Durian Feast & BBQ At Maklang's Crib, Serendah
Geng-geng cilik tengah tengok kartun Tobot
Sehari selepas birthday Imaan, pergi beraya rumah maklang
(Kimchi’s maternal side) & Paklang Kimchi pulak. Maklang siap offer lagi
akan masak apa yang kitaorang request. Enal macam biasa request buatkan makanan
favouritenya iaitu laksa. Kitaorang tak tahu nak request apa. So just cakap
nak durian jea. Maklang cakap kat area situ memang ada tempat yang jual durian
murah & cepat habis dijual. Cina-cina suka beli kat situ.
Tengah lunch
Sampai rumah Maklang dalam pukul 1 petang. Terus makan
tengahhari. Tengok atas meja, ada lauk Ikan Patin Masak Tempoyak. Perghh…Favourite
Kimchi. Memang Kimchi makan sampai
menambah dua kalilah. Suapkan Dak Zafran nasi dengan gulai tu, Dak Zafran pun
suka jugak. Siap cakap “nak…nak” kalau
lambat suapkan nasi ke mulut Zafran. Dah macam papanye suka jugak makan ikan patin masak
tempoyak . Like father like son.
Nampak tu ada patin masak tempoyak & laksa di situ
Selesai makan nasi, tiba detik-detik yang ditunggu iaitu makan
durian. Satu kereta sorong durian Maklang & Paklang beli untuk serve
kitaorang. Rasa durian sangat manis & lembut walaupun isinya nipis. Isi nipislah yang selalunya sedap. Kalau isi tebal mesti rasa keras & tawar. Selalu dapat macamtu kalau beli.
Dah tinggal separuh kereta sorong, kena stop makan. Tunggu Enal sampai. Kalau keep eating, mau Enal tak sempat nak makan durian.
Makan durian
Boleh ke tu nak bukak durian.ahaks.
Dah pekenaq durian, rehat jap sementara tunggu anak-anak Maklang membakar chicken wings & lamb chop. Lamb chop tu. Agak rare ada lamb chop kalau BBQ sendiri. Selalu kalau nak makan lamb chop, kat restaurant jea boleh dapat. Ni kat rumah maklang, ada kambing yang dah siap potong-potong khas untuk BBQ. Kata Maklang, chicken wings & lamb chop beli di NSK. Just bahan perap & sos buat sendiri. Sos BBQ, yob yang buat. Sedap sosnya. Hebat tu lelaki boleh buat sos yang sedap. Even saya pun tak pandai buat sos BBQ sendiri. Dah siap bakar, bila makan lamb chop, lembut giler dagingnya & sangat sedap. Chicken wings pun sedap jugak & daging ayamnya rasa manis.
Sesi membakar oleh anak-anak bujang Maklang
Cik Yang tengah terbalikkan lamb chop
Enal sampai-sampai jea terus hadap durian dulu. Laksa tolak tepi dulu walaupun laksa tu favourite food nya.
Dah makan yang bakar-bakar, Maklang serve trifle pulak. Ni mahu gain weight sampai 5 kg lepas makan di rumah maklang. Dahlah semalamnya birthday imaan, memang dah makan banyak. Di rumah maklang pun non-stop makan jugak. Esok, kena puasa sunat.Ahaks.
Trifle
Kak Kirah tengah makan trifle
Beraya rumah Maklang kiranya penutup tirai jalan-jalan raya bagi tahun 2016. Ada lagi 3 hari sebelum habisnya syawal tapi hari biasalah. Tak ada dah kot berjalan raya pada 3 hari biasa ni. Habis sahaja Syawal, misi menurunkan berat badan pulak.Hehe.
Mak oiii..memang kena naik penimbang la ni...tp x leh tahan la tgok durian tuh....sedapnya...
ReplyDeleteTengah musim durian sekarangni kan.. rata-rata kisah pasal durian...
ReplyDeleteSerious jeles tengok durian tu.. kikiki.. kalaulah komputer nie rasa durian.. nak je gigit dan kunyah2..
ReplyDelete