29 December 2016

Menang Segmen Reviews Wanted For BabyOrganic BuzzShield Cream By 100comments.com



Alhamdulillah..Saya menang satu unit BabyOrganic BuzzShield Cream daripada segmen Reviews Wanted for  BabyOrganic BuzzShield Cream seperti di atas.  Segmen ini dianjurkan oleh 100Comments.com.




Saya terpilih untuk receive product BabyOrganic BuzzShield Cream

Bila dah receive product ini, ada satu task yang saya perlu buat iaitu kena tulis review(beserta photo) mengenai BabyOrganic BuzzShield Cream di website 100Comments.com pada 30 December 2016. Itu sahaja. Tak susah pun task yang perlu dilakukan.

Dah dapat dah.

Excited jugak dapat produk ni sebab sangat berguna kot untuk Dak Zafran. Dak Zafran kan darah O+, senang kena gigit dengan nyamuk. Bila apply cream ni pada kulit Dak Zafran, tak ada dahlah senang digigit oleh nyamuk.

Apapun, thanks to 100Comments.com for choosing me to write review for you & giving me this product.

25 December 2016

Definitely I Need A Holiday Lah! #MyTravelokaEscapade

Travelling is of course one of my hobbies, especially ke luar negara. Travelling ke negara orang membolehkan kita mengenali culture & cara hidup mereka. Banyak negara dalam wishlist yang saya nak travel seperti New Zealand, Maldives, Europe Countries & many mores. Tapi travelling to oversea ni adalah hobi yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Then, ekonomi sekarang pula tidak berapa stabil, yang telah memberi kesan terhadap nilai mata wang ringgit. Ramai pakar ekonomi pula menyarankan untuk menangguhkan dahulu melancong ke luar negara. Saya yang hanya seorang rakyat marhaen terpaksalah mengikut saranan tersebut kerana tahu tahap kemampuan saya. Tapi bagi mereka yang maintain steady walaupun ekonomi negara not so stable, tak perlulah ikut saranan tersebut. Just continue enjoy travelling.


Mula-mula sedihlah jugak sebab terpaksa hold dahulu plan untuk travel ke luar negara. Sementara tunggu ekonomi kembali stabil, tak akan tak ada cara lain untuk melakukan hobi yang saya sangat minat ni. Melancong kan adalah satu self reward  dan juga dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Nak kena tunggu sampai bila baru dapat travel.  Fikir punya fikir. Tiba-tiba baru teringat ada satu negeri di dalam Malaysia yang ada banyak tempat-tempat tarikan yang hampir serupa seperti di luar negara. Nak tahu negeri mana tu. Negeri itu adalah Sabah. Saya pun kali terakhir pergi ke Sabah adalah pada tahun 1995(rasanya). Masa itu pun Sabah pun belum ada banyak lagi tempat-tempat menarik. Tapi sekarang, mak aiii, cantiknya. Rasa geram jea tengok gambar-gambar orang yang berjalan di Sabah, yang di post di facebook. Pergi Sabah pun boleh feeling melancong di oversea jugak.

Kebetulan pulak sekarang ni Traveloka tengah melancarkan satu contest  You Need A Holiday Lah #MyTravelokaEscapade  untuk para blogger dan facebookers menyertainya.  Memang right timing lah untuk saya menyertai contest yang dianjurkan oleh Traveloka ini. Mana tahu Traveloka nak hadiahkan percutian ke Sabah secara percuma kepada saya.

Sebelum saya explain in details about the contest, let me introduce to you first about the TRAVELOKA. Traveloka merupakan sebuah website yang menawarkan kemudahan menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan pada harga promosi yang sangat berpatutan. Malah lebih murah dan lebih mudah dari website lain. Nak tahu lebih details mengenai laman web Traveloka, boleh layari di www.traveloka.com.my

Hadiahnya untuk para pemenang contest ini tersangatlah lumayan. Boleh tengok banner di bawah untuk mengetahui semua hadiah yang ditawarkan oleh Traveloka.


