27 July 2016

Beraya Di Enam Buah Rumah Pada 19 Syawal 1437

Enam buah rumah tu. Actually asalnya Ahad tu just ada dua jemputan raya jea iaitu Rumah Kak Da & Rumah Hawa. Tiba-tiba dapat dua lagi jemputan dari member-member Kimchi pada malam ahad. Kedua-duanya tinggal di Saujana Utama jugak. Member Ex-AKMAL Kimchi tinggal di Bukit Saujana, while Member Ex-Hartalega di Saujana Utama 3. Dah alang-alang dah beraya di Saujana, pergi beraya di rumah Maksu & Cu. Maksu & Cu tinggal di taman yang sama iaitu di Pristana, dalam Saujana jugak.

Start beraya di Rumah KakDa. Pergi rumah KakDa dengan perut kosong sebab nak breakfast  di situ. Macam-macam juadah KakDa prepare iaitu pulut kuning, rendang ayam, mee kari, sagu, kek coklat & kek sarang semut. Kata KakDa, dia bangun pagi nak prepare semua tu. Dasyat betul KakDa boleh masak semuanya dalam masa yang singkat.

Nampak Abah getting better

Juadah yang disediakan oleh KakDa seorang jea

Dak Zafran meragam time ni. Sebab kena paksa bangun pagi. Zafrannye tak cukup tidur. Semalamnya dia langsung tak tidur sebab ada pergi beraya & malamnya pulak ada orang datang beraya di rumah pulak. Tu yang tak puas tidur tu. Dah kena ada kat PJ pada pukul 10 pagi. Nak bersiap-siap lagi. Pastu nak kena gerak dari Saujana ke PJ pun ambil masa 30 minit jugak(kalau Kimchi yang drive. Kalau saya, sejam kot). Tu terpaksa kejutkan awal. 

The Tantrum Zafran

Dah makan semua makanan yang KakDa, layan cerita Hindustan pulak. Tapi tengok sekejap sebab mak nak balik. Nak masak untuk keluarga ayahchik & Ayahhar, yang datang beraya petang tu.


Layan Hindustan jap

Dah balik dari rumah KakDa, singgah rumah Mak & Abah. Terpaksa kena tidurkan Dak Zafran sebab dah meragam tahap maksima. Nasib baik Open House rumah Hawa start lambat iaitu pada pukul 3pm.
Bila Zafran dah bangun, terus gerak ke rumah Hawa. Dah sampai di area rumah Hawa, sesat pulak. Call Hawa, mintak dia guide ke rumahnya. Tapi jadi lagi sesat.Haha. Bila perempuan bercakap dengan perempuan pasal jalan, ginila jadinya. Last last Hawa pass phone dia kat husband dia & saya pass ke Kimchi. Lelaki bercakap dengan lelaki, tak sampai 3minit terus sampai rumah. Itulah perbezaan lelaki & perempuan bila bercakap pasal jalan.Haha.

Dak Zafran hampir nak meragam. Zafran taknak masuk rumah Hawa. Nasib baik ada tembikai kat rumah Hawa. Umpan Zafran dengan buah tembikai, terus boleh bawak Zafran masuk rumah Hawa.
Zafran taknak pandang kamera

Open House Hawa ada nasi kerabu. Nasi kerabu yang Hawa suka beli & makan di office.Memang sedap. Sebelum ni dapatlah menumpang makan Hawa punya, kalau dia ada bawak makan di ofis. Sekarang dah tak adalah sebab Hawa dah resign.Huhu. Juadah lain ada kuih-muih & roti jala. Semuanya sedap.

Haraz pulak taknak pandang kamera

Lepas beraya rumah Hawa, pergi rumah member Ex AKMAL Kimchi di Bukit Saujana. Tuan rumah serve nasi lemak & laksa. Another juadah berat. Nasi pulak tu. Lepas makan, dah terasa kesenakan perut.
Zafran di rumah  member ExAkmal Kimchi

Nak dekat Maghrib, beraya di rumah Ex hartalega Kimchi di Saujana Utama 3. Juadah yang dihidangkan adalam mee goreng. Oh my...Makan jugak sebab sedap. 

