29 August 2016

Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.

Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.



Adakah anda adalah Kaum Hawa yang sedang mengalami masalah-masalah seperti di bawah:
keputihan
mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan 
kurang bertenaga
perut buncit
berat badan berlebihan
payudara semakin kendur


Jika anda ada mengalami masalah-masalah tersebut sehingga menyebabkan anda menjadi kurang berkeyakinan dengan diri anda, Millennial Gen ada penyelesaiannya. Millennial Gen telah mengeluarkan produk Harum Malam yang diformulasi dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah masalah bau badan.  Supplemen ini juga dapat membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Bukan itu saja, malah dapat merawat masalah seperti keputihan, gatal² vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan lain² lagi.

Kelebihan dan khasiat lain minuman kesihatan Harum Malam adalah:
 ✔ Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
 ✔ Mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
✔ Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
 ✔ Melegakan panas badan.
✔ Menegangkan payudara.
 ✔ Memulihkan rasa rapat.
✔ Mengencang otot kewanitaan.
✔ Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
✔ Menambah keharmonian suami isteri.
✔ Menyihatkan rahim.
✔ Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
✔ Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
✔ Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
✔ Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
✔ Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
✔ Mengurangkan tekanan dan tension
✔ Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Golongan yang sesuai ambil minuman kesihatan Harum Malam:
✔ Wanita Berkahwin
✔ Anak Dara
✔ Wanita Berpantang
✔ Sesuai untuk yang menyusukan anak
✔ Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas


Kandungan Harum Malam adalah 100% ramuan asli iaitu Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry & senna.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.

Setiap ramuan-ramuan ini mempunyai khasiat tersendiri iaitu:

1. Ekstrak bunga ros
Ekstrak bunga ros sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya kulit tampak lebih berseri, halus dan segar. Di samping itu juga, ia mampu mengatasi masalah kitaran haid yg tidak teratur di samping meredakan senggugut yang sering dialami oleh kaum wanita ketika haid.

2. Sirih Daun
Mengawal & mencegah masalah bau badan.

3. Buah tin (a.k.a Buah Ara)
 menstabilkan tekanan darah, merawat jerawat, pigmentasi kulit (skin pigmentation), mencegah serangan jantung koroner, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kolesterol di samping menyihatkan lagi kulit. 

4. Kismis
memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan,  membekalkan tenaga yang seimbang selain meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.

5. Madu
merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria,merawat dan memulihkan luka. Selain itu, berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.

6. Goji
Khasiat lain iaitu Beri goji. Ramuan ini kaya dengan nutrient yang mampu menukar makanan kepada tenaga dan bukannya lemak. Seperti contoh,B1 (Thiamin) yang terkandung dalam beri Goji penting untuk menukar karbohidrat kepada tenaga. Kalsium pula menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Manakala asid Amino L-Glutamine dalam beri Goji dapat meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak.  Buah beri goji mampu meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit selain  menjadikan anda rasa dan kelihatan muda kerana Goji merangsang rembesan HGH (Hormon Pertumbuhan Manusia), "hormon remaja". Selain itu, buah beri goji dapat mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan risiko kanser, meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual, meningkatkan kesuburan serta membantu mengurangkan masalah berat badan.

7. Limau purut
Membunuh kuman disentri, kolera & tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau ini berkesan menghilangkan lemak & menguruskan badan, melegakan perut & melancarkan penghadaman.

8. Kayu Serapat
 Ia bermanfaat untuk mengembalikan faraj yang ‘longgar’ supaya kembali cantik seperti anak dara. Akar serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi,  mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid dan juga mampu memperbaiki menegangkan payudara yang kendur agar kembali anjal dan tegang.

9. Buah Delima
mengandungi antioksidan yang tinggi yang mampu melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.   Kandungan gula dalam buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati, boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.

10. Manjakani
membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.   Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa. Khasiat tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

11. Pueraria Lobata Kudzu
sering digunakan  untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, migrain serta menentang jangkitan bakteria dan meredakan sakit pada bahagian bahu dan leher. Herba ini juga mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ. Khasiat fitoestrogen yang tinggi di dalam tumbuhan tersebut membantu meningkatkan kadar penghasilan hormon estrogen dalam tubuh wanita.

12. Pueraria Mirifica.
 Juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan & memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara.


