecundang time battle with Zarul. Nampak Zarul lebih menyerlah. Key ada lari sedikit semasa menyanyikan lagu Zarul. Bila dah terbuat kesilapan, then peserta lain pulak tak ada buat kesilapan , maka markah Gmie drop sampai Gmie just dapat tempat ke-6. Kalau tak ada mistake tu, maybe Gmie boleh defeat Intan & kemungkinan boleh dalam among top 3. Tapi terus jatuh ke tempat keenam tu. Judges semua macam terus punish Gmie just sebab kesilapan time battle round tu. Itu apa yang saya rasa. Tak salahkan beri pandangan. Jangan ada yang sentap pulak. Bak kata Ramli MS, jangan huru-harakan hidup kamu sebab artis.  Apapun Gmie dah buat  persembahan yang terbaik. Dapat masuk final pun adalah pencapaian yang terbaik buat Gmie. So proud of you Gmie.


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
 With Gmie Fan Club


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
 Ameng Spring


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
 Intan Sarafina


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
 Zarul


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
 Gmie


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
 Azharina


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
Siti Sarah battle with Azharina

Rasa happy pulak sebabnya buat pertama kali, dalam sejarah hidup saya, sejak dilahirkan di muka bumi ciptaan Allah SWT (over pulak ayat), dapat tengok persembahan secara LIVEEEEE Penyanyi Nombor 1 Malaysia, yang tiada tandingannya, tak lain tak bukan (again over), SITI NURHALIZAAAAAA….my gaidddddd…I repeat..Siti Nurhaliza....Then,bukan satu persembahan yang saya dapat tengok, tetapi tigaaa..My gaiddd again. Lagu yang dinyanyikan oleh Siti adalah Dialah Dihati, Kau Kekasihku & Balqis. Tak tahu pulak Siti ada jadi artis jemputan untuk final. Excited iolsss bila tengok Siti tiba-tiba muncul di pentas untuk memberi persembahan.  Siti macam biasa tak pernah gagal memberi persembahan yang memukau. Kalu Siti masuk GV, confirm sapu bersih setiap minggu. Dengan awards biasa pun sapu bersih.

Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
Tuk Ti... 


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3



Sebelum ni ingatkan kalau tengok persembahan live Siti, mesti nak kena keluar huge amount of money. Memang tak  lah keluarkan huge amount of money untuk tengok persembahan Siti. Siti memang best, tapi saya bukanlah peminat tegar  yang sentiasa attend setiap konsert & persembahan Siti.  Actually, Siti ada jea buat persembahan di konsert yang tak kena bayaran. Salah satunya,  Jom Heboh(tak ingat tahun bila). Tapi konsert macam tu nak kena berebut untuk dapat duduk depan. Kalau tak berebut, kena tengok jauh dari pentas konsert. Macamtu just nampak Siti sebesar semut ajealah.  Kat konsert macam tu jugak, sama ada kena duduk bersila atas lantai/rumput, takpun kena berdiri bersesak-sesak dalam crowd.  Di GV ni, dapat tengok persembahan live Siti sambil duduk di sit yang selesa, di dalam dewan yang ber aircon. Yang penting  freee..ihiks. Fuhh..memang best. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Maybe ada cara lain nak tonton  persembahan live Siti yang free. Nak kena jadi die hard fan of Siti or something. So, akan dapat invitation dari fan club, event or anything. Saya jea kot yang tak tahu.


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
Balqis

Ok, stop kisah Siti. Excited sangat sampai entri ni dah start merapu-rapu dengan cerita Siti. Pengalaman tengok konsert secara live, dah saya cerita pada entri lepas iaitu My Last Twenties Celebration: Watching Gegar Vaganza 3 Concert At Auditorium MBSA. GV final adalah yang kali kedua saya tengok secara live. Persembahan semua peserta di pentas final, saya taknak komen lebih sebab saya bukannya arif dengan perihalan muzik ni. Even toilet karoake skill saya pun ke laut China Selatan.  Sekali saya menyanyi boleh mengundang bah. Setakat menyanyi nursery rhymes dengan Dak Zafran, bolehlah. Tapi Azharina, again memberi persembahan tersangat memukau jiwa & ragaku. No wonder  boleh menjuarai Gegar vaganza Musim Ketiga. Semangat ibu tunggal ni lain macam sedikit. Maybe banyak menempuhi liku-liku kehidupan, menjadikan beliau memiliki semangat juang yang tinggi & tak mudah menyerah kalah. Season lepas pun ibu tunggal juga yang menjuarai GV iaitu Nana. Persembahan Siti Sarah pun tidak kurang hebatnya.

Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3

Juara Gegar Vaganza 3: Azharina

Habis dahlah Gegar Vaganza musim ketiga. Just season ini sahajalah, yang dapat tengok persembahan live. Season lepas ni tak ada dah kot. To Gmie, congrats to you & all the best in your future. Dengar cerita, Gmie dah ada rakaman untuk beberapa buah lagu. Kalau betul cerita ni, another congrats to you.


Sedih Campur Gembira Di  Konsert Akhir Gegar Vaganza 3
We're really proud of you, Gmie.. Tapi still rasa sebak jugak....huhu..Honestly, semasa Nabil & Jihan announce Gmie dapat tempat keenam, semua fans Gmie terkedu & terdiam. Bersorak pun tak. Semua macam tak percaya begitu awal nama Gmie disebut. Tak apalah. Apa yang berlaku, ada hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sebelum mengakhiri entri ini, walaupun dah basi tapi still nak share jugak senarai pemenang Gegar Vaganza 3 iaitu:


Juara: Azharina

Naib Juara: Siti Sarah
Tempat Ketiga: Zarul Umbrella
Tempat keempat: Ameng Spring
Tempat Kelima: Intan Sarafina
Tempat Keenam: Gmie Screen
Persembahan Terbaik: Siti Sarah


P/S:. Bila menulis dari hati, maka terjadilah percampuran pelbagai bahasa. Lainlah kalau nak menulis untuk SPM.  Tak adalah bahasa rojak

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. bestnya .. tak pe la bkn rezeki kan :) in sha Allah rezeki GMIE kta tempat lain

    ReplyDelete