30 May 2016

Menang Percutian 3H2M di Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Perak Daripada Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder

Wohooo.. Saya ada menang giveaway segment lagi iaitu Giveaway Nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder yang dianjurkan oleh blogger NurinKhairi. Dan part yang paling best bukan hadiah yang biasa-biasa jea yang saya dapat. Saya memenangi hadiah penginapan selama 3 Hari 2 Malam ( I repat again 3 hari 2malam) di Swiss Garden Beach Resort. Syukur Alhamdulillah.. First time menang percutian penginapan di hotel.  Selalunya hadiah GA paling lumayan yang saya pernah menang pun just shawl & topup/tunai RM10. Ni dapat menginap di Hotel rate 4 Star yang harganya paling murah RM290/night kalau tengok di website Swiss Garden(kalau di Agoda,etc maybe up to 20% cheaper). Itu harga untuk weekdays. Kalau weekend/public holidays lagi mahal.

 
GA ini bukan senang nak menang sebab just nak seorang pemenang sahaja & mengunakan aplikasi random.com untuk pemilihan pemenang.  Random.com ni macam cabutan bertuahlah. Saya ni susah jugak nak menang dalam cabutan bertuah. Hampir semua cabutan bertuah yang saya join, nama saya tak naik. Even zaman sekolah dulu, cabut nama untuk buat kerja gotong-royong pun still nama saya tak naik jugak. Untuk nak buat kerja tu. Punyalah tak berapa nak ada luck dalam lucky draw ni. Tapi untuk pemilihan pemenang GA ini, nombor entry saya yang naik dulu  dalam random.com. Ada luck pulak kali ni. Ni betul-betul rezeki.



Pengumuman nama pemenang oleh organizer GA, Nurinkahiri


Sponsor beri pilihan kepada saya samaada saya nak bercuti di Swiss Garden Kuantan atau di Lumut. Saya pilih Lumut sebab boleh terus balik hometown Kimchi di Taiping selepas dah bercuti di Swiss Garden.  Saya memenangi  GA ini pada bulan February lepas, tapi saya baru mengunakan hadiah GA ini pada Wesak lepas.  Kepada  Organizer GA Nurinkahiri, thanks kerana menganjurkan GA & memilih saya sebagai pemenang GA Nurin.



Sea Sightseeing at Lumut Waterfront, Perak

Dari Swiss Garden, pergi ke Teluk Senangin dahulu. Tak pernah sampai Teluk Senangin. Dah sampai sana, hujan turun pulak. Tak dapatlah nak bergambar di pantai. Tengok dari dalam kereta ajela. Teluk Senangin ni hampir nak komersial macam Teluk Batik. . Semua basic facilities ada seperti surau, masjid, bilik mandi, toilet, anjung, kedai makan & nak naik banana boat pun ada. Just kawasannya kecil sedikit & banyak projek yang terbengkalai.


Pintu Gerbang Teluk Senangin

Dari Teluk Senangin, gerak ke Lumut. Dah sampai Manjung, hujan still tak berhenti lagi. So, pergi berjalan-jalan dalam Aeon Manjung. Bila hujan dah berhenti & gerak ke Lumut, Dak Zafran tidur pulak. So, tunggu dalam kereta di Lumut Waterfront sampai Dak Zafran bangun dari tidur.
Dak Zafran bangun, terus bergambar di Waterfront.

 
Landmark Lumut.


Cubaan Dak Zafran untuk posing manja


Lumut Waterfront




Permandangan laut


Di jeti yang tak ada feri


Dak Zafran cari ikan tapi tak jumpa
Depan tu Pulau Pangkor.


Ajar Dak Zafran jenis hidupan laut. Ukiran batu pun jadila..

 
Berangin jea kat waterfront ni


 
Redup pulak tu


Feri untuk ke Pulau Pangkor



my two annoying sengal boys.


Lumut Town.


Replika sauh


Kalau cuti sekolah, jalan ni jem tahap maksim.

Dah penat berjalan, masa untuk isi perut pulak.

Dah bergambar di Waterfront, makan di foodcourt sambil berlatarbelakang Muzium Kapal Perang KD Rahmat. Nak masuk muzium tu kena bayar RM12/adult & RM7/children. Kalau nak overnight dalam kapal pun boleh.Bayarannya RM50/night. Siap boleh stay dalam kapal perang tu. Tapi kitaorang tak masuk pun muzium tu. Sebab dah penat & dah lewat. Next time ajela pergi muzium ni.




