Ya betul, ujian Pap Smear percuma sahaja. Jangan tangguhkan lagi untuk lakukan ujian Pap Smear kerana daripada ujian inilah kita dapat mengetahui tahap kesihatan serviks kita. Di manakah boleh
menjalani ujian Pap Smear yang percuma ini? Pergi sahaja ke mana-mana Klinik
Kesihatan yang berdekatan dengan kediaman anda.
Kebanyakkan Klinik Kesihatan ada menjalankan ujian ini. Sebelum
pergi ke klinik untuk menjalani ujian Pap Smear, dinasihatkan untuk hubungi
klinik tersebut untuk mengetahui
prosedur klinik tersebut. Sesetengah klinik ada yang perlu membuat appointment terlebih
dahulu. Ada juga klinik yang boleh walk in sahaja tapi pada hari tertentu
sahaja. Macam saya Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan kediaman saya iaitu
Saujana Utama, Sungai Buloh, hanya perlu walk in pada hari Jumaat untuk melakukan
ujian ini.
Untuk menjalani ujian Pap Smear, prosedurnya sangat senang.
Bila sudah berada di Klinik, buat pendaftaran dahulu. Selesai pendaftaran,
tunggu nama dipanggil. Apabila nama sudah dipanggil & sudah berada di dalam
bilik, ikut sahaja arahan nurse. Untuk
melakukan ujian ini, kita cuma tanggalkan seluar dalam & baring sahaja. Yang seterusnya, biar nurse/doctor yang lakukan kerja mereka. Doktor atau jururawat akan
memasukkan alat kecil yang dinamakan speculum(mulut itik) ke dalam vagina dengan lembut supaya servik
boleh dilihat. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush'
dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360°) untuk mengambil
sedikit sel. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk
diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat. Ujian ini mengambil
masa beberapa minit sahaja. Senang sahajakan ujian ini.
Kenapa ujian Pap Smear sangat penting untuk para wanita. Ini
adalah kerana ujian ini dapat mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi)
iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. (Kanser
serviks). Jika didapati keputusan ujian adalah luar biasa kena la buat rawatan
susulan bagi mencegah kanser. Ujian ini perlu dilakukan sekali setahun. Ujian ini juga adalah untuk wanita yang sudah berkahwin atau dengan kata lain yang aktif & pernah dalam hubungan seksual sahaja.
My Pap Smear Test Report
Saya sudah melakukan ujian Pap Smear untuk tahun ini di
Klinik Kesihatan Saujana Utama. Keputusan ujian ini juga sudah dapat. Lihat
sahaja gambar Laporan Ujian Pap Smear. Alhamdulillah. Serviks saya tidak
mempunyai apa-apa masalah. Nurse di Klinik Kesihatan ini juga beritahu yang setiap
sampel dihantar ke private lab supaya keputusan ujian cepat dikeluarkan berbanding jika dihantar ke makmal hospital kerajaan. Macam saya, sampel saya dihantar ke Quantum Diagnostics Sdn. Bhd. Jadi tak perlu tunggu lama untuk
mengetahui keputusan ujian ini. Cuma kita sahaja kena rajin menghubungi Klinik
untuk mengetahui samaada keputusan ujian sudah dikeluarkan ke belum. Selagi
kita tak menghubungi Klinik, selagi itu kita tidak akan tahu keputusan ujian
ini. Klinik Kesihatan memang tak akan menghubungi kita untuk memberitahu
keputusan ujian kita. Satu lagi kita juga tidak boleh membawa balik laporan
ujian Pap Smear. Kalau kita nak laporan ujian kita juga untuk keep record, yang
kita boleh buat sama ada photostat laporan kita di kedai berdekatan &
pulang balik laporan original, ataupun paling senang snap ajeala gambar laporan
ujian Pap Smear macam saya buat.
Selain ujian pap smear, kita juga boleh request nurse untuk
melakukan pemeriksaan payudara kita. Pemeriksaan ini sama seperti
PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara) di mana nurse akan melakukan dengan
menekan-nekan di sekitar payudara. Bila tangan dari bidang perubatan yang memeriksa
akan tidak sama dengan yang sendiri periksa (PSP). Dia akan periksa
dengan lebih details. Selepas nurse memeriksa payudara saya, Alhamdulillah tiada
apa-apa ketulan.
Berurusan dengan Klinik
Kesihatan (untuk make appointment, queuing, etc), nak kena rajin sedikit. Biasalah nama pun Klinik Kerajaan. Ramai pesakit kan. Kena luangkan masa & tenaga sedikit. Satu lagi kena ambil cuti (sama ada half day atau time off) untuk melakukan
ujian sebab boleh pergi pada waktu bekerja sahaja. Rasa macam leceh sedikitkan. Tapi bila difikirkan ujian ini tidak dikenakan bayaran & dapat mengesan tanda-tanda awal kanser pada rahim kita, segala yang kita usahakan supaya dapat buat ujian ini tersangatlah berbaloi. Jadi, cepat-cepatlah jalanilah Ujian Pap Smear demi diri & juga insan tersayang. InsyaAllah dengan izin Allah SWT.
lg stu pastikn yg pergi ujian pap smear tu org yg dh kahwin ya..hehe
ReplyDeleteThanks for the info. dah update dalam entri.
DeleteDan yg pernah melakukan hubungan kelamin kan... Kalau x silap lah... Waallahualam....
DeleteBetul..thanks tambah info untuk saya. Dah update dalam entri jugak..
Deletesy dah pernah buat sekali..tak sakit pun
ReplyDeletetuela..tak sakit pun..lepas tu sekejap sahaja ujian ini dilakukan..
DeleteGood sharing... Cikla belum pernah buat. Kalau sblm ni, baru cadang cadahg nk buat, prgnt pulak.. Huhu... Tgklah lepas ni... InshaAllah...
ReplyDeleteTak apa tunggu lepas bersalin. 6 bulan lepas bersalin kena buat pap smear.
Deletethank for sharing info..hahah mencegah tu lebih baik dari mengubati kan hehehe..
ReplyDeleteWelcome, sis. Betul. Cegah sebelum terlambat..
Deletemalu kena tanggal seluar dalam depan nurse masa buat pap smear bulan lepas
ReplyDeleteTime saya buat pap smear, saya tanggal di dalam toilet. Then pakai kain batik yang diberikan oleh nurse. Bila pap smear dijalankan, saya naikkan kaki (macam posisi sit up tu), then nurse selakkan kain batik untuk pengambilan sampel.
Deletesebelum mengadap nurse prepare apa2 yang patut.trim bulu-bulu yang ada.malu nanti sebab nurse siap suluh lagi kat situ
Deletejangan risau..nurse tak judgemental...mereka hanya melakukan tugas mereka tanpa fikir buruk terhadap kita.
DeleteSaya x buat. Beribu kali kena paksa oleh GeneralPractitioner (klinik) sy. Kat UK, mmg diwajibkan buat menda ni.... tapi dia tnya kita buat seks bebas ke x. sbb risikonya lebih tinggi. So kalau yg muslim dan x melakukan seks bebas dan masih virgin (x kawen lagi), boleh minta x nak buat dengan alasan nanti kat malaysia kna buat....hehehe. atau, kepada yg dah ambil suntikan pencegahan kanser serviks...yg RM400 tu, kdg2 offer 50% jadi RM200 tu. Hehehehe...punya la sanggup bg alasan sbb x nk buat.
ReplyDeleteSaya baru buat dua kali jea dan memang tak sakit pun...
ReplyDeletetq atas perkongsiannya. berguna sangat for the future :)
ReplyDeleteKinah pun dah buat dua kali dah. Memang prosedurnya cepat dan mudah.
ReplyDeletepap smear..memang tiap tahun bulan..tu pun sebab ambil pil perancang keluarga dekat kk..so diaorg mmg suruh buat pap smear..mula-mula malu tapi demi kebaikan..abaikanje..huhu
ReplyDeletePap Smear...saya takut nak buat..bile baca blog ni.. In Shaa Allah saya akan cuba buat dengan yakinnya...
ReplyDeletesekali ja kita buat huhuu dah 4 org anak..nnt nak kena reapet balik takut la sekarang ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya dah tiga kali buat.. =) Kaum wanita terutama yang dah berkawin memang wajib buat pap smear nie, lebih baik mencegah daripada mengubat..
ReplyDeleteKalu belom kawin bole tk buat? .. emm
ReplyDeletesaya dah bt tp sekali je..insyaAllah nnti bt lagi
ReplyDeleteIt's awesome for me to have a web page, which is good in favor of
ReplyDeletemy experience. thanks admin
Saya pernah buat sekali ... Memang tak sakit ... Lebih kepada malu... Padahal masa bersalin pun kena kangkang jugak ... Tapi masa tu sakit kan so, dah tak kisah ape dah... Sekarang nie malu sebab sihat walafiatkan ... Insyaallah akan buat jugak nanti coz misi dah sibuk2 tanya tiap kali datang ambik perancang, Janna pun nak setahun dah ...
ReplyDeleteInfo yg bagus. Rasa takut nak pergi. Harapnya lpas ni boleh pergi dgn rela hati
ReplyDeleteinfo yg sangat bagus. tq for sharing
ReplyDelete