Di sebalik dinding cermin tu jea waterpark.
Pada hari kedua di Gold Coast Morib International Resort (GCMIR), semuanya bangun awal pagi sebab nak memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Yeala, hari kedua dah nak check out. Maknanya pukul 11am dah start kena packing barang & bersiap. So, just ada few hours jea untuk breakfast, jalan-jalan di tepi pantai & repeat mandi di waterpark.
Kimchi tak sabar nak breakfast
Dah bersiap, terus pergi breakfast di café resort. Dah sampai di café, makan breakfast buffet. Macam-macam ada di breakfast buffet likes nasi goreng, lauk-pauk, kuew tiau, pasta, breads corner, porridge, cakes, muffins, pau cereals, pancakes, salad, fruits & etc. Tak sampai sejam pun breakfast di situ sebab Dak Zafran dah ajak-ajak masuk waterpark. Waterpark nya just bersebelahan dengan café jea.
Breakfast galore
penuh satu meja dengan makanan
Mak & Pak dapat breakfast
sebab uncle Mus tolong layan Dak Zafran jap. Thanks uncle Mus.
Balik bilik dahulu untuk tukar pakaian mandi & keluar balik untuk repeat mandi di waterpark for the last time. On the way pergi ke waterpark, ikut jalan tepi pantai morib sebab nak bergambar di situ. Pantai ni tak ada orang mandi-manda sebab jenis berlumpur.
Gazebo terapung. Tapi air pantai surut, tak nampaklah terapungnya.
nak berlatarbelakang Pantai Morib, gambar pun backlight
Haha..Dak Zafran nampak badan jea
Dah bergambar, baru main air sampailah pukul 11am. Bersiap-siap & check out pada pukul 12pm. Gediks family sangat having fun main air especially Dak Zafran. Next time, boleh repeat lagi mandi-manda bersama-sama tapi bukan di GCMIRlah. Maybe di Tiara Beach Resort pulak.
Niela spiral slide yang paling hebat di water themepark ni
Dak Zafran cakap acehh to Tokli & Grandma sebab hadiahkan duckling float kat Dak Zafran
Aduh...rosak rambut aku..kata uncle yid..hik hik
Sebelum mengakhiri aktiviti mandi-manda, bawak Dak Zafran mengelungsur kat slide ni
Before I end this entry, apa yang saya boleh komen pasal Gold Coast Morib International Resort (GCMIR) ialah:
1. Breakfast buffet: Makanan ada pelbagai jenis. Cepat topup, bila bekas dah start nak kosong.
2. Room service agak ok. Call room service sangat lama nak kena tunggu baru berjawab, tapi bila requet iron & iron board, dalam masa 10 minit terus dapat.
3. Cleanliness apartment agak baik. Tapi keluasan apartment agak sempit. Kalau tambah lagi 2-3 orang dalam apartment ni, mau jadi macam tin ikan sardine. Blok yang menempatkan apartment kitaorang stay tak berapa nak maintain. Lampu di koridor dari bilik ke lif banyak terbakar & tak berganti. Bila nak lalu koridor ni malam-malam, tersangatlah rasa seram sejuk.
4. Water themepark: air sangat sejuk. Pool yang kedalaman 4 kaki bersih, tapi yang untuk kids, ada banyak benda-benda asing bewarna hitam. Tak tahu benda apa & tak nak tahu jugak apa benda tu. Hope just daun kering & tak ada kena skin infection bila dah balik bercuti nanti.
So, rate yang saya boleh bagi ialah 3 star because of kid’s pool not so clean & apartment block not well maintain especially lampu di koridor. Kalau nak tahu actual rate Hotel ni adalah empat bintang. Tapi tak berapa nak empat bintang. Hope GCMIR management will do something to improve the resort quality.
WOW.. menarik tapi bila maintenance xde terus jadi tak best..
ReplyDelete