Advanced Birthday Celebration For Youngest Brother At Foodsbury, Shah Alam
Didi yang first dapat makanan
Alang-alang Mus ada turun KL, Gediks Family terus decide dah
dinner sama-sama untuk celebrate birthday Mus yang ke 20 tahun. Padahal bulan Birthday Mus pun belum masuk
lagi iaitu Disember. Tetapi tinggal seminggu
lebih jea pun birthday Mus. Satu lagi , lepas ni Mus boleh balik pun pada bulan
January. Mus ada turun KL pun sebab ada Olimpiad Mathematic Universities Award
di UPM. Katanya competition ni lawan
antara university. Mus salah seorang
mewakili universitinya iaitu UniMap. Nak boleh terpilih untuk mewakili
Universiti, kena ambil exam dahulu untuk
pemilihan top 5. Mus termasuk dalam top 5 daripada 500 orang yang ambil exam.
Hebat jugak Matematik Dak Mus ni. Patutnya ambik pengkhususan matematik. Tapi,
kat Malaysia ni course Matematik tak berapa nak market. Nak selamat, Mus just
pilih course Engineering.
Deco dinding guna talam zaman nenek-nenek dulu
Makanlah bunga tu dulu Mus kalau dah lapar sangat..ahaks
Bila geng PJ sampai kafe ni dulu, diaorang cakap ternampak satu meja yang belum dikemaskan lagi. Atas meja tu ada satu pinggan yang spaghetti cabonara yang ditinggalkan separuh tak termakan. Maknanya ada something wrong la with spaghetti cabonara. Either tak sedap, muak sangat ataupun yang menikmati spaghetti tu dah kenyang. So, nak selamat sorang pun tak order spaghetti tu. Kafe ni juga tak menghidangkan course yang ada nasi. Nak buat bertemakan western & hipster pun at least kena ada satu course yang serve nasi. Even Kenny Rogers & Manhattan Fish Market pun ada serve course yang include nasi. Malam tu Abah kena makan lagi di rumah. Nasib baik ada nasi di rumah. Actually banyak lagi kafe hipster yang langsung tak ada serve nasi.
Peanut Butter Latte..perghhh sedap
Triple Chocolate Treat
Grandma & Tokli
Yang lain, main course yang semua order memang sedap. Saya order mixed grilled yang ada semua iaitu fish, lamb & chicken pun sedap. Lamb sangat lembut & tak perlu lama nak kunyah. Kalau nak tahu kafe tu boleh pergi jauh ke tak, just tengok cara lamb & steak disediakan. Kalau tender, kafe tu boleh success. Melainkan kalau ada masalah dalaman, ni memang tak boleh buat apalah. Serve makanan hebat macam mana pun, kalau ada masalah dalaman, akan kecundang jua..(ok, dah start melalut sorang-sorang. Better stop sebelum menjadi lebih mengarut). Drinks pun semuanya sedap. Just Kimchi punya tersalah order. Dia ingatkan order fancy drink. Nama drink tu Toffee Milk. Rupanya just susu dicampur dengan kacang jea. Ahaks. Nasib baik Kimchi suka minum susu. Kalau saya, tak terminum drink susu tu.
Here's The Beef Burger
Spicy Beef Olio
Caesar Salad With Grilled Chicken
Stuffed Chicken With Mushroom
Lamb Quesadilla
Roast Chicken
Yang paling last dapat makanan. Mixed Grilled With Pasta
Dak Zafran tidur..
Erghhhhh
Bibir Angelina Jimat
Ok, tak nak review pasal makanan banyak-banyak. Saya bukannya food blogger. Overall memang sedap daripada main course hinggalah drinks. Member cakap dessert di situ pun sedap. Terfikir dah nak try dessert. Tapi sebab portion main course banyak, dah tak larat nak makan lagi untuk dessert. To Mus, happy birthday in advance to you. Semoga Mus capai apa yang nak dikecapi. Kalau menang Olimpiad tu, jangan lupa treat kitaorang..Ahaks.
#kiddingonly #hopeyouwinthiscompetition
(sedang mengalami kecelaruan media sosial)
#kiddingonly #hopeyouwinthiscompetition
(sedang mengalami kecelaruan media sosial)
Didi yang first dapat makanan Alang-alang Mus ada turun KL, Gediks Family terus decide dah dinner sama-sama untuk celebrate birthday ...