Udang besar-besar tu dalam mee bandung ni
Mee bandung berkuah kacang yang pekat & ada beberapa ekor udang yang besar-besar
di dalamnya, mana tak sedap weiii..Murah pulak tu. Harganya dalam RM6 jea.
Ni lah kedai Mee bandung Kampung sepakat
Nak makan mee bandung ni,kena pergi Kampung Sepakat, Senai. Dalam setengah jam dari JPO(Johor Premium Outlet, akan sampai ke Kampung Sepakat.
Ramai-ramai makan macamni habis dalam RM50 (campur drinks)
Ada dua jenis mee bandung yang dijual di kedai itu iaitu Mee bandung campur & mee bandung daging. Mee udang campur yang ada udang-udang yang besar, telur & seafood lain. Mee bandung daging, of course ground beef.
Semua tengah late lunch
Rasanya kedai ni tak ada nama. Tapi di kampung Sepakat just ada satu kedai ni jea yang jual mee bandung. So, tak susahlah nak mencari. Nak lagi senang nak cari, tanya orang kampung di situ lokasi Mee bandung kampung sepakat. Mesti orang kampong boleh bagitau jalan ke kedai ni.
Dak Zafran tengah tidur. Mak & Pak tak adalah nak kena telan mee bandung.
Ni first time saya makan mee bandung yang berkuah kacang. Dengan ada topping seafood sekali. Sebelum ni, mee berkuah kacang yang saya selalu makan just mee rojak jea. Mimi cakap mee bandung daging lagi sedap compare to mee bandung campur sebab kuahnya lagi rasa manis. Dia ada rasa kedua-dua jenis mee bandung. Kalau Mee bandung campur pun bagi saya rasa sedap dah, inikan pulak mee bandung daging. Kalau saya makan yang mee bandung daging, mau teringat-ingat sampai sekarang..hehe..Next time kalau ada sampai Kampung Sepakat lagi, boleh try mee bandung daging pulak.