Ketiga-tiga Ex-Hartalagian

Tengah makan mee goreng

Geng-geng isteri

Di rumah Maksu, ingatkan dah tak ada makan yang heavy sebab dah pesan dengan Maksu tak payah susah-susah prepare makanan untuk kitaorang. Just serve kuih raya pun cukup. Tapi Maksu serve jugak pizza domino. Biasalah tuan rumah mesti akan hidangkan something untuk tetamunya. 

Last but not least, pergi beraya rumah Cu. Cu serve bihun sup. Pastu ada minum air zam-zam sebab Cu baru lepas balik dari umrah. 

Paksu Lan di situ

Muka dah sembab sebab dah kepenatan & terlalu kenyang

Balik rumah terus pengsan atas katil . Terlampau kenyang sangat. Semua rumah yang pergi rumah beraya hari Ahad ni, tuan-tuan rumah semuanya generous belaka. Serve makanan berat ajea. Mahu Saya & Kimchi gain weight lepas ni.hehe.Btw, thanks sebab serve kitaorang juadah yang sedap-sedap.Next year, InsyaAllah tahun depan kitaorang akan datang beraya lagi.


26 July 2016

Escape from Lab Duty To Attend Agilent Symposium Science & Technology At One World Hotel, Petaling Jaya


Sekali lagi Mr. Pua membenarkan saya & Lina off day dari lab duty untuk attend Agilent Symposium Symposium Science & Technology di One World Hotel, Petaling Jaya. Itu pun selepas janji dengan Mr. Pua akan immediately balik office kalau ada perkara-perkara urgent yang memerlukan kitaorang berdua. Kalau tak promise macamtu, tak ada nye Mr. Pua nak bagi lab tak ada orang. At least kena ada seorang standby di lab walaupun tiada testing. Sebab takut ada request for testing urgent sample especially from super duper top management. Tapi selepas 2 hari attend seminar ni, tak ada terima pun panggilan dari office.  





Seminar ni adalah untuk Agilent mempromosi produk-produknya iaitu laboratory equipments. Agilent ni memang suka organize complimentary event di hotel-hotel besar. Sesiapa pun boleh attend seminar ni tanpa kena bayar apa-apa & kena beli apa-apa.  Kalau pada tahun 2012, event di Grand Dorsett. Tahun ini, di One Utama Hotel pulak. Hotel 5 star tu. Tahun 2013-2015, saya terlepas untuk join Agilent's event. Maybe sebab tahun 2012, saya ada tukar email office. So, saya tak adalah receive invitation email dari Agilent dah selepas tu. Tak apala. Tahun ni dapat invitation sebab Lina ada pergi Agilent punya booth di Lab Exhibition tahun lepas. Agilent akan invite semua yang ada visit booth nya.

Semua yang attend mostly dari background/field/kerja laboratory. Nama pun nak mempromosi lab equipments. Mestilah Agilent invite participant yang berkaitan dengan laboratory sahaja.



Agilent telah menjemput speaker dari pelbagai negara untuk memberi talk mengenai produk Agilent. Speaker-speaker ni dari negara US, Japan, Singapore, India, Germany & Thailand


Ms. Kayla Coombs dari Australia


Ms. Cornelia Vad dari Germany

 Mr. Ken Tan dari Singapore

Dah event di Hotel 5 star, makan pun sedaplah.hehe. Makan 3 kali sehari tu.


Semua tengah ambil makanan. Time lunch ni.


Tengah beratur dengan Lina


Macam-macam lauk. Ada lamb tandori, chicken sweet & sour & fried fish with butter sauce. Yang lain tak ingat namanya.

Lunch in this banquet hall


Kek yang sangat sedap. Tak ingat nama kek ni


Di lobi hotel


Dah habis dah.

Anyway, thanks to agilent for organazing this event & also inviting us to this event. 

25 July 2016

Farewell Lunch for The ALH EHS Girl, Hawa At One Serambi Cafe, Bukit Jelutong

Farewell Lunch for hawa

Satu-satunya staff, yang handle segala-gala mak nenek hal-hal EHS & sewaktu dengannya, akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjayanya di ALH lagi. Sudah sampai masa Hawa move on. Honestly sangat sedih ALH girls yang makin lama makin bilangannya menjadi sifar. Yang akan kurang lagi seorang geng kopitiam talk. Tapi bila memikirkan Hawa's career dah stagnant di situ & difficult to go further, kitaorang just mendoakan untuk Hawa sebab tahu Hawa sudah buat keputusan yang terbaik untuk dirinya.







Organize Hawa's farewell at One Serambi Cafe. Kafe hipster di Bukit Jelutong yang diusahakan oleh orang Melayu. Semua menu yang disediakan di situ adalah western. Harga yang ditawarkan setiap menu di situ boleh tahan. Bukan dalam range yang affordable. Nak makan 2-3 bulan sekali, bolehla. It's just my 2 cent(betulka penggunaan ayat ini.ahaks).


Komen untuk rasa makanannya, yang saya order iaitu Lamb Burger, rasanya sedap. Kambingnya sangat lembut. Tanya Kak Pidah pulak, , dia komen chicken grill pun sedap jugak. Kata Kak Pidah bila potong ayam garing di luar & lembut di dalam, tu memang pass lah. Kalau Kak Pidah yang pakar rasa Western Food cakap sedap, memang sedap betulla masakan di One Serambi. Yang tak oknya di situ tak ada black pepper sauce. Just ade brown sauce. Kak Pidah suka makan Chicken grill dengan black pepper sauce. Yang Safwan pilih pulak iatu Salmon Grill, lepas makan dia just sebut dua perkataan sahaja iaitu Tak Sedap. Tak kena dengan taste Safwan kot. Meatball with Cranberry Sauce, Lina yang order tapi saya ada makan meatballnya. Rasanya tak boleh lawan Ikea punya. Kurang kenyal compare dengan Ikea meatball. Tanya Ain pulak, Ain cakap sedap menu yang dia order  iaitu OSK Siakap Fish Burger. Most of menu nya sedaplah. So, berbaloilah dengan harganya.

 OSK Siakap Fish Burger

Meatball with Cranberry Sauce

Salmon Grill

Chicken grill

Lamb Burger

ALH Girls dari operation yang dulunya empat orang (campur ngan Qema), sekarang tinggal Saya & Lina jea.huhu

To Hawa, we wish you the best of lucks in all of your future endeavors. You will be great in whatever you do. Jangan lupakan kitaorang yea. 

21 July 2016

Ale & Ida's First Raya Open House


Raya tahun ini, Ale & Ida buat open house yang pertama di rumah baru mereka berdua. Juadah open house adalah Spaghetti Bolognaise, Mee Kari, Ayam bakar, biskut raya, lemang & rendang,  which are semuanya homemade. Just lemang sahaja yang beli.


Tengah membakar ayam

Open house belum start lagi, dah terbaring dah Dak Zafran ni.

Suruh Dak Zafran buat peace, dia tunjuk tangan macamtu

Atuk with Zara & Zayyan

Dak Zafran


Deco rumah Kak Ida & Ale yang cantik sangat

Suruh Dak Zafran pose, dia nganga mulut macamtu

Ramai jugak yang datang beraya especially kawan-kawan Ale. Kata Ida, pukul 5pagi baru tutup kedai. Dasyat betul Open House ni. Sampai ke  Subuh baru habis Open House. Ahaks. Tak adala. Itu sebabnya kawan-kawan Ale yang duk bersembang. Itu yang stay sampai ke pagi buta. Biasalah bila geng-geng lelaki berjumpa. Habis semua topik dibincangnya & dikupasnya. Ahaks. 


Tu diaaaa..Bersembang dalam bulatan tu. Satu lagi group semi bulatan.

Kaum Hawa duduk dalam rumah. Kimchi tuuu...kekenyangan sangat sampai terbaring kat tepi tu.

Agak-agak topik apa yang diaorang tengah bincang dengan begitu serius sekali. Brexit, perhaps?Ahaks(just kidding)

Geng-geng kampung Boyan stay sampai pukul 1 pagi jea. Tak dapat nak tolong Kak Ida kemas-kemas sebab time tu Open House masih lagi happening dengan kawan-kawan Ale yang datang beraya. Maaflah yea Kak Ida.huhu. By the way, thanks for inviting to your Open House. Makanan yang Kak Ida semuanya sedap-sedap belaka.