Syarat- syarat penyertaan tersangat mudah iaitu:
1. Pilih salah satu destinasi yang ingin melancong.


Pilihan saya, seperti saya kata di atas iaitu Sabah. Of course saya nak pergi ke semua destinasi yang disenaraikan oleh Traveloka. Tapi buat masa sekarang, tempat yang sesuai untuk saya melancong adalah Sabah.

2. Menceritakan kenapa destinasi itu menjadi pilihan dan apa yang peserta akan buat sekiranya dapat ke sana.

Saya ingin melancong ke Sabah kerana sama seperti melancong di pelbagai negara. Antara tempat-tempat menarik di Sabah yang hampir sama seperti di luar negara:

1. Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang

Desa Cattle Dairy Farm
Sumber gambar dari google

Ladang ternakan lembu Desa Dairy Farm adalah sama seperti berada di New Zealand. Lokasinya adalah di Mesilau Kundasang. Di situ saya & keluarga saya dapat melihat cara susu diperah dan memberi makan lembu dan kambing. Zafran mesti excited apabila dapat melihat haiwan ternakan yang di situ. Tengok di buku pun dah excited, inikan pulak tengok secara live. Tambah lagi dapat berinteraksi bersama dengan haiwan sekali. Selain itu, di situ juga boleh beli susu segar dan cenderamata. Bayaran masuk sangat affordable iaitu dewasa RM5.00 dan Kanak-kanak RM4.00.


2. Pulau Sapi, Mamutik & Pulau Manukan



Sumber gambar dari google

Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi  dah sama cantik seperti di Maldives. Ketiga-tiga pulau ini terletak dalam kawasan Tunku Abdul Rahman National Park, Kota Kinabalu. 


Dak Zafran confirm excited tengok ikan-ikan ni. 
Sumber gambar dari google

Oleh kerana Keindahan dan lautan yang sangat jernih,  kita boleh nampak ribuan ikan, dan terumbu karang yang cantik dari atas bot. Zafran mesti seronok kalau dapat tengok ikan-ikan di dalam laut. Selain island hoping, pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan di situ seperti snorkeling, banana boat riding & banyak lagi.

3. Rumah Terbalik Tamparuli


Sumber gambar dari google

Rupa-rupanaya satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia adalah di Sabah. Dah tak perlu dah nak pergi ke Szymbark, Poland untuk tengok ‘rumah terbalik’. Walaupun yang di Poland merupakan ‘rumah terbalik’ yang pertama di dunia , tapi yang di Tamparuli juga mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk saya sekeluarga yang sukakan bergambar. Saya sekeluarga sudah tentu akan membuat pose yang menarik pada  semua objek yang dalam kedudukan terbalik ketika bergambar. 

3D Wonders Museum.. 
Sumber gambar dari google

Harga untuk masuk juga affordable iaitu sebanyak RM10.60 untuk dewasa dan RM5.60 untuk kanak-kanak. Di situ juga saya juga boleh pergi ke 3D Wonders Museum kerana berdekatan dengan rumah terbalik Tampuruli.

4. Taman Kinabalu


Sumber gambar dari google

Last but not least adalah Taman Kinabalu.  Taman Kinabalu adalah tempat para pendaki yang menuju ke Kinabalu Park Headquarters yang juga merupakan pintu masuk ke dalam taman ini. Tapi bagi yang bukan hikers seperti saya, saya nak  datang ke sini bersama keluarga saya untuk menikmati keindahan taman dan ketenangannya. 

Di sekitar di Taman Kinabalu. Rasa berada di oversea kan.
Sumber gambar dari google

Permandangan di Taman Kinabalu yang cantik & dapat dapat menghirup udara gunung yang segar sama seperti  berada di Gunung Everest di Nepal. Tak pun seperti di Swizerland. Bayaran untuk masuk ke taman ini hanyalah RM3. 

Actually banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang saya ingin lawati tetapi tiada dalam senarai di atas. Yang saya senaraikan di atas adalah tempat yang seakan-akan seperti di luar negara. Kalau dapat melancong ke Sabah secara percuma, saya sekeluarga sudah semestinya akan covers hampir semua tempat-tempat pelancongan yang ada di Sabah. Hopefully saya dapat terpilih untuk memenangi contest I Need A Holiday Lah! kerana #MyTravelokaEscapade akan jadi satu pengalaman yang sangat manis, yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

22 December 2016

Morning Walking At Taiping Lake Garden

Morning Walking At Taiping Lake Garden


Morning Walk di Taiping Lake Garden sangat mendamaikan. Boleh jadi satu terapi untuk mengurangkan stress. Diri ni stress bila memikirkan dengan apa yang terjadi kat Malaysia, Aleppo & Rohingya.  Tak payah sampai ke tahap negaralah. Negeri pun cukuplah.  Yang kes towels tu. What the heckk… goshhhh...

Morning Walking At Taiping Lake Garden


Morning Walking At Taiping Lake Garden


Okla, cukuplah talking nonsense. Cakap lebih-lebihkan, marah pulak. Tahu pulak nak marah. Kita ni tak boleh nak marah. Sebab depan nama kita tak ada title ke?😕. Ok, tersambung mengarut lagi. Cukup-cukup. Ni entri pasal Morning Walk ni.

Morning Walking At Taiping Lake Garden


Morning Walking At Taiping Lake Garden


Memang best morning walk di Taiping Lake Garden. Sangat luas. Keluasannya adalah 64 hektar. Tempatnya pun belum lagi dicemari oleh arus globalisasi.(ayat esei SPM sangattt)

Morning Walking At Taiping Lake Garden


Morning Walking At Taiping Lake Garden


Dah lama dah Taiping Lake Garden ada. Dibuka sejak tahun 1880 iaitu pada zaman Inggeris. Tengok sahajalah ukur lilit pokok-pokok yang ada di situ. Sangat besar. Lagi besar ukur lilitnya, lagi tinggi usia pokok. Taiping Lake Garden ni memang favourite pengantin buat outdoor photoshoot kerana keindahan klasik & semula jadinya.


Morning Walking At Taiping Lake Garden


Morning Walking At Taiping Lake Garden


Selain morning walk, ada pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di situ seperti cycling, swan boat riding, jogging & banyak lagi.


Morning Walking At Taiping Lake Garden


Morning Walking At Taiping Lake Garden


Morning Walking At Taiping Lake Garden

Hope morning walk di Taiping Lake Garden akan jadi salah satu aktiviti wajib kalau ada balik Taiping, sama seperti pekena cendol di Cendol Ansari. Pekena cendol tak pernah miss tapi kalau morning walk, plan jea lebih tapi tak pernah jadi. Ahaks. Nama pun morning. Memang sangat beratlah untuk dilakukan. hehe. Biasalah.. Aktiviti yang menyihatkan badan memang liat nak buat. Yea dok? 😝

21 December 2016

60% Off For Takeaway Domino's Regular Pizza. Promo Available From 21/12/16 Until 23/12/2016.


Buat penggemar Domino's Pizza, inilah masanya utk menikmati pizza kegemaran dengan diskaun 60% untuk set regular pizza(take away).. Terhad sehingga 23/12/16 sahaja. 

Cara untuk mengunakan promo ini, hanya perlu menunjukkan printscreen SMS(yang bertarikh 21/12/16) daripada Domino's di bawah di kaunter dan sebut promo code S10G apabila diminta code.


Jadi apalagi, cepat-cepatlah pergi ke Domino's Pizza yang berdekatan supaya tidak terlepas peluang menikamati regular pizza promosi ini.

20 December 2016

Menang Garnier Micellar Cleansing Water Giveaway By Fadzi Razak

Salah satu GA participation iaitu di IG


Alhamdulillah..Saya menang satu botol Garnier Micellar Cleansing Water dari  Segmen Garnier Micellar Cleansing Water Giveaway .  Segmen ini dianjurkan oleh blogger Fadzi Razak.

Giveaway ini dianjurkan di 3 media sosial Fadzi Razak iaitu blog, FB & IG. Ketiga-tiga akan ada pemenang berlainan & menerima hadiah yang sama. Saya join giveaway pada semua media sosial. Dan hasilnya, ada lekat  nama saya sebagai  salah seorang pemenang yang menerima hadiah garnier Micellar Cleansing Water.



Menang yang di IG 

 Garnier Micellar Cleansing Water 

Chulip Lipbalm

Saya bukan setakat dapat Garnier Micellar Cleansing Water sahaja malah ada juga menerima Chulip Lipbalm. Thanks to Fadzi Razak kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang & memberi hadiah yang sangat best ni. Semoga sis sentiasa dimurahkan rezeki dalam kerja blogging.

19 December 2016

Hawker Food Hunting In Taiping Town│Cendol Ansari, ABC Larut Matang, Bihun Wakaf & Mee Udang Mak Jah

Balik Tepeng haritu, pakat dengan Enal & Mimi untuk pergi makan semua hawker foods sedap yang ada di Taiping.  Dalam masa 2 hari kitaorang buat aktiviti ini. Mau naik 4kg lepas balik Tepeng ni. Berat 4kg yang dapat pregnant kan Zafran pun, tak mau lesap lagi. Nie tambah lagi 4kg. Kenalah puasa sunat seminggu lepas ni.Huhu.

Cendol Ansari



Setiap kali balik Tepeng, memang wajib pergi  ke Cendol Ansari. Saya pun dah pernah tulis entri Cendol Ansari ni di The Best Cendolzzz In Taiping Town, Perak.


Hawker Food Hunting In Taiping Town

ABC Hawkers Stall Market (Larut Matang)



Hawker Stall Market ni betul-betul berdekatan dengan Bazar Cina yang ada kedai baju mak mertua saya. Kuew Tiau dia..perghhh sedap. Bila makan, tak rasa heavy sangat. Padahal, time makan kuew tiau ni, baru jea lepas makan nasi. Tapi bila makan, tak rasa muak & boleh makan sampai habis. ABC pulak rasa sangat manis, cukup rasa, both syrup sangat pekat & ada pelbagai bahan campur di dalamnya. Laksanya pun, kuahnya sangat pekat & rasa ikannya sangat kuat(of courselah kan. nama pun laksa. hehew).



Hawker Food Hunting In Taiping Town

Hawker Food Hunting In Taiping Town

Bihun Wakaf

Tempat favourite my SIL. Saya first time sampai bihun wakaf ni. Saya order bihun ayam. Mula-mula dapat bihun ayam, terus ternampak seketul ayam di atas bihun sup saya. Woww..Sangat generous. Boleh letak seketul ayam sebagai topping bihun sup ni. Supnya rasa masam-masam sedikit. Sangat sedap dihirup kalau dipekena sekali dengan kicap cili yang sangat pedas & pekat. Slurppppp...

Hawker Food Hunting In Taiping Town


Hawker Food Hunting In Taiping Town


Hawker Food Hunting In Taiping Town

Mee Udang Mak Jah



Dah 3 tahun tak jejak sini. Last sekali makan di sini dengan family sebelah negeri Sembilan. Bawak diaorang makan di sini, time nak attend wedding saya sebelah Kimi pada esoknya. Mee Udang Mak Jah sekarang dah naik harga. Dulu harganya dalam RM8 untuk yang biasa. Sekarang dah RM10++. Ada plus plus campur dengan GST agaknya.


Hawker Food Hunting In Taiping Town


Rasanya tetap maintain dari dulu sampai sekarang. Kuah yang pekat & sedap. Udang yang sangat banyak. 

Hawker Food Hunting In Taiping Town

Hawker Food Hunting In Taiping Town


Hawker Food Hunting In Taiping Town


Dari tadi duk cakap sedap jea. Tu jea yang tahu cakap kalau komen pasal makanan. Fail saya punya food review. Haha..Yeala, kerja saya bukannya food critic yang boleh komen secara in details & guna food language. Kalau dah pandai, dah lama boleh komen macam Gordon Ramsay. Ahaks. Tapi semua hawker stall ni memang tempat favourite orang Tepeng makanlah. Sesiapa nak singgah Taiping & gemarkan hawker food (kalau dah nama hawker's food, of course harga murah) , bolehlah singgah ke tempat-tempat ini.

16 December 2016

MENANG 2 TIKET LOST WORLD OF TAMBUN THEMEPARK DARIPADA GIVE AWAY TDK TRAVEL & TOURS..

MENANG 2 TIKET LOST WORLD OF TAMBUN THEMEPARK DARIPADA GIVE AWAY TDK TRAVEL & TOURS..



Again, saya menang hadiah percutian lagi.best.best.Sebelum ni menang hadiah penginapan selama 3 Hari 2 Malam di Swiss Garden Beach Resort dari Giveaway Nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder yang dianjurkan oleh blogger NurinKhairi. Kali ni menang 2 tiket Lost World of Tambun (LWOT) dari GIVE AWAY DARI TDK TRAVEL & TOURS. Excited iolss menang tiket  ni. Macam tahu-tahu jea saya tak pernah lagi bercuti di LWOT. Normal price satu tiket RM60(booking through online maybe up to 20% cheaper) tau untuk dewasa. Boleh tahan jugak mahalnya. Nasib baik menang 2 tiket. Ada tiket untuk Kimchi juga. Dak Zafran free lagi.

Pemilihan pemenang melalui cabutan bertuah.  Nak peluang menang tinggi kena banyak share post contest ni di facebook. Saya memang share banyak-banyak supaya peluang untuk menang lebih cerah. Tengok-tengok berbaloi saya buat macamtu. Tapi still macam tak percaya jugaklah boleh menang sebab pemenang nak seorang jea. Dan macam saya pernah cakap sebelum ni, saya ni tak berapa nak bertuah dalam cabutan bertuah ni. Tapi untuk pemilihan pemenang GA ini, nama saya yang naik dulu. Sekali lagi, ada luck pulak kali ni. Memang betul-betul rezeki. 

MENANG 2 TIKET LOST WORLD OF TAMBUN THEMEPARK DARIPADA GIVE AWAY TDK TRAVEL & TOURS..
Pengumuman nama pemenang oleh organizer GA, TDK Travel & Tours Sdn Bhd.

Kepada  TDK Travel & Tours Sdn Bhd, thanks kerana menganjurkan GA & memilih saya sebagai pemenang GA. 

Sesiapa nak pakej percutian murah boleh layari di website TDK Travel & Tours Sdn Bhd. Harga mampu milik untuk semua pakej percutian yang ditawarkan oleh TDK Travel & Tours. Atau di FB Percutian Murah bersama TDK Travel.

Entries di bawah adalah pengalaman bercuti di Lost World Of Tambun..


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Naik Perak Parade(carousel)

Saya, Kimchi & Dak Zafran lunch nasi ayam. Salah satu cara nak bagi budak tak meragam time berjalan macamni, make sure perut diaorang kenyang. Bagi makan nasilah supaya dapat kenyang lama. Yang lain beratur nak naik ancient locomotive(tram) di Adventure Express. Lama jugak nak kena beratur. Trip yang ketiga, baru dapat naik. Tram ni bawak pusing-pusing satu themepark,. Sementara tunggu tram diaorang habis pusing, bawak dak Zafran naik Perak Parade(carousel). Naik sampai tiga kali.


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Train inilah yang diaorang naik

Lepas depa nak habis pusing, gerak ke Tiger Valley untuk tengok Tiger Show. Ngam-ngam tiger show baru start iaitu pukul 3pm. Tapi ramai giler yang pergi tengok. Sampai sit pun penuh. Nak berdiri kat tepi pun dah crowded jugak. Nasib baiklah still boleh nampak jugak tiger show. Dak Zafran diletak atas bahu Kimchi. So, dia nampaklah tiger show & bird show. Memang excitedlah bila tengok tiger & birds. Dengan sebut-sebut perkataan bird & tiger nya lagi.


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Dak Imaan kenapa tu. Di Tin Valley inilah ada Dulang Tea House.

Selesai tengok tiger show & bird show, pergi minum dulu di Dulang Tea House. Kopitiam ni betul-betul di tepi gua.  Enal nak makan di situ dulu sebab tak makan apa-apa lagi. Dia order roti & kuah kari. Mak pulak order telur separuh masak & roti bakar salut kaya.


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Singgah minum dulu 

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Duduk di sit di celahan gua.

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Kopi sangat kaw...Harga RM5 secawan.

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Dak Zafran taknak duduk di kopitiam. Pergi tengok elephant statue yang ada di depan kopitiam tu. Dak Imaan pun join sekali.

Dah selesai minum, baru pusing-pusing petting zoo. Macam-macam haiwan ada seperti pets animals, birds, fishes, snakes, spiders, giraffe, zebra, deer & banyak lagilah. Bawak Dak Zafran ke tempat haiwan kali ni betul-betul dah lain compare dengan tempat yang Zafran pergi sebelum ni seperti BMLR, Gambang & Zoo Taping. Kali ni, Zafran dah pandai tengok & kenal setiap haiwan. Mulut pun duduk sebut nama-nama haiwan yang Zafran kenal. Antara banyak-banyak animal park yang pernah pergi, Petting Zoo  LWOT lah yang paling best.
Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Dak Zafran boleh duduk jea atas pony untuk bergambar. Tak boleh dibawa menunggang.


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Di tempat giraffe and Zebra


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Dah sampai petting zoo

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Dalam aquarium tu ada anaconda & fishes. Tapi Dak Zafran lagi excited tengok fishes


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Tempat tapir. Dah kenapa muka saya macamtu.

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Deer farm


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Tarantula Alley

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Dak Zafran panggil fox tu cat. Asalkan haiwan berbulu cantik jea dipanggil cat.


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Yang ni Dak Zafran kenal, crocodile

Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Meerkat


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Dak Zafran takut tengok parrot ni. Besar sangat kot. Selalunya Zafran excited jea kalau ternampak burung even gagak pun.


Trip To Lost World Of Tambun Part 3: Dry Land
Tortoise

Betul-betul dah pusing Petting Zoo, hujan pun turun.  

Nasib baik cover semua park yang best. Habis dahlah percutian di Lost World Of Tambun.

Rate yang saya bagi untuk Lost World Of Tambun, saya bagi 5 bintang. Budak-budak sangat enjoy & having fun bercuti di LWOT.

Overall my comments on LWOT

1. Tak payahlah berusaha sangat nak bawa masuk makanan dari luar. Kau gunalah skill macam mana pun, tapi staff LWOT yang check beg tahu beg mana yang ada beg makanan. Tak check semua beg, tapi beg yang dipilih untuk check mesti ada makanan. Punyalah balut makanan dengan tuala, etc bagai, tapi depa jumpa jugak. Agaknya diaorang dah dilatih untuk tahu cara nak detect beg yang ada makanan. Tak pun ada X-ray detector yang boleh tengok isi dalam bag dari kamera. So, better tak payahlah bawa makanan dari luar. Buat membazir RM1 jea untuk sewa locker. Makanan yang dijual di dalam pun boleh tahan gak mahalnya. Nasi ayam satu set harganya RM10. Tahu pengunjung memang akan beli makanan di situ, dijuallah dengan harga yang sangat unreasonable. Marketing strategy yang sangat bagus. Actually themepark lain pun guna rules yang sama jugak except Bukit Merah.

2. Better standby payung lipat kalau nak pusing-pusing LWOT. Just in case kalau hujan.

3. Swimming attire tak strict. Pakailah apa jenis pakaian pun untuk main air di situ. Baju kurung ke, kain pelikat ke, apapun boleh. Jangan bogel sudah.

4. Toilet & shower sangat bersih.


5. Surau pun bersih & selesa. Nak cepat boleh solat, better bawa telekung sendiri