A Midnight In Johor Bharu. Watching Gamers Hunting For Pokemon At Danga Bay.
Sampai sahaja rumah Makchik Hafis, terus bersiap-siap nak pusing-pusing di bandaraya Johor Bharu(JB). Walaupun dah agak lewat nak keluar sebab nak boleh keluar pun nak dekat pukul 12 malam & satu lagi penat pun tak hilang lagi lepas seharian di majlis konvo, tapi gigihkan diri jugaklah untuk berjalan-jalan. Yeala dah alang-alang sampai Johor Bharu, gunalah peluang sebaik boleh untuk visit semua tempat menarik yang ada di JB. Lepas ni tak tahu lagi nak sampai Johor Bharu. Mimi pun dah sambung master di UKM. Ada pergi JB pun, kalau ada anak Makchik Hafis nak kahwin. Tapi, anak-anak Makchik Hafis semuanya masih study lagi.
Di Istana Bukit Serene. Nampak giant crown kat belakang tu. Baju Dak Zafran pun tak sempat nak betulkan sebab cepat-cepat nak ambil gambar sebelum kena halau dengan polis.
Sampai sahaja JB, singgah di dataran yang bersebelahan dengan
Istana Bukit Serene. Kata Kirin, merangkap tourist guide kami, dataran tu
sangat meriah. Tapi time kitaorang dah kat situ, macam tak ada orang. Lepas tu
nampak ada sebuah kereta polis di dataran tu. Ingatkan polis tu nak jaga
keselamatan pengunjung-pengunjung yang melepak di situ. Baru jea nak parking, tiba-tiba polis tu buat
announcement guna speker suruh semua yang ada dataran beredar dari tempat tu.
Ceh, nak menghalau rupanya. Don’t know for what reason. Even Kirin pun tak tahu
kenapa pok polis bertindak sedemikian. Dah kena halau, kitaorang beredar ajela.
Next pit stop is Danga Bay. Dari dulu lagi nak pergi Danga
Bay. Tahu Danga Bay ni orang kata just ada fun fair biasa jea. Pantai di Danga
Bay pun pantai tambak jea. Tapi nak tahu
sendiri jugaklah macammana tempat Danga Baynya tu. Sampai-sampai je Danga Bay, tersangatlah
ramai pengunjung yang ada di situ.
Sangat happening walapun dah tengah malam. Tapi semuanya macam melakukan
aktiviti yang sama jea iaitu tengok handphone sambil berjalan. Masa ni tak pelik lagilah dengan diaorang ni.
Rasa pelik bila ada trackless train lalu depan diaorang ni, semuanya
menjerit-jerit & ikut trackless train tu. Dengan handphone menghala-hala ke arah train tersebut. Dah
kenapa berkelakuan sedemikian. Rupa-rupanya diaorang ni semuanya main game yang
sama, game yang tengah famous amous sekarang ni iaitu Pokemon Go. Diaorang duk
kejar train tu sebab terjumpa pokemon yang rare, duk bergayut di train tu.. agaknya.
..Lawak-lawak tengok semua yang tengah crazy dengan Pokemon Go ni.
Di Danga Beach
All catching for Pokemon
Semua tengah sibuk tengok handphone masing-masing
Mamat belakang tu pun tengah pegang kamera sambil dukung anak. Tapi taktaula tengah main pokemon go jugak ke tak.
Bangsa Johor tapi statue flinstones di belakangnya. Tak faham.
Lepas dah tengok ragam-ragam pokemon catchers di Danga Bay, pergi ke Dataran Merdeka pulak. Di situ just ada banyak gerai steamboat & banyak group jugak melepak di situ. Tengok diaorang ni macam tengah buat MLM pun ada.
Di Dataran merdeka
Last sekali, pergi ke Pasar Karat. Pasar Karat lebih kurang macam uptown. Happening jugak. Siap ada persembahan nyanyian jalanan di situ. Tak lama dapat pusing-pusing di pasar karat sebab Dak Zafran meragam. Ternampak lorry toy. Duk minta-minta dibelikan. Padahal kat dataran tadi dah belikan pun kereta remote yang berharga Rm30++. Ni nampak toy lain, taknak dah kereta remote tu. Selagi tak dapat, selagi tu Dak Zafran tak berhenti menangis. Dah menangis, apalagi terus balik ke keretalah. Memang taklah nak belikan toy lain.Dak Zafran dah meragam & yang lain pun dah penat, just pusing-pusing bandar JB dalam kereta sahaja. Balik rumah Makchik Hafis dalam pukul 3pagi.
In future nak singgah lagi ke Danga Bay kalau ada pergi Johor?. Tak kot. Tak ada pun kat situ. Just fun fair jea ada. Cukup ajeala sekali jea pergi situ. Tapi kalau nak cari tempat yang tersangat sesuai untuk main pokemon Go, Danga Baylah adalah tempatnya.
Ehh ! kt dataran tu polis halau ea ? dulu tak pun..
ReplyDeletengape tak rakam orang tengah kejor train tu.. hahaha
SIL ada rakam. Dia ada share kat IGnya..hehe..
Delete