Definitely I Need A Holiday Lah! #MyTravelokaEscapade

Travelling is of course one of my hobbies, especially ke luar negara. Travelling ke negara orang membolehkan kita mengenali culture & cara hidup mereka. Banyak negara dalam wishlist yang saya nak travel seperti New Zealand, Maldives, Europe Countries & many mores. Tapi travelling to oversea ni adalah hobi yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Then, ekonomi sekarang pula tidak berapa stabil, yang telah memberi kesan terhadap nilai mata wang ringgit. Ramai pakar ekonomi pula menyarankan untuk menangguhkan dahulu melancong ke luar negara. Saya yang hanya seorang rakyat marhaen terpaksalah mengikut saranan tersebut kerana tahu tahap kemampuan saya. Tapi bagi mereka yang maintain steady walaupun ekonomi negara not so stable, tak perlulah ikut saranan tersebut. Just continue enjoy travelling.


Mula-mula sedihlah jugak sebab terpaksa hold dahulu plan untuk travel ke luar negara. Sementara tunggu ekonomi kembali stabil, tak akan tak ada cara lain untuk melakukan hobi yang saya sangat minat ni. Melancong kan adalah satu self reward  dan juga dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Nak kena tunggu sampai bila baru dapat travel.  Fikir punya fikir. Tiba-tiba baru teringat ada satu negeri di dalam Malaysia yang ada banyak tempat-tempat tarikan yang hampir serupa seperti di luar negara. Nak tahu negeri mana tu. Negeri itu adalah Sabah. Saya pun kali terakhir pergi ke Sabah adalah pada tahun 1995(rasanya). Masa itu pun Sabah pun belum ada banyak lagi tempat-tempat menarik. Tapi sekarang, mak aiii, cantiknya. Rasa geram jea tengok gambar-gambar orang yang berjalan di Sabah, yang di post di facebook. Pergi Sabah pun boleh feeling melancong di oversea jugak.

Kebetulan pulak sekarang ni Traveloka tengah melancarkan satu contest  You Need A Holiday Lah #MyTravelokaEscapade  untuk para blogger dan facebookers menyertainya.  Memang right timing lah untuk saya menyertai contest yang dianjurkan oleh Traveloka ini. Mana tahu Traveloka nak hadiahkan percutian ke Sabah secara percuma kepada saya.

Sebelum saya explain in details about the contest, let me introduce to you first about the TRAVELOKA. Traveloka merupakan sebuah website yang menawarkan kemudahan menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan pada harga promosi yang sangat berpatutan. Malah lebih murah dan lebih mudah dari website lain. Nak tahu lebih details mengenai laman web Traveloka, boleh layari di www.traveloka.com.my

Hadiahnya untuk para pemenang contest ini tersangatlah lumayan. Boleh tengok banner di bawah untuk mengetahui semua hadiah yang ditawarkan oleh Traveloka.


Syarat- syarat penyertaan tersangat mudah iaitu:
1. Pilih salah satu destinasi yang ingin melancong.


Pilihan saya, seperti saya kata di atas iaitu Sabah. Of course saya nak pergi ke semua destinasi yang disenaraikan oleh Traveloka. Tapi buat masa sekarang, tempat yang sesuai untuk saya melancong adalah Sabah.

2. Menceritakan kenapa destinasi itu menjadi pilihan dan apa yang peserta akan buat sekiranya dapat ke sana.

Saya ingin melancong ke Sabah kerana sama seperti melancong di pelbagai negara. Antara tempat-tempat menarik di Sabah yang hampir sama seperti di luar negara:

1. Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang

Desa Cattle Dairy Farm
Sumber gambar dari google

Ladang ternakan lembu Desa Dairy Farm adalah sama seperti berada di New Zealand. Lokasinya adalah di Mesilau Kundasang. Di situ saya & keluarga saya dapat melihat cara susu diperah dan memberi makan lembu dan kambing. Zafran mesti excited apabila dapat melihat haiwan ternakan yang di situ. Tengok di buku pun dah excited, inikan pulak tengok secara live. Tambah lagi dapat berinteraksi bersama dengan haiwan sekali. Selain itu, di situ juga boleh beli susu segar dan cenderamata. Bayaran masuk sangat affordable iaitu dewasa RM5.00 dan Kanak-kanak RM4.00.


2. Pulau Sapi, Mamutik & Pulau Manukan



Sumber gambar dari google

Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi  dah sama cantik seperti di Maldives. Ketiga-tiga pulau ini terletak dalam kawasan Tunku Abdul Rahman National Park, Kota Kinabalu. 


Dak Zafran confirm excited tengok ikan-ikan ni. 
Sumber gambar dari google

Oleh kerana Keindahan dan lautan yang sangat jernih,  kita boleh nampak ribuan ikan, dan terumbu karang yang cantik dari atas bot. Zafran mesti seronok kalau dapat tengok ikan-ikan di dalam laut. Selain island hoping, pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan di situ seperti snorkeling, banana boat riding & banyak lagi.

3. Rumah Terbalik Tamparuli


Sumber gambar dari google

Rupa-rupanaya satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia adalah di Sabah. Dah tak perlu dah nak pergi ke Szymbark, Poland untuk tengok ‘rumah terbalik’. Walaupun yang di Poland merupakan ‘rumah terbalik’ yang pertama di dunia , tapi yang di Tamparuli juga mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk saya sekeluarga yang sukakan bergambar. Saya sekeluarga sudah tentu akan membuat pose yang menarik pada  semua objek yang dalam kedudukan terbalik ketika bergambar. 

3D Wonders Museum.. 
Sumber gambar dari google

Harga untuk masuk juga affordable iaitu sebanyak RM10.60 untuk dewasa dan RM5.60 untuk kanak-kanak. Di situ juga saya juga boleh pergi ke 3D Wonders Museum kerana berdekatan dengan rumah terbalik Tampuruli.

4. Taman Kinabalu


Sumber gambar dari google

Last but not least adalah Taman Kinabalu.  Taman Kinabalu adalah tempat para pendaki yang menuju ke Kinabalu Park Headquarters yang juga merupakan pintu masuk ke dalam taman ini. Tapi bagi yang bukan hikers seperti saya, saya nak  datang ke sini bersama keluarga saya untuk menikmati keindahan taman dan ketenangannya. 

Di sekitar di Taman Kinabalu. Rasa berada di oversea kan.
Sumber gambar dari google

Permandangan di Taman Kinabalu yang cantik & dapat dapat menghirup udara gunung yang segar sama seperti  berada di Gunung Everest di Nepal. Tak pun seperti di Swizerland. Bayaran untuk masuk ke taman ini hanyalah RM3. 

Actually banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang saya ingin lawati tetapi tiada dalam senarai di atas. Yang saya senaraikan di atas adalah tempat yang seakan-akan seperti di luar negara. Kalau dapat melancong ke Sabah secara percuma, saya sekeluarga sudah semestinya akan covers hampir semua tempat-tempat pelancongan yang ada di Sabah. Hopefully saya dapat terpilih untuk memenangi contest I Need A Holiday Lah! kerana #MyTravelokaEscapade akan jadi satu pengalaman yang sangat manis, yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment