29 June 2016

The Cheeky Boy, Aqil Zafran Hits Two Years Old

 Mango Cheese Cake for Zafran's Second Birthday

Dak Zafran dah masuk 2 tahun dah. Rasa macam baru jea lepas celebrate birthday yang untuk 1st year. Ni untuk 2 tahun pulak. Alahaii.. Cepat betul membesar budak buchuk cheeky sorang ni. Nanti sedar-sedar dah nak masuk sekolah dah.  Tiba-tiba rasa sebak pulak bila sedar Zafran membesar dengan pantasnya. Tak tahu kenapa.huhu.

Birthday Props. Everything buy at DIY..

Bulan puasa tahun lepas, sambut hari jadi Zafran di kampong onyangnye, Negeri Sembilan.  Tahun ini sambut di Kampung Nanny Taiping pulak. Kebetulan jugak birthday nya jatuh pada minggu nak balik puasa di Taiping.  Buat birthday celebration simple jea. Just order cake & buat simple decoration. Birthday decoration pun beli di DIY yang just spend RM10 sahaja. Birthday decoration semuanya ada di DIY seperti birthday hats, ballons, table cover, banner & accessories yang lain. Cake order dengan favourite bakers saya yang sama jugak buat cake untuk Zafran’s first birthday iaitu dengan Drasani  Cake Hauz. Last year order Red Velvet. Kali ini order mango Cheese cake sebab teringin nak Mango Cheese Cake. Saya pernah makan Mango Cheese Cake semasa berbuka di Concorde Hotel tapi sempat makan satu bekas kecil jea. Tak dapat nak makan banyak sebab kena balik. Dak Zafran meragam. Tu yang order Mango Cheese Cake untuk birthday Dak Zafran supaya dapat makan dengan puasnya dengan family in law sekali. Ada 2 saiz yang Dr Asani boleh buatkan iaitu 6 inchi & 8 inchi. Saya order 8 inchi yang harganya Rm70.

Untuk Birthday celebration meal, Chef Ida masakkan nasi minyak, ayam masak merah & jelatah.  Juadah ni sekali untuk berbuka puasa.


Birthday Celebration Meal..Cum iftar


Zafran with cuzzies

Zayyan tak mau join sebab ada Kimchi. Merajuk dengan Kimchi sebab Kimchi marah dia.

Cerita pasal Mango Cheese Cake dari Drasani, sememangnya tak boleh dinafikan kesedapannya. Cake ni ada 3 layers iaitu mango layer(topping), cheese layer & biscuit base. Rasa cheese sangat fluffy, light, airy & tak muak. Compare dengan cheesecake di Secret Recipe, cheese nya rasa padat & muak bila dah makan banyak. Mango untuk topping mengunakan mango fresh & rasanya manis. Base pula bukan mengunakan biskut semata-mata. Ada dicampur dengan kacang sekali. Just cake ni tak sama dengan saya punya expectation. Saya expect cheese untuk mango cheese cake ni, dicampur dengan perisa mango atau chopped mango atau kedua-duanya. Tapi cheese pada cake ni just cheese semata-mata. Then, saya rasa suppose kena satu lagi layer pada cake ni iaitu sponge  cake layer. Tapi DrAsani ni adalah dessert expertize & dah ada banyak pengalaman buat kek. Apa yang dia buat adalah the best. Semua customer Drasani sangat puas hati dengan hasilnya. Saya ni yang tak pernah buat cheese cake sendiri pulak nak komen lebih-lebih. Hehe. Anyway, rasanya still sedap.


Zara jea posing.. Yang birthday boy & Imaan tegak keras dari mula sampai siap potong kek.haha

To Dak Zafran, Mama & Papa wish happy birthday to you. Semoga Zafran berjaya dalam kehidupan di dunia & akhirat.

21 June 2016

CMC Iftar At Aquarium Coffee House, Nexus Regency Suites


Aktiviti wajib CMC setiap tahun, CMC Iftar. Tahun ni CMC memilih untuk berkumpul dan iftar di Aquarium Coffee House, Nexus Regency Suites. Aquarium tu. Nama macam gah kan. Makan di situ sambil menikmati permandangan aquarium macam di Aquaria KLCC ke. Ataupun Coffee House tu berbumbungkan aquarium ke, yang kita boleh merasai pengalaman ikan-ikan berenang di atas kita semasa menikmati makanan? Imaginasi tak boleh tahan kan. Bila dah sampai di situ, tengok just ada satu aquarium yang ada seekor ikan yu sahaja. Haha. Okla tu. Kenala dengan harga RM49/pax. Tak bolehlah expect too much. Kalau nak view seperti di Aquaria KLCC, tak dapatlah harga below RM50/pax.

Nampak macam tamak ambik makanan sampai penuh meja. Jangan tak percaya, habis tau semuanya kitaorang makan.Tapi yang tak sedap likes cendol & bingka, tak mampu nak habiskan.hehe

Makanan untuk Iftar buffet di situ, katanya ada 100 jenis makanan. Yeala, puding sahaja ada 10 jenis. Satu warna dikira satu jenis. Air ada 5 jenis. Lauk-pauk semua jenis ada iaitu ketam, udang masak merah, daging black pepper, ayam masak kurma, ikan asam pedas , sayur campur & kambing golek pun ada. Di situ ada 10 jenis lagi. Then, variety kinds of kuih-muih, cakes, drinks, fruits, kerabu & sate, so jumlahnya 100 jenislah. Betulla tue, 100 jenis makanan. Ahaks.

 Pelbagai jenis lauk & sate

Kuih-muih

Kerabu, pecal & banyak lagi

Kambing bakar & 2 jenis sos

Komen untuk buffet meal, semua lauk rasanya sedap. Kambing bakar pun ok. Ada yang dapat part yang lembut. Dapat part yang liat pun ada jugak. Tapi sosnya not bad. Kuih-muih pun ok especially cream puff & semua jenis kek. Rasanya  sedap & teksturnya lembut. Just kuih bingka jea yang keras. Sate pun ok. Dagingnya lembut & kuah kacangnya pekat & rasanya not bad. Untuk air cendol, sorry to say, tak sedap langsung. Rasanya sangat pelik. Tak tahula kenapa tak sedap. Kimchi cakap sebab santannya. Maybe guna santan yang dah lama & rasa dah jadi lain. But overall bagi saya buffet meal di aquarium coffee house  saya boleh bagi 4 out of 5 bintang untuk  kategori  harga below Rm50/pax. Saya bagi banyak bintang sebab  out of 100 jenis makanan, just 4-5 makanan sahaja yang rasanya tak ok. Tapi kalau ada few makanan yang rasanya tak sedap untuk untuk kategori harga >RM80/pax seperti di Concorde, rate bintang boleh  jatuh ke tiga bintang. Harga semahal tu, makanan yang disajikan sepatutnya almost perfect & tak boleh ada yang rasa tak sedap. Yang paling penting tak boleh ada makanan yang rasa pelik.


CMC Clan

Didielo

Dak Zafran tengah tidur. Mama dapat berbuka dengan heaven nya

CMC

CMC

Qeefa The Photogenic Baby Girl. Melting tengok Qeefa pandai pandang kamera.

Bergambar di hadapan trademark coffee house ni, aquarium with a shark inside


Ikan yu di belakang tu

Tapi CMC Iftar tahun ini agak suram sedikit untuk Gediks Family. Sebabnya abah & mak tak join sekali. Sehari sebelum CMC Iftar ni, abah kena gout pulak. Langsung tak boleh berjalan. Baru sahaja recover daripada ulcer perut, kena gout pulak. Abah terpaksalah  berbuka di rumah sahaja. Mak temankan abah. Hope abah cepat sembuh & kembali cergas seperti masa sihat dahulu.


Wakil dari Godiks. Farid, Mak & Abah tak dapat join.

17 June 2016

Flaky, Delicious, Tender Chapati In Taiping. The Price Only RM1/PCS!


Dengan RM1 sahaja boleh dapat sekeping chapati yang lembut & sedap, beserta kuah pencecah sardin? 
Yup, dengan RM1 boleh makan sekeping chapati di Restoren Sri Tomyam, Taiping. Restoren ni berhadapan pejabat pos sahaja.

Actually balk Taiping baru-baru ni jea, saya baru sahaja dapat makan chapati ni. Sebabnya pergi makan  pada hari biasa. Kalau time public holiday/school holiday, memang akan cepat habis. Saya tak pernah dapatlah nak makan time cuti. Boleh kalau nak makan time cuti tapi kena pergi pada waktu pagila.


Chapati kedai ni sangat lembut & sedap. Dengan kuah sardin yang pekat, cukup rasa & sedap lagi. Makan sekeping memang tak cukuplah. Dah habis makan satu keping, order lagi satu keping. Tapi kongsi dengan Kimchila.



Next balik Taiping, bolehlah nak breakfast chapati lagi. Tapi kena ingat, kena pergi pagi-pagi. Kalau tengahhari buto baru nak pergi, memang dapat bekas kosong sahajala.Hehe.

8 June 2016

Menang Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor

Alhamdulillah..Saya menang sepaket ramen dari  Segmen Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Nur Raihanah.

 Blog penselduabee bernombor 46


Blog No 46 adalah pemenang kesembilan

Parcel daripada blogger Nur Raihanah

Dapat Sepaket Hot Chicken Flavor Ramen.

Tak pernah lagi makan ramen ni. Ni baru nak try macam mana rasanya. Harga ramen ni boleh tahan jugak untuk mee segera iaitu RM7/sepaket. Even harga Maggi mee pun baru RM1/sepaket(rasanya..maklumlah dah lama tak beli)

To blogger Nur Raihanah, thanks for giving me this ramen. Semoga blogger Nur Raihanah sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.

7 June 2016

Bila Ibu Berpantang Menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinannya..

Wedding Annivesary Cake

That's what happen to my SIL, Enal. Bukan setakat menyambut annivesary ketika berpantang, malah Enal ada pergi shopping barang preparation dan memasak jugak. Memasak tu. Gigih ibu berpantang memasak demi menyambut hari ulang perkahwinan yang keempat bersama-sama suami & keluarga tercinta..Hehe. 


Apa yang saya cuba lakukan

Ada orang kata kan time berpantang tak boleh gerak banyak sangat. Takut kena bentan. Bentan tu ialah demam urat. Tapi tengok Enal ni macam kuat jea. Banyak gerak pun tak pernah lagi dengar kena bentan. First day berpantang, Enal dah memasak untuk kitaorang semasa datang melawat haritu. Kalau saya dulu, terus sakit kepala sebab terberus sehelai baju ketika berpantang. Sehelai baju jeapun. Nampak sangat badan saya ni macam lemah. Terpaksalah telan pain killer untuk hilangkan sakit kepala.


Nak bergambar sefemili tapi Dak Imaan tidur pulak

Potong cake

Menu yang disediakan untuk celebration ini adalah mee hailam, spaghetti bolognaise, nugget, bubur cacar & Secret Recipe Cake. Saya ada tolong masak time dah almost half way semuanya siap. Ahaks. Tak sedar sebab tertidur. Maapla yea. hehe. 


Wefie time

Opah pun join wefie jugak

Anyway to Enal & Alim, happy 4th Weddding Annivesary. May Allah SWT bless you both.


Dua budak gedik ni

4 June 2016

Platun One Lovebirds Wedding at Dewan Kastam Kelana Jaya

Last week ada attend wedding member Kimchi. Kedua-dua pengantin adalah member  Kimchi yang sama platun one masa training di AKMAL dulu. Kata Kimchi, di Plantun One lah mereka berdua mula berkenalan yang akhirnya membawa perhubungan mereka ke jinjang pelamin. Sungguh unik kan jodoh yang ditetapkan oleh Allah SWT.

 
Bergambar dengan Platun One Lovebirds

 Hampir semuanya yang sama Platun One dengan pengantin. Mana yang bukan tu, pasangannyala..(termasuklah saya..)
 
Photobox pun ada.
 
To Asfah & Hazmi, congrats on your wedding. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

1 June 2016

Menang Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent

Alhamdulillah..Saya menang earpiece dari Segmen Giveaway February Daebak By Aku Bukan Innocent yang dianjurkan oleh blogger Shawal. Siap hadiah dibalut & diselitkan dengan Congrats & Sorry letter lagi. Hadiah sponsored by blogger Aienie.


Blog saya terpilih untuk memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan.

Hadiah baru diterima.


Thanks to both organizer & sponsor. Semoga dimurahkan rezeki dalam aktiviti blogging.

Kimchi's Semestian Meet Up Dinner At Swissomelt, Sitiawan

On the way ke Swiss Garden, singgah dinner dengan member semesti Kimchi,di Manjung. Member Kimchi, Kewek tinggal di area situ. Alang-alang dah sampai situ, Kimchi nak meet up dengan Kewek dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Swiss Garden.

Dinner di Swissomelt, tempat of course yang recommended by Kewek. For dinner, saya order set menu yang ada dua meal. Set ni ada 1 chicken chop, 1 Chicken Cordon bleu, 2 soft drinks & 1 soup. Chicken Cordon bleu ni adalah chicken breast yang disumbat dengan cheese. For soup pulak, boleh pilih samaada mushroom soup atau creamy soup. Saya pilih creamy soup. Creamy soup still mushroom soup jugak. Just tambah ayam sahaja.

Saya makan Chicken Cordon bleu with mushroom sauce. Rasa untuk ayamnye sangat lembut & saucenya sangat sedap. Tak mengecewakan. Soup pulak kalau dah sejuk still boleh makan tanpa rasa muak. Compare to soup di Pizza Hut, saya dah tak boleh makan dah kalau dah sejuk. 



Mini Semestian Reunion, katanya

Ready nak makan

Chicken Chop

Lamb Chop(kalau tak silap yang Kewek order ni)


Left: Chicken Cordon bleu   Right: Creamy soup

Yang bestnya di Swissomelt of course makanannya Halal Toyibban & pemiliknya orang islam. Orang Islam pun dah mampu menyediakan western food yang sedap. Rasa & penyediaan western food sama level dengan international casual dining restaurant seperti TGI Friday , Chilies & etc. Actually, dah banyak hipster cafe di Malaysia yang provide halal western meal seperti Polperro, Big Brother & yang terbaru Swissomelt niela. Dah tak perlu dah ke restaurant yang diragui status halalnya kalau nak makan western food.

Dak Zafran sibuk dengan ipadnya sampai taknak pandang kamera.


Dah pandang kamera tapi still pegang ipad tu. Takut sangat kena ambil daripada dia
  
Satu lagi, di Swissomelt pun boleh buat candle light dinner or suprise dinner untuk pasangan yang ingin diraikan. Swissomelt akan arrange kesemuanya. Just beritahu details sahaja.

Part tak bestnya. Swissomelt ni ada di Sitiawan sahaja. Belum ada branch di tempat lain lagi. Nak merasa nak makan di Swissomelt, kena tunggu balik Perak ajeala.

Anyway to Kewek, thanks for this dinner treat at this lovely restaurant.