Menang Percutian 3H2M di Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Perak Daripada Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder
Wohooo.. Saya ada menang giveaway segment lagi iaitu Giveaway Nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder yang dianjurkan oleh blogger NurinKhairi. Dan part yang paling best bukan hadiah yang biasa-biasa jea yang saya dapat. Saya memenangi hadiah penginapan selama 3 Hari 2 Malam ( I repat again 3 hari 2malam) di Swiss Garden Beach Resort. Syukur Alhamdulillah.. First time menang percutian penginapan di hotel. Selalunya hadiah GA paling lumayan yang saya pernah menang pun just shawl & topup/tunai RM10. Ni dapat menginap di Hotel rate 4 Star yang harganya paling murah RM290/night kalau tengok di website Swiss Garden(kalau di Agoda,etc maybe up to 20% cheaper). Itu harga untuk weekdays. Kalau weekend/public holidays lagi mahal.
GA ini bukan senang nak menang sebab just nak seorang pemenang sahaja & mengunakan aplikasi random.com untuk pemilihan pemenang. Random.com ni macam cabutan bertuahlah. Saya ni susah jugak nak menang dalam cabutan bertuah. Hampir semua cabutan bertuah yang saya join, nama saya tak naik. Even zaman sekolah dulu, cabut nama untuk buat kerja gotong-royong pun still nama saya tak naik jugak. Untuk nak buat kerja tu. Punyalah tak berapa nak ada luck dalam lucky draw ni. Tapi untuk pemilihan pemenang GA ini, nombor entry saya yang naik dulu dalam random.com. Ada luck pulak kali ni. Ni betul-betul rezeki.
Pengumuman nama pemenang oleh organizer GA, Nurinkahiri
Sponsor beri pilihan kepada saya samaada saya nak bercuti
di Swiss Garden Kuantan atau di Lumut. Saya pilih Lumut sebab boleh terus balik hometown
Kimchi di Taiping selepas dah bercuti di Swiss Garden. Saya
memenangi GA ini pada bulan February
lepas, tapi saya baru mengunakan hadiah GA ini pada Wesak lepas. Kepada
Organizer GA Nurinkahiri, thanks kerana menganjurkan GA & memilih
saya sebagai pemenang GA Nurin.
Entries yang berkaitan dengan pengalaman bercuti di Swiss
Garden Beach Resort Damai Laut..
0 comments:
Post a Comment