CMC Iftar At Aquarium Coffee House, Nexus Regency Suites
Aktiviti wajib CMC setiap tahun, CMC Iftar.
Tahun ni CMC memilih untuk berkumpul dan iftar di Aquarium Coffee House, Nexus
Regency Suites. Aquarium tu. Nama macam gah kan. Makan di situ sambil menikmati
permandangan aquarium macam di Aquaria KLCC ke. Ataupun Coffee House tu
berbumbungkan aquarium ke, yang kita boleh merasai pengalaman ikan-ikan berenang di
atas kita semasa menikmati makanan? Imaginasi tak boleh tahan kan. Bila
dah sampai di situ, tengok just ada satu aquarium yang ada seekor ikan yu sahaja. Haha.
Okla tu. Kenala dengan harga RM49/pax. Tak bolehlah expect too much. Kalau nak
view seperti di Aquaria KLCC, tak dapatlah harga below RM50/pax.
Nampak macam tamak ambik makanan sampai penuh meja. Jangan tak percaya, habis tau semuanya kitaorang makan.Tapi yang tak sedap likes cendol & bingka, tak mampu nak habiskan.hehe
Pelbagai jenis lauk & sate
Kuih-muih
Kerabu, pecal & banyak lagi
Kambing bakar & 2 jenis sos
Komen untuk buffet meal, semua lauk rasanya sedap. Kambing bakar pun ok. Ada yang dapat part yang lembut. Dapat part yang liat pun ada jugak. Tapi sosnya not bad. Kuih-muih pun ok especially cream puff & semua jenis kek. Rasanya sedap & teksturnya lembut. Just kuih bingka jea yang keras. Sate pun ok. Dagingnya lembut & kuah kacangnya pekat & rasanya not bad. Untuk air cendol, sorry to say, tak sedap langsung. Rasanya sangat pelik. Tak tahula kenapa tak sedap. Kimchi cakap sebab santannya. Maybe guna santan yang dah lama & rasa dah jadi lain. But overall bagi saya buffet meal di aquarium coffee house saya boleh bagi 4 out of 5 bintang untuk kategori harga below Rm50/pax. Saya bagi banyak bintang sebab out of 100 jenis makanan, just 4-5 makanan sahaja yang rasanya tak ok. Tapi kalau ada few makanan yang rasanya tak sedap untuk untuk kategori harga >RM80/pax seperti di Concorde, rate bintang boleh jatuh ke tiga bintang. Harga semahal tu, makanan yang disajikan sepatutnya almost perfect & tak boleh ada yang rasa tak sedap. Yang paling penting tak boleh ada makanan yang rasa pelik.
CMC Clan
Didielo
Dak Zafran tengah tidur. Mama dapat berbuka dengan heaven nya
CMC
CMC
Qeefa The Photogenic Baby Girl. Melting tengok Qeefa pandai pandang kamera.
Bergambar di hadapan trademark coffee house ni, aquarium with a shark inside
Ikan yu di belakang tu
Tapi CMC Iftar tahun ini agak suram sedikit untuk Gediks Family. Sebabnya abah & mak tak join sekali. Sehari sebelum CMC Iftar ni, abah kena gout pulak. Langsung tak boleh berjalan. Baru sahaja recover daripada ulcer perut, kena gout pulak. Abah terpaksalah berbuka di rumah sahaja. Mak temankan abah. Hope abah cepat sembuh & kembali cergas seperti masa sihat dahulu.
Wakil dari Godiks. Farid, Mak & Abah tak dapat join.
Amboii meriahnya. :D Best dpt berbuka ramai2 mcm ni.
ReplyDeletememang best..hehe
DeleteWahh meriahnya tengok
ReplyDelete