Short Vacay at 4 Star, Beachfront Hotel: Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Perak Part 2

Berjalan-jalan di Lumut Waterfront & Aeon Manjung sahaja pun, nak dekat half day jugak spend. Belum lagi pergi Pangkor ke, Turtle Sanctuary ke. Tu mau kena tambah 1 malam lagi, baru dapat cover semua tempat tu. Nasib baik baru tahun lepas jea holiday di Pangkor.

Sampai Swiss Garden dalam pukul 6pm, terus bergegas bersiap-siap nak bawak Dak Zafran mandi di swimming pool. Kimchi ajela bawak Dak Zafran mandi. Saya just ambik gambar ajela & tengok sunset. Sebab pagi tu, yang time jalan-jalan di perkarangan resort selepas breakfast, dapat tahu ada rules kalau nak mandi di swimming pool. Kena pakai swimming attire jea. Siap ada signboard terpampang besar sebelah swimming pool kot display rules ni. Then mention in details lagi No T-Shirt, Jersy & SCARF. Scraf tue..Habis yang berhijab kalau nak swimming kena unhijabla..gitew ke..ke nak kena pakai swimming cap. Whatevala. High standard sangat. Kalau tak ada  & nak mandi jugak kena sewa swimming attire yang ada kat situ. Harganya RM15/piece. Tak kuasa mak yang tak reti berenang ni, nak bayar Rm15 semata-mata nak mandi di swimming pool yang eksklusif sangat ni. So, biar Kimchi jeala yang mandi ngan Dak Zafran. 

Dah sampai swimming pool, tengok yang di kid's pool ramai jea yang pakai tshirt & berhijab(with scarf ok) mandi dalam tu. Saya pun apa lagi masuk jugaklah. Life guard kat situ tak boleh control kot sebab petang jumaat tu ramai melayu yang check in. Ada dalam dua bas. Maybe ada family day or something. Dah ramai melayu yang nak mandi di swimming pool, takkan nak tahan-tahan kot. Dia biar ajela.

Tapi yang adult's pool, life guard tu jaga kaw kaw. Kimchila yang kena tahan. Kimchi baru jea nak test swimming skill yang dia belajar time di AKMAL dulu. Baru nak terjun, kena tahan kat life guard sebab pakai tshirt.  Apalah yang nak high standard swimming pool Swiss Garden ni. Even Sunway Lagoon pun tak kisah nak pakai apa pun. Actually boleh jea Kimchi nak mandi kalau tanggalkan tshirt & just pakai seluar track. Dalam rules tak ada state yang seluar track pun tak boleh pakai. Tapi Kimchi dah merajuk. Dah tak ada mood nak swimming dalam adult's pool.

Zafran with his terapung ride.


Entah tengok apala Dak Zafran ni..


Konon nak candid lettew


Dengan papa pulak


Dah taknak guna pelampung. Nak berendam dalam air pulak.


Syok sangat berendam sampai taknak keluar

Saya bukanlah nak sangat mandi di swimming pool. Dah puas dah pun mandi zaman ikut abah outstation dulu. Just nak bawak Dak Zafran jea. Dak Zafran kan suka main air. Sampai nak keluarkan daripada swimming pool, boleh melalak sebab tak puas mandi lagi. Terpaksa keluarkan sebab time tu dah pukul 7pm. Dah waktu tamat berada di swimming pool. Tak apala, Dak Zafran. Kalau Mama ada rezeki lebih, kita stay hotel yang setiap bilik ada private pool sendiri macam di Grand Lexis. Dak Zafran pun dah pernah stay di Grand Lexis.

Esoknya hari sabtu, plan nak turun ke private beach & bergambar & juga bergambar di sekitar resort sebelum check out. Tapi cancel sebab hujan lebat sampailah check out. Yang lagi kesian group yang 2 bas tuela. Maybe patutnya aktiviti haritu melibatkan outdoor. Tapi sebab hujan, group ni just duk berkumpul di lobi sahaja. Tak dapat nak buat apa-apa lagi. Kitaorang just tak dapat bergambar di private beach sahaja.

Overall, apa yang saya boleh komen dengan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut,
Part positifnya ialah
1. breakfast yang ada variety of foods & rasa yang tak mengecewakan.
2. lokasinya di tepi pantai.Sangat menenangkan jiwa & raga bila menikmati permandangan laut & pulau..Ni yang saya paling suka.
3. hospitality
4. cleanliness

dan Part yang tak best ialah
1. Rules Swimming pool yang too exclusive. Tapi tak pelik pun dengan rules ni. Ada hotel lain jugak yang guna rules yang sama untuk swimming pool nya.
2. Channel TV tak complete.
3. Tak ada berus gigi..bak kata Kimchi.haha
4. Banyak facilities yang dah tak maintain. Example yang saya nampak, macam tempat flying fox, herb's garden dah rosak, tak terurus & terbiar.

Saya bagi 4 bintang untuk Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.

Anyway, thanks to blogger Nurin kerana pilih saya sebagai pemenang Giveaway Nurin yang membolehkan saya sekeluarga bercuti di hotel rate 4 star.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

1 comments:

  1. This post is really magnificent. I really like this post. It is one of the best posts that I ve read in a long time. Thanks a lot for this really good post. I really appreciate it! inchirieri apartamente sibiu

    ReplyDelete