Tak Dapat Makan Mango Cheese Cake Di Segamat Rel (Aeon Mall Shah Alam), Makan Lontong Pun Jadilah..
Tengah pilih dessert ni
Masa nak cari tempat lunch di Aeon Mall, Shah Alam, saya & Hawa pilih untuk makan di Segamat Rel. Tak pernah makan di situ kan. Sajela nak try di restaurant yang
tak pernah pergi. Mula-mula ingat nak makan di Boat Noddle. Tapi nak kena
beratur panjang pulak. Tak tahu apa yang special dengan Boat Noddle. Makan mee
jea pun. Tu pun salah satu reason kenapa kitaorang teragak-agak nak makan di
situ. Sebab ada mee jea. Takut tak kenyang kalau lunch setakat mee jea. So,
batalkan niat nak makan di Boat Noddle & pergi ke kedai sebelah Boat Noddle iaitu
Segamat Rel.
Mee kari
Makanan yang ada di Segamat Rel semuanya makanan tempatan. Tak
ada western. Nama kedai pun Segamat kan. Tapi ada pelbagai dessert yang best.
Macam-macam jenis kek ada. Ada durian crepe, variety of cakes, abc & banyak lagi. Sebab nak order dessert, saya & Hawa just order
air biasa untuk minuman. Then order main meal. Saya order Lontong &
Chocolate Cake while Hawa order Mee Kari & Mango Cheese Cake. Ceh dua-dua tak order nasi jugak pun. Yea-yea cakap tak kenyang makan di Boat Noodle sebab mee
jea. Last-last di Segamat Rel pun tak order nasi. Yeala, dah kitaorang dua-dua
ada order cake. Boleh mengenyangkanlah kot.hehe. Actually nasi yang ada di situ
tak berapa nak menarik minat kitaorang.
Lontong
Lepas waitress dah ambik order, tiba-tiba datang balik kat kitaorang
& bagitau yang cake yang kitaorang order tak ada. Then, dia cakap lagi, desserts yang ada dalam menu hampir semua tak ada.Yang ada just Red Velvet
& Black Velvet. Taknakla saya order cake Red Velvet sebab bagi saya satu tempat
jea yang boleh buat Red Velvet sedap iaitu Drasani. Tempat lain termasuklah
Secret recipe tak sedap. Tak ada cake yang kitorang nak, cancel order
cake. Tinggallah main meal (yang tak
berapa nak main meal) dengan air kosong
jea.haha. Dah macam makan untuk breakfast pulak setakat makan lontong while
Hawa makan Mee Kari. Huhu. Baru jea nak merasa Mango Cheese Cake. Tak pernah makan
Mango Cheese Cake. Sedih tak..haha.
Muka pasrah tak dapat makan cake.
For makanan, rasa lontong, okla. Just tak suka sotong kering rebus yang ada dalam lontong. Rasa macam hanyir. Mee kari pulak Hawa komen kuahnya not bad. Nasib baik rasa not bad. Terubat sedikit rasa kecewa tak dapat makan Mango Cheese Cake. ahaks. Dah habis makan beli drinks di Chatime. Dah tadi order air kosong jea. Cake pulak tak ada. Kenalah beli drinks sedap sedikit.
Begitulah ajeala alkisahnya makan di Segamat Rel. Hopefully kalau makan di Segamat Rel lagi, adalah semua desserts seperti yang tertera dalam menu. . Sekian.
nak cubalah nanti, huhu
ReplyDeletedone follow, salam perkenalan, jemput singgah dan follow me back :)
http://neezaohneeza.blogspot.my
WoW! Bestnye...
ReplyDeleteNak try jugak lah nanti.. Nak ajak En Hubby
uikss sedappnyaaaa...
ReplyDeleteNampak sedap.. Mmmm...
ReplyDeleteSedapnye.. nyum nyum
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeletedah try,tapi bkn di shah alam.resepi tak cukup sempurna.masak ala kadar tak berbaloi dengan harga.