Banyakkan khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dengan hanya pengambilan Harum Malam sahaja. Tapi kena jaga-jaga. Harum Malam pun ada pantang larangnya. Pengguna Harum Malam haruslah bukan ibu mengandung, elakkan mengambil minuman berais & minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan ). Untuk kesan yang maksimum, amalkan setiap hari. Jika pengguna mengambil Harum Malam dengan baiknya, pengguna tidak perlu tunggu lama untuk mendapat kesan yang positif. Jika tak percaya, lihat sahajalah kesemua testimoni-testimoni di bawah.



Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.




Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.




Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.



Hebatkan Harum Malam ini. Mampu mengembalikan keyakinan Kaum Hawa terhadap dirinya. Jadi apalagi, cepat-cepatlah dapatkan Harum Malam. Harganya sangat berpatutan. iaitu RM 33.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 39.00 untuk Sabah atau Sarawak.


TETAPI

AWAS! Jauhi Produk Tiruan, Pastikan anda membeli Harum Malam yang original. Cara untuk mengenalpasti Label Asli Harum Malam adalah seperti di bawah.


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.



Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut (seperti cara untuk dapatkan Harum Malam, lain-lain testimoni & etc):


 follow IG: Harum Malam


atau boleh hubungi nombor seperti di bawah

HP: 010 404 2769

Office: 03 3358 5344


Harum Malam: A Must-Have Supplement Beverage To All Women.
Saya sudah dapatkan minuman kesihatan Harum Malam untuk diri saya. Anda bila lagi?

26 August 2016

JKDM Relaxing Day At UK Resort

UK Resort. 


Geng JKDM Kimchi organize family day di UK Resort. UK tu dengar macam kat oversea sangat.. UK tu singkatan untuk Ulu Kalong.  Bukannya United Kingdom. Haha.  Family Day ni sendiri-sendiri punya. Bukan under jabatan. Ada seorang yang satu JKDM dengan Kimchi memang suka buat aktiviti outdoor macam ni dengan keluarga & jiran dia. Alang-alang dia dah book homestay di UK Resort untuk keluarga & jirannya overnight, dia ajaklah sekali geng-geng JKDM yang lain untuk turut serta aktiviti beriadah di UK Resort.


Untuk resort ni ada dua buah homestay, toilet & tempat memasak. Depan tu first homestay.

Ni yang second

Air sungai ni sejuk giler

Resort lain yang ada di area situ



UK Resort ni terletak di Ulu Yam Bharu. Dari pekan Ulu Yam Bharu, perjalanan ke UK Resort cuma 1KM sahaja. On the way ke UK Resort, dapat  melihat permandangan alam semula jadi yang ada hutan, bukit-bukau, tasik, kolam air & air terjun. Deretan rumah kampung & juga homestay/resort pun ada juga. Rasa tenang jea bila melalui sepanjang jalan ke UK Resort. Dapat lari seketika daripada hiruk-pikuk kota raya. Cehhh cakap macamni, macamlah kerja & stay di dalam kota raya.Haha.

Tengah makan buah langsat yang baru sahaja dipetik dari pokok yang ada di situ. Mula-mula buah langsat penuh satu bekas merah tu kot.

Kedudukan UK Resort betul-betul di tepi sungai. Actually hampir semua  homestay/resort di Ulu Kalong  berlokasi di tepi sungai & juga ada tangga untuk turun ke sungai. Resort ini juga di dalam dusun. Kalau musim buah, boleh kait buah-buah yang dah masak untuk dimakan. Kat UK Resort ada pokok langsat yang dah berbuah & masak. Dapatlah petik sampai penuh satu bekas. Buah langsatnya sangat manis. Kemudahan-kemudahan lain yang ada di situ adalah seperti tandas, surau & juga dapur/tempat BBQ. Harga sewa untuk pakej yang ada dua buah homestay adalah RM250/malam.


Shirtless boy tu sebaya Dak Zafran. Dia rilex & excited jea mandi sungai walaupun air sungai sejuk sebab dah biasa mandi sungai. Dak Zafran kat atas tu sibuk main handphone.

 JKDM's Next Top Male Model katanya. The winner will be feature in Mangga magazine.

Me & Mira taknak mandi sungai. Pose di tepi sungai pun jadila.

Sampai sahaja di situ, Dak Zafran terus nampak budak-budak mandi sungai. Dia apalagi menangislah nak mandi jugak. Tapi bila dah dipakaikan dengan swimming attire & bawak masuk ke dalam sungai, still menangis jugak. Menangis bukan sebab over excited ke apa. Maybe sebab tak tahan air sungai sejuk sangat. Terpaksa keluarkan dari sungai. Dah keluarkan dari sungai pun still taknak berhenti menangis. Agaknya mood dia dah spoil. Zafran pulak belum sihat lagi daripada demam. Nak bagi Zafran berhenti menangis, terpaksa bagi tengok gambar lori di handphone. Dah main handphone, taknak mandi dahlah mandi sungai. Kimchi & member dia jea yang pergi mandi sungai.


Dah pakai swimming suit & drypers pun dah tanggal tapi....

Tengok Dak Zafran layan handphone jea, rasa tak boleh jadi ni.  Boleh buat outdoor activity, main handphone pulak.   Kimchi paksa Zafran berhenti main handphone & bawak jalan-jalan di sekitar area situ. Mula-mula Dak Zafran menangis tapi stop sekejap sebab suka tengok sungai dari atas jambatan. Dah suka taknak berganjak pulak. Kimchi pun terus bawak masuk dalam sungai. Tak kisahlah Dak Zafran melalak macam mana pun daripada stay lama-lama kat jambatan. Dah dimasukkan ke dalam sungai, Zafran stop menangis. Seronok kot tengok budak-budak lain mandi -mandi di sungai. Akhirnya Dak Zafran nak jugak mandi sungai. Siap main dengan pelampung orang dewasa sekali. Pelampung dia punya lupa nak bawak.


Kimchi paksa Zafran berhenti main handphone. Apalagi melalakla. Melalak is Zafran's middle name.Haha

Dah kat jambatan, stop menangis sebab excited tengok sungai dari atas jambatan.


Mama & Dak Zafran pakai mosquito patch. Dua-dua kena pakai sebab nyamuk suka gigit.

Dah seronok berendam, dah macam taknak keluar. Fikir mesti menangis kalau keluarkan dari sungai. Zafran macam biasalah kalau dah suka buat something, tak boleh suruh stop dah. Macam mandi kolam di Swiss Garden dulu. Tapi bila keluar dari sungai, Zafran tak menangis pun. Maybe Zafran pun dah kesejukan sangat jugak kot.


Percubaan kedua nak bawak Zafran masuk dalam sungai. Jiran member Kimchi siap bawak bot lagi untuk main di sungai

Akhirnya berjaya. Siap nak main pelampung orang besar lagi

Budak-budak tu syok jea naik bot di sungai. Siap ada pendayung tu

Ada tiga keluarga besar yang join family day. Dua daripadanya, yang satu JKDM dengan Kimchi. Satu lagi family jiran kepada member JKDM yang suka buat outdoor activity. Keluarga-keluarga nilah yang bawak & sediakan makanan. BBQ pun ada sekali. Bakar kambing, chicken wings & ikan jenahak. Paling tak tahan Set karoake pun ada jugak. Kimchi apa lagi berkaroake la beberapa buah lagu Rock Kapak.


Kambing bakar

Keluarga yang suka buat outdoor activity sampai semua jenis kelengkapan  pun ada. khemah ada 3 buah, ada jala ikan, bot (bot tak tahan tu), pam udara untuk ikan yang ditangkap. Itu yang saya nampaklah. Maybe ada lagi alat-alat lain.


Ikan-ikan yang berjaya ditangkap. Siap ada pam udara tu.


Karok lagu rock kapak

Dalam pukul 7 malam, gerak balik Saujana. Kejar masa sebab nak tengok Olympic Badminton Men's Single Final. Kalau tak ada game ni, maybe Kimchi akan stay lama sedikit.  Apapun, UK resort memang tempat yang sangat sesuai untuk menenangkan fikiran, close with nature & melakukan aktiviti berkumpulan( bersama rakan-rakan atau keluarga).

23 August 2016

Guna Angpau Raya Untuk Dapat Diskaun Di Old Town White Coffee

Ale & Kak Ida bagi duit raya kat Dak Zafran guna angpau ni

Betul. Just guna angpau raya, boleh dapat diskaun di old Town White Coffee. Hebat kan..Haha..Hebatla sangat. Diskaunnya just RM10 sahaja. Angpau ni pun bukan angpau raya yang biasa. Angpau Raya ni memang dari Old Town White Coffee yang ade sekali dengan baucer RM10.  Dapat angpau voucher ni pun dari Kak Ida yang kerja di situ.

