Travelling is of course one of my hobbies, especially ke luar negara. Travelling ke negara orang membolehkan kita
mengenali culture & cara hidup mereka. Banyak negara dalam wishlist yang saya nak travel seperti New
Zealand, Maldives, Europe Countries & many mores. Tapi travelling to oversea ni adalah hobi yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Then, ekonomi sekarang pula tidak berapa stabil, yang telah memberi kesan terhadap nilai mata wang
ringgit. Ramai pakar ekonomi pula menyarankan untuk menangguhkan dahulu melancong ke luar negara. Saya yang hanya seorang rakyat marhaen terpaksalah mengikut saranan tersebut kerana tahu tahap kemampuan saya. Tapi bagi mereka yang
maintain steady walaupun ekonomi negara not so stable, tak perlulah ikut saranan
tersebut. Just continue enjoy travelling.
Mula-mula sedihlah jugak sebab terpaksa hold dahulu plan untuk travel ke luar negara. Sementara tunggu ekonomi kembali stabil, tak akan tak ada cara lain untuk melakukan hobi yang saya sangat minat ni. Melancong kan adalah satu self reward dan juga dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Nak
kena tunggu sampai bila baru dapat travel. Fikir punya fikir. Tiba-tiba baru teringat ada
satu negeri di dalam Malaysia yang ada banyak tempat-tempat tarikan yang hampir
serupa seperti di luar negara. Nak tahu negeri mana tu. Negeri itu adalah
Sabah. Saya pun kali terakhir pergi ke Sabah adalah pada tahun 1995(rasanya).
Masa itu pun Sabah pun belum ada banyak lagi tempat-tempat menarik. Tapi
sekarang, mak aiii, cantiknya. Rasa geram jea tengok gambar-gambar orang yang berjalan
di Sabah, yang di post di facebook. Pergi Sabah pun boleh feeling melancong di
oversea jugak.
Kebetulan pulak sekarang ni Traveloka tengah melancarkan satu contest You Need A Holiday Lah #MyTravelokaEscapade untuk para blogger dan facebookers
menyertainya. Memang right timing lah untuk saya menyertai contest yang dianjurkan oleh Traveloka ini. Mana tahu Traveloka nak hadiahkan percutian ke Sabah secara percuma kepada saya.
Sebelum saya explain in details about the contest, let me
introduce to you first about the TRAVELOKA. Traveloka merupakan sebuah website
yang menawarkan kemudahan menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan pada
harga promosi yang sangat berpatutan. Malah lebih murah
dan lebih mudah dari website lain. Nak tahu lebih details mengenai laman web Traveloka, boleh layari di www.traveloka.com.my
Hadiahnya untuk para pemenang contest ini tersangatlah
lumayan. Boleh tengok banner di bawah untuk mengetahui semua hadiah yang
ditawarkan oleh Traveloka.
Syarat- syarat penyertaan tersangat mudah iaitu:
1. Pilih salah satu destinasi yang ingin melancong.
Pilihan saya, seperti saya kata di atas iaitu Sabah. Of course saya nak pergi ke semua destinasi yang disenaraikan oleh Traveloka. Tapi buat masa sekarang, tempat yang sesuai untuk saya melancong adalah Sabah.
2. Menceritakan kenapa destinasi itu menjadi pilihan dan apa
yang peserta akan buat sekiranya dapat ke sana.
Saya ingin melancong ke Sabah kerana sama seperti melancong di pelbagai negara. Antara tempat-tempat menarik di Sabah yang hampir sama seperti di luar negara:
1. Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang
Desa Cattle Dairy Farm
Sumber gambar dari google
Ladang ternakan lembu Desa Dairy Farm adalah sama seperti berada di New Zealand. Lokasinya adalah di Mesilau Kundasang. Di situ saya & keluarga saya dapat melihat cara susu diperah dan memberi makan lembu dan kambing. Zafran mesti excited apabila dapat melihat haiwan ternakan yang di situ. Tengok di buku pun dah excited, inikan pulak tengok secara live. Tambah lagi dapat berinteraksi bersama dengan haiwan sekali. Selain itu, di situ juga boleh beli susu segar dan cenderamata. Bayaran masuk sangat affordable iaitu dewasa RM5.00 dan Kanak-kanak RM4.00.
2. Pulau Sapi, Mamutik & Pulau Manukan
Sumber gambar dari google
Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi dah sama cantik seperti di Maldives. Ketiga-tiga pulau ini terletak dalam kawasan Tunku Abdul Rahman National Park, Kota Kinabalu.
Dak Zafran confirm excited tengok ikan-ikan ni.
Sumber gambar dari google
Oleh kerana Keindahan dan lautan yang sangat jernih, kita boleh nampak ribuan ikan, dan terumbu karang yang cantik dari atas bot. Zafran mesti seronok kalau dapat tengok ikan-ikan di dalam laut. Selain island hoping, pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan di situ seperti snorkeling, banana boat riding & banyak lagi.
3. Rumah Terbalik Tamparuli
Sumber gambar dari google
Rupa-rupanaya satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia adalah di Sabah. Dah tak perlu dah nak pergi ke Szymbark, Poland untuk tengok ‘rumah terbalik’. Walaupun yang di Poland merupakan ‘rumah terbalik’ yang pertama di dunia , tapi yang di Tamparuli juga mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk saya sekeluarga yang sukakan bergambar. Saya sekeluarga sudah tentu akan membuat pose yang menarik pada semua objek yang dalam kedudukan terbalik ketika bergambar.
3D Wonders Museum..
Sumber gambar dari google
Harga untuk masuk juga affordable iaitu sebanyak RM10.60 untuk dewasa dan RM5.60 untuk kanak-kanak. Di situ juga saya juga boleh pergi ke 3D Wonders Museum kerana berdekatan dengan rumah terbalik Tampuruli.
4. Taman Kinabalu
Sumber gambar dari google
Last but not least adalah Taman Kinabalu. Taman Kinabalu adalah tempat para pendaki yang menuju ke Kinabalu Park Headquarters yang juga merupakan pintu masuk ke dalam taman ini. Tapi bagi yang bukan hikers seperti saya, saya nak datang ke sini bersama keluarga saya untuk menikmati keindahan taman dan ketenangannya.
Di sekitar di Taman Kinabalu. Rasa berada di oversea kan.
Sumber gambar dari google
Permandangan di Taman Kinabalu yang cantik & dapat dapat menghirup udara gunung yang segar sama seperti berada di Gunung Everest di Nepal. Tak pun seperti di Swizerland. Bayaran untuk masuk ke taman ini hanyalah RM3.
Actually banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang saya ingin lawati tetapi tiada dalam senarai di atas. Yang saya senaraikan di atas adalah tempat yang seakan-akan seperti di luar negara. Kalau dapat melancong ke Sabah secara percuma, saya sekeluarga sudah semestinya akan covers hampir semua tempat-tempat pelancongan yang ada di Sabah. Hopefully saya dapat terpilih untuk memenangi contest
I Need A Holiday Lah! kerana #MyTravelokaEscapade akan jadi satu pengalaman yang sangat manis, yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment