28 October 2016

Dari Puncak Bukit Jugra & Melawat Balai Polis Lama Jugra

Permandangan Kuala Langat yang masih 75% hijau

Bukit Jugra adalah tempat bersejarah yang berdekatan dengan Gold Coast Morib International Resort(GCMIR) . Selepas check out (GCMIR), naik ke Bukit Jugra dengan kereta hingga ke puncak. Boleh tengok permandangan Kuala Langat, sungai & laut dari puncak Bukit Jugra.  Sangat mendamaikan tengok permandangan yang masih lagi banyak hijau. 

Tengah honeymoon kat NZ la ni..ahaks

Bila golongan hipster bergambar

Belakang tu pondok tempat duduk mengadap permandangan dari atas bukit.


Di atas bukit Jugra juga menempatkan rumah api tapi tak boleh masuk. Ada kemudahan awam asas di situ seperti pondok untuk duduk & carpark bagi memudahkan pengunjung yang ingin melihat permandangan dari atas bukit. Selain itu, Bukit Jugra adalah tempat untuk melakukan aktiviti paragliding. Tapi time kitaorang pergi situ tak ada pun aktiviti tu dijalankan.

Rumah api


Turun Bukit Jugra, singgah masuk Muzium insitu Jugra. Muzium ni merupakan balai polis lama Jugra atau nama lamanya adalah Rumah Pasung, yang dibina pada tahun 1878. Lepas tidak digunakan, lama jugak ditinggalkan & hampir tinggal rangka sahaja. Tapi dibangunkan semula & dijadikan muzium pada tahun 2002.

Di Muzium Insitu Jugra

Di sebalik gerigi penjara

Sejarah Kuala Langat & salasilah Kesultanan Selangor boleh diketahui di Muzium ini. Of courselah kena baca setiap informasi yang dipamerkan di dalam muzium ini. Setakat tengok gambar jea, tak boleh nak tahu jugak.hehe.

Tengah bacalah ni.

Selamba ko yea masuk sampai dalam tu 

Baca sejarah asal-usul muzium ni

Dak Zafran ajak naik tangga sampai atas. Suka bebenar dengan tangga

Dah habis baca sejarah & pusing satu muzium, tamat sudah aktiviti bercuti di Morib.

3 comments:

  1. Bestnya tempat ni... Walaupun duduk kat area Selangor... Tak pernah sampai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi best kalau time bukit Jugra ada aktiviti paragliding..boleh tengok orang terbang-terbang. Tapi time saya pergi situ, tak adalah pulak aktiviti paragliding ni.

      Delete
  2. Menariknya.. Cam nak jenjalan sini juga la..

    ReplyDelete