1 July 2016

Iftar At Asmara Penchala On My Cooking Offday

Dah banyak hari memasak untuk berbuka, so Kimchi bagila offday sehari daripada memasak. Kimchi belanja berbuka di Asmara Penchala. Beli voucher di Groupon dengan harga RM54/pax. Harga di Groupon murahlah sedikit compare to normal price.

Lokasi Asmara Penchala bersebelahan dengan TTDI. Sampai di sana dalam pukul 7malam. Sementara tunggu berbuka, jalan-jalan di sekitar resturant tu & tengok-tengok makanan yang ada. Buffet di situ mostly menyajikan makanan melayu & timur iaitu nasi putih, nasi arab, nasi beriani, lauk-pauk, pelbagai jenis kerabu, pecal, laksa johor, sup tulang & kambing bakar. Makanan barat just ada mushroom soup, spaghetti bolognaise. Untuk dessert ada ABC, kuih-muih melayu, sponge cheese cake, ice cream & roti john.


Asmara Penchala

Outdoor iftar area

Ada stage kalau untuk event

Dah berbuka, makan semua makanan yang diambil. Prinsip saya selagi makanan yang ada atas meja tak habis dimakan, selagi tu tak boleh ambil makanan yang lain. Review pasal makanan, kalau lauk-pauk & nasi beriani, rasanya sedap especially ayam kicap, sambal terung & sambal ikan keli. Kambing bakar pulak dagingnya lembut & mushroom saucenye pun sedap. Sup ekor sedap & roti ban nya keras pulak bila dah dicecah dengan sup ekor tu. ABC pun ok. Spaghetti bolognaise macam biasala rasanya masam. memang tak boleh buat apa sebab rasa originalnya macamtu. Kalau nak pedas & so on, buat sendirila. Yang tak sedapnya bagi saya ialah just pecal. Kuah kacang untuk pecal rasanya pelik. 


Kambing Grill, Ni dah macam goreng pulak. Taknak bagi rare sangat kot.

Variety of kerabu

Desset stall. Biskut raya pun ada.

Buffet area pun luas. Tak sesak walaupun ramai yang datang berbuka di situ.Kitaorang dapat meja dalam dewan yang ade air-con. Memang baguslah bagi tempat yang sejuk & selesa sebab ada anak kecil. Surau pun luas jugak.


Bagi Dak Zafran main air supaya  Dak Zafran tak bosan,

Zafran sebut CHEESE tu

Sebut cheese lagi tu tapi mata tak pandang kamera. & dah kenapa mama nampak macam penyet & takda leher.hehe.

Dah taknak posing dah. Cepat betul Dak Zafran bosan

Dah nak balik

Setelah selesai iftar, terus gerak ke Ikea pulak. Cuci mata di situ. Esoknya & hari-hari seterusnya, sambung balik memasak untuk berbuka balik. Sehari ajela offday. Nak hari-hari offday, memang kopaklah.hehe.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete