MENANG 2 TIKET LOST WORLD OF TAMBUN THEMEPARK DARIPADA GIVE AWAY TDK TRAVEL & TOURS..

MENANG 2 TIKET LOST WORLD OF TAMBUN THEMEPARK DARIPADA GIVE AWAY TDK TRAVEL & TOURS..



Again, saya menang hadiah percutian lagi.best.best.Sebelum ni menang hadiah penginapan selama 3 Hari 2 Malam di Swiss Garden Beach Resort dari Giveaway Nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder yang dianjurkan oleh blogger NurinKhairi. Kali ni menang 2 tiket Lost World of Tambun (LWOT) dari GIVE AWAY DARI TDK TRAVEL & TOURS. Excited iolss menang tiket  ni. Macam tahu-tahu jea saya tak pernah lagi bercuti di LWOT. Normal price satu tiket RM60(booking through online maybe up to 20% cheaper) tau untuk dewasa. Boleh tahan jugak mahalnya. Nasib baik menang 2 tiket. Ada tiket untuk Kimchi juga. Dak Zafran free lagi.

Pemilihan pemenang melalui cabutan bertuah.  Nak peluang menang tinggi kena banyak share post contest ni di facebook. Saya memang share banyak-banyak supaya peluang untuk menang lebih cerah. Tengok-tengok berbaloi saya buat macamtu. Tapi still macam tak percaya jugaklah boleh menang sebab pemenang nak seorang jea. Dan macam saya pernah cakap sebelum ni, saya ni tak berapa nak bertuah dalam cabutan bertuah ni. Tapi untuk pemilihan pemenang GA ini, nama saya yang naik dulu. Sekali lagi, ada luck pulak kali ni. Memang betul-betul rezeki. 

MENANG 2 TIKET LOST WORLD OF TAMBUN THEMEPARK DARIPADA GIVE AWAY TDK TRAVEL & TOURS..
Pengumuman nama pemenang oleh organizer GA, TDK Travel & Tours Sdn Bhd.

Kepada  TDK Travel & Tours Sdn Bhd, thanks kerana menganjurkan GA & memilih saya sebagai pemenang GA. 

Sesiapa nak pakej percutian murah boleh layari di website TDK Travel & Tours Sdn Bhd. Harga mampu milik untuk semua pakej percutian yang ditawarkan oleh TDK Travel & Tours. Atau di FB Percutian Murah bersama TDK Travel.

Entries di bawah adalah pengalaman bercuti di Lost World Of Tambun..


Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. wow..teruja tengok dapat gi holiday walau dalam Malaysia..ni tetiba mood nk bercuti jugak niii..

    ReplyDelete