Tengah download game.

Plan nak spend dalam RM30 sahaja di Old Town White Coffee. Kalau guna baucar ni, so just bayar RM20 jea. Memang kena spend lebih RM30, baru boleh guna baucar ni. Bila makan di situ, sekali total bill RM50. Kenalah bayar RM40. Dah makan tengahhari di situ, main course di situ semuanya harga RM10 ke atas. Then, untuk drinks, kalau yang fancy macam blended pun harganya dalam RM10. Kalau nak makan dalam RM30, makan petang bolehlah. Just order toast & drinks sahaja.


Steam Mushroom & Chicken Rice

Spicy Chicken Chop Rice

Red Bean Freezy

Yang kitaorang order sampai bil Rm50 adalah Spicy Chicken Chop Rice, Steam Mushroom & Chicken Rice, Red Bean Freezy, Iced Old Town White Coffee & Peanut Butter Toast. Ingatkan nak minum Old Town White Coffee Hazelnut Freezy, tapi dah habis pulak. So, just order yang biasa sahaja iaitu Iced Old Town White Coffee.

Makan dulu.

Kat Old Town White Coffee, memang paling suka Red Bean Freezy. Rasa sangat rich. Yang lain okla. Habis makan sebab lapar. Hehe. Kalau datang lagi nak order Old Town White Coffee Hazelnut Freezy pulak sebab tak dapat minum time ni..

16 August 2016

Tak Kenyang Makan Di Boat Noddle


Memangla tak kenyang, kalau setakat makan 2 mangkuk boat noodle jea. 2 mangkuk tu just setakat celah gigi jea. Dah harga pun semangkuk RM1.90 jea. Sebab tu portion nya seciput ajela. Tak cukup 2 mangkuk, order lagi 1 mangkuk, still rasa tak kenyang jugak. Malaslah nak order lagi sebab kena queue order balik semula. Yang datang makan di situ time ni boleh tahan gak ramainya. Penuhlah semua meja. Tengok orang post makan di boat noodle, no wonderlah bertingkat-tingkat mangkuk-mangkuknya. Kena makan banyak mangkuk, baru puas makan & kenyang. Actually adalah trademark ambil gambar macamtu kalau makan di Boat Noddle.

Boat noddle ada dua jenis flavour. Saya & Hawa pilih flavour pathumthani soup instead of Ayutthaya soup. Waiter di situ cakap kalau Ayuthaya more creamy compare to pathumtani. Disebabkan saya & Hawa adalah first timer makan di situ, so pilihlah flavour yang light iaitu pathumtani. Takutlah yang creamy tu muak. Kalau flavour pathumtani ni kena dengan tekak, next time makan try yang Ayutthaya pulak.


 Pathumthani Boat Noddle


Rasa pathumthani Boat Noddle, bagi saya biasa-biasa sahaja. Kuahnya rasa masam jea lebih. Lepas makan boat noodle ni, tak adala teringat-ingat sampai rasa nak makan lagi.  Tapi boleh try la kot soup satu lagi iaitu Ayutthaya. Maybe yang ni lagi sedap.


Sorang makan 3 mangkuk

Iced green tea yang Hawa order sedap. Kalah green tea chattime. Tak tahu nak describe macam mana tapi bila minum rasa sedap & tak pelik. Green tea di Boat Noddle adalah yang ketiga yang saya pernah minum. First pasar malam punya, green tea yang murah. Second chattime, green tea yang mahal sedikit. Third adalah Boat Noddle. Green tea yang first & second saya minum, tak adalah tak sedap langsung. Tapi rasa macam kena paksa diri untuk habiskan.  Aroma herba dalam iced green tea macam kuat sangat. Senang cakap ibarat macam minum ubat/jamu/minuman kesihatan versi susu kalau dah rasa lambat jea nak boleh habiskan. Hehe. Kalau yang boat noodle ni rasa macam tak puas minum. Ke sedap sebab Hawa punya. Orang kata kalau rasa yang orang lain order, akan rasa sedap. Sendiri order tak sedap. Ahaks. Tapi serius rasa enjoy jea minum  Boat Noddle Iced Green Tea .

Must have photo if dining at Boat Noodle


Next time, kalau nak makan di Boat Noodle lagi, saya akan try satu lagi flavour iaitu Ayutthaya & semestinya akan order jugak Iced Green Tea. Harga kesemua meal di situ pun agak reasonable jugak.