Layan ABC & nasi goreng.


Berlatarbelakangkan Kapal Perang KD Rahmat.Dulu-dulu. Sekarang dah jadi muzium.


Cubaan untuk posing.


Bila dah posing comel, mama pulak tak ready sebab sibuk bagi makanan kat kucing.


Ni mama ready, Dak Zafran pulak tak ready. Ke posing konon-konon candid.


Dua-dua ready tapi Dak Zafran keras pulak. 
KD Rahmat.

Dak Zafran with his new boboi boy watch

Tapau jugak 2 bungkus nasi goreng untuk dinner jugak sebab tahu di Swiss Garden tak ada kedai makan yang berdekatan. Nak order yang Swiss Garden punya, nasi gorengnya RM35/plate. No, thanks la gamaknya.

Dah habis makan, terus balik Swiss Garden & ready untuk bawak Dak Zafran mandi di swimming pool.

Short Vacay at 4 Star, Beachfront Hotel: Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Perak Part 2

Berjalan-jalan di Lumut Waterfront & Aeon Manjung sahaja pun, nak dekat half day jugak spend. Belum lagi pergi Pangkor ke, Turtle Sanctuary ke. Tu mau kena tambah 1 malam lagi, baru dapat cover semua tempat tu. Nasib baik baru tahun lepas jea holiday di Pangkor.

Sampai Swiss Garden dalam pukul 6pm, terus bergegas bersiap-siap nak bawak Dak Zafran mandi di swimming pool. Kimchi ajela bawak Dak Zafran mandi. Saya just ambik gambar ajela & tengok sunset. Sebab pagi tu, yang time jalan-jalan di perkarangan resort selepas breakfast, dapat tahu ada rules kalau nak mandi di swimming pool. Kena pakai swimming attire jea. Siap ada signboard terpampang besar sebelah swimming pool kot display rules ni. Then mention in details lagi No T-Shirt, Jersy & SCARF. Scraf tue..Habis yang berhijab kalau nak swimming kena unhijabla..gitew ke..ke nak kena pakai swimming cap. Whatevala. High standard sangat. Kalau tak ada  & nak mandi jugak kena sewa swimming attire yang ada kat situ. Harganya RM15/piece. Tak kuasa mak yang tak reti berenang ni, nak bayar Rm15 semata-mata nak mandi di swimming pool yang eksklusif sangat ni. So, biar Kimchi jeala yang mandi ngan Dak Zafran. 

Dah sampai swimming pool, tengok yang di kid's pool ramai jea yang pakai tshirt & berhijab(with scarf ok) mandi dalam tu. Saya pun apa lagi masuk jugaklah. Life guard kat situ tak boleh control kot sebab petang jumaat tu ramai melayu yang check in. Ada dalam dua bas. Maybe ada family day or something. Dah ramai melayu yang nak mandi di swimming pool, takkan nak tahan-tahan kot. Dia biar ajela.

Tapi yang adult's pool, life guard tu jaga kaw kaw. Kimchila yang kena tahan. Kimchi baru jea nak test swimming skill yang dia belajar time di AKMAL dulu. Baru nak terjun, kena tahan kat life guard sebab pakai tshirt.  Apalah yang nak high standard swimming pool Swiss Garden ni. Even Sunway Lagoon pun tak kisah nak pakai apa pun. Actually boleh jea Kimchi nak mandi kalau tanggalkan tshirt & just pakai seluar track. Dalam rules tak ada state yang seluar track pun tak boleh pakai. Tapi Kimchi dah merajuk. Dah tak ada mood nak swimming dalam adult's pool.

Zafran with his terapung ride.


Entah tengok apala Dak Zafran ni..


Konon nak candid lettew


Dengan papa pulak


Dah taknak guna pelampung. Nak berendam dalam air pulak.


Syok sangat berendam sampai taknak keluar

Saya bukanlah nak sangat mandi di swimming pool. Dah puas dah pun mandi zaman ikut abah outstation dulu. Just nak bawak Dak Zafran jea. Dak Zafran kan suka main air. Sampai nak keluarkan daripada swimming pool, boleh melalak sebab tak puas mandi lagi. Terpaksa keluarkan sebab time tu dah pukul 7pm. Dah waktu tamat berada di swimming pool. Tak apala, Dak Zafran. Kalau Mama ada rezeki lebih, kita stay hotel yang setiap bilik ada private pool sendiri macam di Grand Lexis. Dak Zafran pun dah pernah stay di Grand Lexis.

Esoknya hari sabtu, plan nak turun ke private beach & bergambar & juga bergambar di sekitar resort sebelum check out. Tapi cancel sebab hujan lebat sampailah check out. Yang lagi kesian group yang 2 bas tuela. Maybe patutnya aktiviti haritu melibatkan outdoor. Tapi sebab hujan, group ni just duk berkumpul di lobi sahaja. Tak dapat nak buat apa-apa lagi. Kitaorang just tak dapat bergambar di private beach sahaja.

Overall, apa yang saya boleh komen dengan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut,
Part positifnya ialah
1. breakfast yang ada variety of foods & rasa yang tak mengecewakan.
2. lokasinya di tepi pantai.Sangat menenangkan jiwa & raga bila menikmati permandangan laut & pulau..Ni yang saya paling suka.
3. hospitality
4. cleanliness

dan Part yang tak best ialah
1. Rules Swimming pool yang too exclusive. Tapi tak pelik pun dengan rules ni. Ada hotel lain jugak yang guna rules yang sama untuk swimming pool nya.
2. Channel TV tak complete.
3. Tak ada berus gigi..bak kata Kimchi.haha
4. Banyak facilities yang dah tak maintain. Example yang saya nampak, macam tempat flying fox, herb's garden dah rosak, tak terurus & terbiar.

Saya bagi 4 bintang untuk Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.

Anyway, thanks to blogger Nurin kerana pilih saya sebagai pemenang Giveaway Nurin yang membolehkan saya sekeluarga bercuti di hotel rate 4 star.

Short Vacay at 4 Star, Beachfront Hotel: Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Perak Part 1

Selepas 3 bulan saya mengetahui yang saya memenangi percutian 3D2N di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, akhirnya sudah tiba masanya untuk bercuti di situ. Apply cuti 2 hari untk percutian ni. Campur dengan 2 hari weekend, totalnya 4 hari. Lepas dah bercuti di Lumut, terus balik Taiping sekali. 

Bertolak dari Saujana pada hari Khamis petang. Dah sampai di Manjung, dinner dengan member Kimci, Kewek dulu di Swisssomelt. Dah makan, gerak dari Bandar Manjung yang memerlukan masa approximately 30 minutes untuk sampai ke Swiss Garden. Jalan nak ke Swiss Garden tersangatlah ke dalam & sunyi. Macam exclusive jea Resort ni sebab tempatnya macam private sangat. 

Time check in, saya request nak bilik yang sea view & ada katil king. Receptionist cakap kalau nak katil king, ada garden view jea. Nak Sea view, kena ambik bilik yang ada 2 katil single. Memikirkan ada anak kecil, kenalah pilih bilik yang ada katil king. Saya cakap kat receipt, garden view pun still cantik jugak kan. Receipt just sengih jea. Dia sengih tu maksudnya dia malas nak layan ke, ke view nye "terlampau cantik sangat". Dah dapat kunci, terus pergi ke bilik. Dapat bilik 3rd floor, sama level dengan lobby & bilik pun sangat dekat daripada lobby. Dah sampai bilik, saya terus ke balcony nak tengok dapat view apa. Rupa-rupanya view carpark. Carpark depan resort. Memang cantik sangatlah. haha. Tapi at least dari lobby, tak adalah jauh nak pergi ke bilik. Ada saya baca review dari blog lain, ada yang dapat bilik yang tak sama building dengan lobby. Nak kena berjalan jauh selepas check in. Dan yang paling penting dapat satu katil besar. Tak adalah dapat 2 katil single, yang at the end nak kena rapatkan.


Katil King yang saiznya sangat puas hati

Bilik yang dapat agak luas jugak. Bilik air pun not bad & ada bathtub. Tapi Kimchi tak puas hati giler toilet tak ada berus gigi.  Dia ada jea bawak berus gigi. Just suka collect berus gigi hotel. Tapi ada jea toilet amenities yang lain  seperti shampoo, conditioner, bath gel, shower cap, sewing kit & sanitary bag. Even laundry bag pun ada. Bukanlah tak ada langsung. Dia cakap untuk hotel rate 4star ke atas, suppose kena ada berus gigi. Mana boleh tak ada. Apa-apala Kimchi yang oiii..haha.



Toilet basin. Sebelahnya ada bath tub.


Luas jugak biliknya untuk yang rate standard

Tv channel pulak kalau tengok pada list yang hotel provide, sepatutnya ada more than 10 channels include cartoon & sports. Tapi yang dapat tengok just sports, satu channel movie, then, TV1 sampai 3 tuela. Tanya receipt, dia reply hotel ada problem with apa ntah. Ok, fine. 

Servis housekeeping hotel sangat bagus. Request iron & iron board malam tu jugak, terus dapat. Tak perlu tunggu lama pun. 

Dak Zafran dah get ready nak melompat-lompat atas katil.




Sedap jea tidur.


Esoknya, breakfast di The Garden Terrace. Guna breakfast voucher organizer, Nurin punya. Nurin charge RM63 kalau dia tolong book guna dia punya membership di situ. Rm63 for 3 adults or 2 adults 2 childrens. Kalau normal price(non-member)harganya apprx RM50/pax. Saya & Kimchi pergi breakfast lambat. Pukul 9:50am baru nak breakfast. Padahal, boleh breakfast sampai pukul 10:30am jea. Saya & Kimchi memang sengaja breakfast lambat. Biar boleh kenyang lama sedikit. 


Di The Garden Terrace.


Waiter beri childseat tapi tahula Dak Zafran. Dia bukan suka duduk kat child seat ni


Breakfast buffet






Dak Zafran tengah tengok permandangan laut.


Dalam pukul 10;30am, waiter datang & beritahu yang tempat tu nak kena ready untuk lunch pulak. Tapi dia cakaplah kalau still belum habis lagi breakfast, dia suggest untuk ambik semua makanan yang nak makan siap-siap & letak atas meja. Dia benarkan stay di The Garden Terrace sampai habis makan. Saya pun apa lagi, ambik semua jenis makanan yang ada & letak atas meja. Siap tapau untuk Dak Zafran pun ada. Then, dah siap ambik makanan, semua waiters pun bawak masuk semua makanan masuk dalam kitchen & setup untuk lunch. Bagus jugaklah waiter ni, still considerate untuk customer yang nak late breakfast. Satu lagi yang bestnya breakfast di Garden Terrace, boleh menikmati permandangan laut sambil sarapan. The Garden Terrace ni betul-betul mengadap laut. Makanan yang ada pun ada pelbagai jenis seperti porridge, egg station, nasi lemak, rendang ayam, kuew tiau, sandwish station, western foods, cereal station, fruits & salads. Memang makan sampai buntatlah. Kenyang sampai ke petang.


Meja kitaorang ni betul-betul mengadap laut. Tapi tak dapat nak ambik gambar direct permandangan laut sebab silau.

Western food station


Malaysian food station. Sebelahnya ada egg station.


Sandwich, fruits & salad station. belakang tu drinks & cereal station.


Dak Zafran jumpa kawan baru


Budak kecil memang senang nak jumpa kawan baru


Dah habis breakfast, jalan-jalan di sepanjang walkaway resort.  Jalan-jalan di walkaway pun boleh menikmati permandangan laut jugak. Ada peacock yang dilepaskan bebas di perkarangan resort. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab dah lari ke tempat lain. Dah sampai penghujung walkaway ada tangga untuk turun ke private beach. Tak turun pergi ke pantai sebab cuaca dah panas. Masing-masing dah berpeluh-peluh. Tunggu balik dari jalan-jalan Lumut, baru pergi jalan-jalan di Swiss Garden Private Beach. So, patah balik & balik bilik.


Masa untuk burn calory




Berjalan di sepanjang walkaway


Dak Zafran buat aksi model


tepi laut
Dah di penghujung walkaway. Ada tangga untuk ke private beach. tapi patah balik sebab dah panas. Plan time petang baru ke private beach. 


Budak ni


Gedik sangat ni


mama take over jadi photographer pulak


Dak Zafran dah kepenatan. Tarik tangan, ajak balik. Nasib baik tak pergi ke private beach.


di swimming pool. Tarik tangan lagi.


Kena dukung dah. Ni di lobi.

Ready nak jalan-jalan di town.

Balik bilik semula & ready untuk jalan-jalan di Lumut & Manjung.

Sambungan: Sightseeing At Lumut Waterfront, Perak.