12 October 2016

SIL's Convocation Day At UTHM, Parit Raja, Johor



Behind the scene

My SIL manage to finish her degree with lots of flying colours. ( Ehh..ada ke idiom ni. Main hentam jeakan. Maklumlah MUET sayakan 7.32. Ahaks) Why I say that? Sebabnya Mimi bukan setakat  dapat mengharungi 4 tahun pengajian dengan jayanya,  dia juga dapat Anugerah Naib Cancelor kerana CGPAnya 3.6. Anugerah Naib Cancelor diberikan kepada graduan yang memperolehi CGPA 3.5 & above. Anugerah ini membolehkan mimi memakai memakai medal pada jubahnya semasa majlis konvokesyen. Congrats to you,mimi. You’re really deserve it.

Sebelum pergi ke UTHM untuk hantar Mimi, Mak & Abah ke majlis konvokesyen, pergi ke studio dahulu untuk family photoshoot. 



Dak Zafran taknak bergambar


Behind the scene lagi


Studio photoshoot

Selesai sesi photoshoot, terus pergi ke UTHM. Mak, Abah & of course Mimi masuk dewan. Yang the rest like saya, Kimchi, Mel, Kak Kirah, Dak Qisya & Dak Zafran The Tantrum Boy berjalan-jalan di sekitar UTHM.


Dah di UTHM


Ready nak masuk dalam dewan


Dak Zafran badmood. Tue yang payah nak pandang kamera tu.



Di hadapan Dewan Sultan Ibrahim DSI. Ada jugak photoboom di belakang tu.


Majlis konvokesyen dalam dewan ni

Mula-mula melepak di library UTHM. Sangat cozy di situ. Ada susunan payung-payung beraneka warna digantung di ruang udara library tu. Semua payungnya berlogokan UTHM. Fish pond pun ada jugak. Budak-budak duduk seronoklah tengok ikan-ikan dalam fish pond tu.




Payung-payung logo UTHM bergantungan di ruang udara Perpustakaan Tunku Tun Aminah



Melepak di sini dahulu


Taknak bagi Dak Zafran bosan, layan Dak Zafran main batu


Eh paparazzi, kata Dak Zafran


Pointing to umbrella

Ada banyak tempat duduk macamni kat library ni

Dah rasa bosan di situ & Dak Zafran start meragam, pergi ke masjid UTHM pulak. Dah di masjid, still meragam jugak. Terus mandikan Dak Zafran. Dah mandi, ok sekejap. Tapi bila tengok ada budak main remote car yang boleh bertukar jadi robot tue, meragam balik. Zafran duk minta-minta kereta remote tu.  Dah tak terkawal meragamnya, bawak masuk ke dalam kereta. BF kan Dak Zafran, terus tertidur. Meragam sebab mengantuk rupanya.

Di Masjid UTHM


Dah tidurkan Dak Zafran, ajak Kak kirah jalan-jalan di pesta konvo. Kimchi jaga Dak Zafran dalam kereta. Pusing-pusing di pesta konvo, jumpa nutrimetics cleanser. Akhirnya dapat jugak guna nutrimetics cleanser setelah setahun guna brand Nivea. Kimchilah suruh beli brand Nivea sebab senang nak cari. Kalau nutrimetics, dia malas nak ikut saya mencari. Nutrimetics ni dah downsizing. Stokis dah tak banyak. Kalau terjumpa stokis pun, ada yang tak jual cleanser ni.Saya suka pakai brand ni sebab sangat sesuai dengan kulit muka.  Ni dah beli, dapatlah pakai balik. Cleanser ni lama jugaklah boleh tahan. Tapi bila dah habis, pening kepala pulaklah nak mencari. Ala, kalau tak jumpa pun, pakai ajela Nivea balik.hehe.


Dah habis shopping di pesta konvo, tunggu balik di dalam kereta sehingga habis majlis konvokesyen. Dah habis majlis, solat dulu di masjid. Dah nak balik, bergambar di convo backdrops sebelum Mimi pulangkan jubah. 
Bergambar di convo backdrops


Gambar sunset di masjid

Selesai semua, gerak ke rumah Makchik Hafis di Kulai untuk bermalam di situ. Selesai sudah majlis konvokesyen  mimi. Next attend Konvo Mimi di UKM. Sekarang ni Mimi tengah sambung masternya di situ. InsyaAllah, this also she will pass with thousands millions flying colours (MUET I kan 7.32.Ahaks) :

No comments:

Post a Comment