12 August 2016

Tantrum At Majlis Kesyukuran Cum Ummar's 12th Birthday Celebration


Akhirnya sampai jugak turn Cikna & AyahChik menunaikan ibadah Haji. Weekend terakhir sebelum berangkat ke Kota Mekah, AyahChik & Cikna buat makan-makan di rumah mereka. Makan-makan ni just untuk anak-beranak ISMI sahaja. Hampir semua warga ISMI datang berkumpul di rumah ayahchik. Makan-makan ni buat sekali Ummar Birthday Celebration untuk yang ke 12 tahun.




Menu Majlis Kesyukuran adalah mostly masakan kampung iaitu keresek ayam(betul ke x ejaan ni. keresek ni gulai ayam & adalah masakan Kelantan. Rasanya..), ikan goreng, sayur campur kicap, sambal udang, ulam-ulam, sambal belacan, kari ayam & gulai telur. For dessert pulak roti jala serawa durian, cheese tart, brownies & trifle. Most of makanan ini adalah masak sendiri oleh tuan rumah.

Lepak-lepak selepas makan

Cuzzy & Anak Cuzzy..hehe


Tengah umpan Dak Zafran dengan Mamee. 

Tak dapat nak stay lama sebab family Kimchi ada di Saujana.  Dak Zafran pun meragam. Nak cerita tantrum baru Dak Zafran sekarang  yang tak suka stay lama-lama di sesuatu tempat. Tak kiralah di rumah orang ke, kedai makan ke. Nak bagi Zafran stay without meragam, kena umpan dengan something. Kalau makanan, kena buah epal atau tembikai. Kalau barang, kena lori/kereta/bas mainan baru/first time tengok. Kalau tak umpan dengan benda-benda ni,  5 minit yang pertama, ok lagi. Minit-minit yang seterusnya, akan dimulakan dengan rengetan dahulu. Tanda dia nak keluar dari tempat tu. Kalau still dia rasa tak keluar dari tempat tu, Zafran akan terus melalak. Kalau dah melalak tu, pujuklah macammana pun memang tak akan berhenti menangis. 

Ada satu cara nak bagi Dak Zafran stop melalak iaitu bagi Dak Zafran tengok gambar-gambar lori di google image di gadget. Tapi masalahnya, kalau Dak Zafran main gadget(hp/ipad), dia ni cepat hilang sabar. (Tak tahula ikut perangai siapa. Erkkk..haha. ). Kalau gadget ni hang sekejap atau dia tersalah tekan yang menyebabkan image tu hilang, Dak Zafran akan menangis lagi kuat. Menangis tu macam kena dera. Haha. Terpaksalah duduk sebelah Dak Zafran kalau dia tengah tengok google image. Kalau Dak Zafran tersalah tekan ke apa,  kena cepat-cepat ke  google image semula. 

Adalah terfikir satu solution untuk Dak Zafran supaya tak menangis bila kena stay lama-lama di sesuatu tempat. Kalau cara tu berjaya, akan dikongsi dalam blog ni. Kalau tak berjaya, tak adalah nak share.hehe.

Birthday Boy, Ummar ada di situ

photoboom by Ayahhar

Dak Zafran dah meragam time ni. Taknak pandang kamera. Dengan pakai kasut dalam rumahnya. Ni tengah percubaan mengajak papanya keluar dari rumah.

With Mak & Didi cutie


Ok, enough cerita pasal tantrum Dak Zafran. Hehe. Biasalah, budak. Tengah berada di fasa meminta extra perhatian daripada mak paknya. Anyway, To AyahChik & Cikna, Selamat Menunaikan Ibadah Haji. Semoga dipermudahkan urusan ibadah haji di Kota Mekah.

1 comment: