25 July 2016

Farewell Lunch for The ALH EHS Girl, Hawa At One Serambi Cafe, Bukit Jelutong

Farewell Lunch for hawa

Satu-satunya staff, yang handle segala-gala mak nenek hal-hal EHS & sewaktu dengannya, akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjayanya di ALH lagi. Sudah sampai masa Hawa move on. Honestly sangat sedih ALH girls yang makin lama makin bilangannya menjadi sifar. Yang akan kurang lagi seorang geng kopitiam talk. Tapi bila memikirkan Hawa's career dah stagnant di situ & difficult to go further, kitaorang just mendoakan untuk Hawa sebab tahu Hawa sudah buat keputusan yang terbaik untuk dirinya.







Organize Hawa's farewell at One Serambi Cafe. Kafe hipster di Bukit Jelutong yang diusahakan oleh orang Melayu. Semua menu yang disediakan di situ adalah western. Harga yang ditawarkan setiap menu di situ boleh tahan. Bukan dalam range yang affordable. Nak makan 2-3 bulan sekali, bolehla. It's just my 2 cent(betulka penggunaan ayat ini.ahaks).


Komen untuk rasa makanannya, yang saya order iaitu Lamb Burger, rasanya sedap. Kambingnya sangat lembut. Tanya Kak Pidah pulak, , dia komen chicken grill pun sedap jugak. Kata Kak Pidah bila potong ayam garing di luar & lembut di dalam, tu memang pass lah. Kalau Kak Pidah yang pakar rasa Western Food cakap sedap, memang sedap betulla masakan di One Serambi. Yang tak oknya di situ tak ada black pepper sauce. Just ade brown sauce. Kak Pidah suka makan Chicken grill dengan black pepper sauce. Yang Safwan pilih pulak iatu Salmon Grill, lepas makan dia just sebut dua perkataan sahaja iaitu Tak Sedap. Tak kena dengan taste Safwan kot. Meatball with Cranberry Sauce, Lina yang order tapi saya ada makan meatballnya. Rasanya tak boleh lawan Ikea punya. Kurang kenyal compare dengan Ikea meatball. Tanya Ain pulak, Ain cakap sedap menu yang dia order  iaitu OSK Siakap Fish Burger. Most of menu nya sedaplah. So, berbaloilah dengan harganya.

 OSK Siakap Fish Burger

Meatball with Cranberry Sauce

Salmon Grill

Chicken grill

Lamb Burger

ALH Girls dari operation yang dulunya empat orang (campur ngan Qema), sekarang tinggal Saya & Lina jea.huhu

To Hawa, we wish you the best of lucks in all of your future endeavors. You will be great in whatever you do. Jangan lupakan kitaorang yea. 

No comments:

Post a Comment