Alexa Ranking Penselduabee Berjaya Mengatasi Blog Fatin Liyana & Irine Nadia
Penselduabee berada di kedudukan 7,245 untuk Malaysia ranking & 1.6M untuk global ranking
Tajuk entri macam nak kena penampar kan.Haha. Tak payah nak
berlagak sangatlah. Kalahkan blog Fatin Liyana & irine Nadia konon. Padahal
dua-dua blog ini dah lama popular & empunya blog-blog itupun banyak memenangi
pelbagai anugerah. Kedua-dua blogger dah lama memegang status celebrity. Kau,
blog hit pun baru sahaja melepasi 50k.
Pergi food review di Domino’s pun, semua
blogger pandang semacam kat kau. Nampak air muka diaorang macam tertanya-tanya,
dia ni siapa tiba-tiba jea attend event ni. Blogger jugak ke. Memang tak dilupakan moment tu.hehe. Saya memang tak terkejut dapat reaksi sebegitu sebab blog saya masih mentah lagi. Saya pun tak pernah join mana-mana blogger event. Sebab itu saya cuba memberanikan diri untuk join blogger event pertama saya ini supaya dapat berkenalan dengan blogger-blogger otai and the sama time minta tips dari diaorang. And of course dapat makan free lah.hehe. dengan syarat kena buat review dalam blog. Tapi baru sahaja sampai Dominos, Kimchi ajak balik atas sebab-sebab tertentu. Tak ada rezeki nak join food review ini.
irinenadia berada di kedudukan 11,006 untuk Malaysia ranking & 2.4M untuk global ranking
honeykoyuki(Fatin Liyana) berada di kedudukan 7,556 untuk Malaysia ranking & 1.7M untuk global ranking
Of courselah blog saya tak akan dapat mengatasi blog Irine Nadia &
Fatin liyana. Alexa ranking pun bukannya accurate sangat. Ranking ini menjadi
tinggi inipun sebab saya banyak join giveaway & share di FB. Tapi bila
tengok these numbers, saya rasa lebih bersemangat untuk naikkan pageviews blog
saya & menghasilkan entri yang berkualiti supaya dapat menarik lebih ramai
readers. InsyaAllah, blog saya mempunyai ramai regular readers. (bukan regular
customer yea.hehe) & pageviews dapat cepat naik sehingga 100k pulak.
Tahniah... Keep it up..
ReplyDeleteThanks, Cikla..
DeleteWahhh bgs nya.. Good luck
ReplyDeleteThanks, sis.
Deletetahniah sis... all the best
ReplyDelete