14 July 2016

Riang Raya The Enon's Clan: Visiting By Relatives

Tahun ni pecah rekod sebabnya non-stop sedara-sedara datang beraya dari pagi sampai ke malam. Sampai malam tu. Yang datang beraya ada adik-beradik uwan. Mereka datang dengan anak-beranak masing-masing. Belah arwah atok pun ada. Baguslah. Walapun arwah atok dah lama meninggal, ikatan silaturahim uwan dengan keluarga ipar-duai masih lagi tidak terputus. Mereka pun ada pergi tengok abah.

Anak-beranak Tokchik. Tokchik adalah adik uwan.


Ni Saudara sebelah atok.

Serambi dah penuh, duduk di muka pintu ajeala. Jadi runner kena sentiasa berdekatan dengan tetamu.hehe


Anak beranak arwah Toklong. Toklong adalah abang arwah atok.


Disebabkan non-stop sedara datang beraya rumah uwan, for the first time almost semua juadah raya habis sebelum raya kedua. Kalau tahun-tahun sebelum ni, juadah raya dapat dimakan hingga raya ketiga. Tapi kali ini nak buat untuk breakfast pada hari raya kedua pun tak dapat. Saya pun sempat makan lontong dua kali sahaja. Nasi impit & kuah kacang langsung tak sempat makan. Huhu. Tak apalah. Utamakan tetamu dahulu. Ini adalah salah satu tujuan sambutan Raya Aidilfitri iaitu ziarah-menziarahi & juga menerima ziarahan.

Continue reading: Riang Raya The Enon's Clan: Raya Cake Cutting By Uwan Enon

4 comments:

  1. k.long.....toklong tu abang sulung atuk. Yg tokchik tu adik uwan. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..silap tok long abang sulung uwan

      Delete
    2. Haha..confident jeakan. Nasib baik induk tegurkan..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete