5 August 2016

Cuak jugak Bila Kena Masak Untuk 10 Orang Tetamu Datang Beraya

Bila Angah message bagitau dia & hubbynya nak datang beraya, saya jawab ok ajela. Walaupun saya ni tak pernah masak untuk kuantiti yang banyak tapi kalau setakat untuk dua orang, tak susah kot. Tiba-tiba Kimchi pun nak ajak jugak member-member dia datang beraya. Time yang sama jugak. Kata Kimchi, dah alang-alang saya nak masak untuk member saya, masaklah lebih sedikit untuk member-member dia jugak. Member Kimchi campur wife & anak masing-masing, adalah 7 orang. Kalau campur dengan Angah & hubbynya & Cu(ajak jugak) jadilah 10 orang. Nervous la pulak nak masak untuk hampir 10 orang. Takut tersalah estimate sukatan apa-apa bahan, terus ke laut rasa masakan yang saya prepare.

Sebelum masak baca Bismillah dahulu. Hope dipermudahkan segala urusan memasak oleh Allah SWT. Overla pulak siap doa bagai. Memasak jea pun.ahaks. Serius tak pernah masak untuk ramai orang. Takut kan nanti lepas makan jea yang saya masak, terus kena diarrhea. Uishh..Mintak dijauhkan. Tapi, tak salah pun baca Bismillah kan sebelum memulakan apa-apa.   Lepas baca bismillah terus masak fettuccine cabonara. Saya pilih untuk masak fettuccine sebab senang nak prepare.   Just tumis bawang & campur sos cabonara lepas dah naik bau. Lepas sos dah mengelegak, campurkan dengan chopped breast chicken & sliced mushroom buttons. Tunggu hingga menggelegak, lepas tu siap. Sebelum tu, goreng dahulu chopped breast chicken & sliced button mushroom  supaya separuh masak. Saya tak suka ayam yang mentah & cendawan yang tak digoreng, dicampur dalam sos cabonara dan  dibiar hingga masak.  Kalau buat macamtu, sos cabonara akan rasa lain macam.  Itu saya punya opinion lah.

Dah siap masak, pastu rasa. Adalah rasa sos cabonara. Bolehlah nak serve tetamu yang nak datang beraya. Just hope diaorang tak sakit perutlah selepas makan fettuccine cabonara yang saya masak ni.hehe.

Angah, my ex KMNS roommate

Ex Hartalagian Kimchi

Wife salah seorang member Ex Hartalagian Kimchi

Selesai sahaja sesi beraya, tunggu jea panggilan kot-kot ada tak yang sakit perut selepas makan fettuchine saya ni. Tapi Alhamdullillah, tak ada. Ahaks. Maknanya saya dah pandailah memasak heavy meal untuk 10 orang makan. Tak adalah nak serve biskut raya untuk orang yang datang beraya. Kalau nak serve heavy meal pun, mesti beli di kedai.  Tapi lepas ni kalau ada orang datang beraya, dah boleh serve heavy meal dengan masak sendiri. Tak perlu beli dah.

Lepas jea boleh  fettuchine cabonara untuk 10 orang makan, try masak spaghetti bolognese untuk birthday Imaan. Masak untuk 30 orang makan. Guess what, spaghetti bolognese adalah makanan pertama yang habis dahulu. (Statement angkat bakul sendiri. Sila jangan menyampah). Ahaks. Memang dua-dua fettuchine cabonara & spaghetti bolognese senang nak prepare. Tapi sebab saya tak pernah masak untuk portion yang banyak, so dua-dua jadi satu stepping stone supaya saya pandai masak pelbagai lagi jenis makanan untuk portion yang banyak.

Anyway, to tetamu yang datang beraya, terima kasih kerana sudi datang beraya di rumah kami yang tak seberapa ni. Tahun depan datanglah beraya lagi.hehe.


1 comment:

  1. Setiap yang baru ada permulaan.. lepas nie dah boleh masak untuk ramai tetamu.. tahniah..

    ReplyDelete