Tak Kenyang Makan Di Boat Noddle


Memangla tak kenyang, kalau setakat makan 2 mangkuk boat noodle jea. 2 mangkuk tu just setakat celah gigi jea. Dah harga pun semangkuk RM1.90 jea. Sebab tu portion nya seciput ajela. Tak cukup 2 mangkuk, order lagi 1 mangkuk, still rasa tak kenyang jugak. Malaslah nak order lagi sebab kena queue order balik semula. Yang datang makan di situ time ni boleh tahan gak ramainya. Penuhlah semua meja. Tengok orang post makan di boat noodle, no wonderlah bertingkat-tingkat mangkuk-mangkuknya. Kena makan banyak mangkuk, baru puas makan & kenyang. Actually adalah trademark ambil gambar macamtu kalau makan di Boat Noddle.

Boat noddle ada dua jenis flavour. Saya & Hawa pilih flavour pathumthani soup instead of Ayutthaya soup. Waiter di situ cakap kalau Ayuthaya more creamy compare to pathumtani. Disebabkan saya & Hawa adalah first timer makan di situ, so pilihlah flavour yang light iaitu pathumtani. Takutlah yang creamy tu muak. Kalau flavour pathumtani ni kena dengan tekak, next time makan try yang Ayutthaya pulak.


 Pathumthani Boat Noddle


Rasa pathumthani Boat Noddle, bagi saya biasa-biasa sahaja. Kuahnya rasa masam jea lebih. Lepas makan boat noodle ni, tak adala teringat-ingat sampai rasa nak makan lagi.  Tapi boleh try la kot soup satu lagi iaitu Ayutthaya. Maybe yang ni lagi sedap.


Sorang makan 3 mangkuk

Iced green tea yang Hawa order sedap. Kalah green tea chattime. Tak tahu nak describe macam mana tapi bila minum rasa sedap & tak pelik. Green tea di Boat Noddle adalah yang ketiga yang saya pernah minum. First pasar malam punya, green tea yang murah. Second chattime, green tea yang mahal sedikit. Third adalah Boat Noddle. Green tea yang first & second saya minum, tak adalah tak sedap langsung. Tapi rasa macam kena paksa diri untuk habiskan.  Aroma herba dalam iced green tea macam kuat sangat. Senang cakap ibarat macam minum ubat/jamu/minuman kesihatan versi susu kalau dah rasa lambat jea nak boleh habiskan. Hehe. Kalau yang boat noodle ni rasa macam tak puas minum. Ke sedap sebab Hawa punya. Orang kata kalau rasa yang orang lain order, akan rasa sedap. Sendiri order tak sedap. Ahaks. Tapi serius rasa enjoy jea minum  Boat Noddle Iced Green Tea .

Must have photo if dining at Boat Noodle


Next time, kalau nak makan di Boat Noodle lagi, saya akan try satu lagi flavour iaitu Ayutthaya & semestinya akan order jugak Iced Green Tea. Harga kesemua meal di situ pun agak reasonable jugak.

Share this:

,

CONVERSATION

5 comments:

  1. Macam best jer.. X pernah try makan sini..

    ReplyDelete
  2. suka green tea dia jugak.. cup tu siap bawak balik acah2 tak habis... hahaha

    ReplyDelete
  3. Huaaahuaaa sedapnya green tea.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap green tea tue... anyway awak ditag yea...

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/08/segmen-ucing-mencari-binatang.html

    ReplyDelete