Bulan September ni, ada promosi tiket untuk Bukit Merah
Laketown Waterpark. Harga tiket cuma RM20/person, tak kira dewasa atau
kanak-kanak. Kalau harga asal dewasa Rm38, while kanak-kanak RM22. Maknanya dengan
promosi ini, dapat jimatkan RM18 peradult, RM2 perchildren. Promosi ni sah sehingga 30 September sahaja. Kitaorang
apalagi, memang tak lepaskanlah peluang pergi ke BML Waterpark walaupun nak
pergi time Raya Haji. Raya Haji pun tak ada buat apa. Korban pun tak buat. Dah
kat rumah tak ada apa-apa aktiviti, baik bawak budak-budak pergi berseronok.
Kid’s adventure river
Tapi promosi ni just untuk orang utara sahaja. Kenalah ada IC yang beralamat negeri utara sahaja iaitu Kedah, Perlis, Perak & Pulau Pinang. Satu IC pulak just boleh guna untuk beli 5 tiket sahaja. Luckily, IC Kimchi masih lagi alamat Perak. Kalau enal dah alamat Selangor dah. So, gunalah IC Kimchi untuk beli tiket untuk saya, Kimchi, Enal, Alim & Dak Zara. Dak Qisya terlepas dari kena beli tiket walaupun ketinggian dah lebih daripada 90cm iaitu had ketinggian maksimum yang dibolehkan untuk mendapat kemasukan percuma. Dapat nego untuk masuk free sebab lepas sedikit sahaja dari 90cm. Dak Imaan pulak sama tinggi Qisya, so free jugak. Dak Zafran of coursela free sebab baru 2 tahun. Kanak-kanak yang berumur lebih 3 tahun yang kena beli tiket.
Belakang tu slide.
Dekat kaunter lagi dah diberitahu yang semua yang best macam boomerang, body slides & etc under maintenance. No wonderla waterpark ada promosi. Semuanya yang extreme tak boleh dimain. Tak apala, main purpose pergi ke waterpark, nak bawak budak-budak main air. Kalau mak pak sibuk nak main semua tu, siapa pulak nak jaga budak-budak. Nak main benda tu, nak kena sewa pelampung lagi. Jenuh pulak nak bawak pelampung yang besar gedabak & at the same time nak jaga budak. So, tak kisah pun tak dapat main semua best tu.
Stail Dak Zafran main gelongsor. Panjat kat papan gelongsor dahulu
Taknak bergambar
Sandy beachfront wave pool
Okla tangan pegang lori, bukan gadget..
Budak-budak memang having fun la pergi waterpark ni. Nama pun main air. Mula-mula mandi-manda di Kid’s adventure river. Ada pelbagai jenis kid’s slide di situ. Then, main air di Perak mining pulak. Last sekali, mandi di Sandy beachfront wave pool. Kat sini ada man-made wave. Pukulan ombak sangat kuat & laju. Kalau kanak-kanak memang kena ada mak pak berada berhampiran dengan mereka. Sebab takut tenggelam & lemas bila kena pukulan ombak. Tapi ramai jea lifeguard yang ada duk jaga kat situ.
Tak nampak lagi budak-budak ni kepenatan
Tiga dara cilik bergambar dengan patung kura-kura
Dah start ada ombak..Budak-budak takut, duduk kat tepi jea.
Nampak tue pukulan ombak yang kuat
Yang ada anak kecil semua keluar dari tempat ni sebab tak sanggup nak hadap ombak yang kuat.
Dak Zafran pun takut gak. So just main air dalam pool ni jea.
Pool ni tempat yang last mandi-mandi. Then, bersiap untuk balik.
Decide untuk stop mandi-manda pada pukul 5pm. Kena keluar pada pukul 5:45pm. Taknak bersiap last minute sebab kitaorang taknak berebut shower untuk mandi. Bersiap lebih awal, toilet kurang sesak sedikit.
First attempt buat lompatan: tak jadi.
Second attempt: Tak jadi jugak..
Hope BML Waterpark buat promo tiket lagi murah dari yang ni supaya boleh pergi lagi. Kalau sama macam sekarang ataupun naik ke normal price balik, memang tak pergilah. Try main air kat tempat lainlah pulak seperti Tambun. Apapun, Bukit Merah Laketown Waterpark memang best untuk budak-budak. Walaupun yang extreme banyak yang tutup, tapi kitaorang tak kisah pun. Sebab bila ada budak-budak, dah tak terfikir nak main semua benda tu. Lagi seronok melayan budak-budak main air.
lama tak ke sini.. ada diskaun ni memang masa yang sesuai laa
ReplyDeletetuela..banyak pulak diskaunnya. cepat2 pergi ke waterpark sebab promo ni sampai hujung bulan September jea.
DeleteOutdoor bounce house Wow, cool post. I'd like to write like this too - taking time and real hard work to make a great article... but I put things off too much and never seem to get started. Thanks though.
ReplyDeleteThanks for sharing about the promotion at Merah Lake town Waterpark for the northern residence. Thanks for the information about this park. keep it up. Now it's time to avail 1 litre water bottle for more information.
ReplyDelete