The Cheeky Boy, Aqil Zafran Hits Two Years Old
Mango Cheese Cake for Zafran's Second Birthday
Dak Zafran dah masuk 2 tahun dah. Rasa macam baru jea lepas
celebrate birthday yang untuk 1st year. Ni untuk 2 tahun pulak.
Alahaii.. Cepat betul membesar budak buchuk cheeky sorang ni. Nanti sedar-sedar
dah nak masuk sekolah dah. Tiba-tiba
rasa sebak pulak bila sedar Zafran membesar dengan pantasnya. Tak tahu
kenapa.huhu.
Birthday Props. Everything buy at DIY..
Bulan puasa tahun lepas, sambut hari jadi Zafran di kampong onyangnye,
Negeri Sembilan. Tahun ini sambut di
Kampung Nanny Taiping pulak. Kebetulan jugak birthday nya jatuh pada minggu nak
balik puasa di Taiping. Buat birthday celebration simple jea. Just order cake & buat
simple decoration. Birthday decoration pun beli di DIY yang just spend RM10
sahaja. Birthday decoration semuanya ada di DIY seperti birthday hats, ballons,
table cover, banner & accessories yang lain. Cake order dengan favourite
bakers saya yang sama jugak buat cake untuk Zafran’s first birthday iaitu
dengan Drasani Cake Hauz. Last year
order Red Velvet. Kali ini order mango Cheese cake sebab teringin nak Mango
Cheese Cake. Saya pernah makan Mango Cheese Cake semasa berbuka di Concorde
Hotel tapi sempat makan satu bekas kecil jea. Tak dapat nak makan banyak sebab
kena balik. Dak Zafran meragam. Tu yang order Mango Cheese Cake untuk birthday
Dak Zafran supaya dapat makan dengan puasnya dengan family in law sekali. Ada 2
saiz yang Dr Asani boleh buatkan iaitu 6 inchi & 8 inchi. Saya order 8
inchi yang harganya Rm70.
Untuk Birthday celebration meal, Chef Ida masakkan nasi minyak, ayam masak merah & jelatah. Juadah ni sekali untuk berbuka puasa.
Birthday Celebration Meal..Cum iftar
Zafran with cuzzies
Zayyan tak mau join sebab ada Kimchi. Merajuk dengan Kimchi sebab Kimchi marah dia.
Cerita pasal Mango Cheese Cake dari Drasani, sememangnya tak boleh dinafikan kesedapannya. Cake ni ada 3 layers iaitu mango layer(topping), cheese layer & biscuit base. Rasa cheese sangat fluffy, light, airy & tak muak. Compare dengan cheesecake di Secret Recipe, cheese nya rasa padat & muak bila dah makan banyak. Mango untuk topping mengunakan mango fresh & rasanya manis. Base pula bukan mengunakan biskut semata-mata. Ada dicampur dengan kacang sekali. Just cake ni tak sama dengan saya punya expectation. Saya expect cheese untuk mango cheese cake ni, dicampur dengan perisa mango atau chopped mango atau kedua-duanya. Tapi cheese pada cake ni just cheese semata-mata. Then, saya rasa suppose kena satu lagi layer pada cake ni iaitu sponge cake layer. Tapi DrAsani ni adalah dessert expertize & dah ada banyak pengalaman buat kek. Apa yang dia buat adalah the best. Semua customer Drasani sangat puas hati dengan hasilnya. Saya ni yang tak pernah buat cheese cake sendiri pulak nak komen lebih-lebih. Hehe. Anyway, rasanya still sedap.
Zara jea posing.. Yang birthday boy & Imaan tegak keras dari mula sampai siap potong kek.haha
To Dak Zafran, Mama & Papa wish happy birthday to you. Semoga Zafran berjaya dalam kehidupan di dunia & akhirat.
Happy birthday Zafran!
ReplyDeleteacehhh(dak Zafran jawab..hehe)
Delete