27 April 2016

Menang First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglist

Yeay..Menang segmen lagi.  Segmen yang saya menangi adalah First Mini Giveaway Masitaeyta Mencari Followers Yang Ke 150 & 10 New Bloglist . Kemenangan ini membolehkan blog saya  tersenarai dalam bloglist Blogger MasitaEyta. Thanks Masita kerana sudi masukkan blog saya dalam bloglist. Dengan cara ini, blog saya dapat diperkenalkan kepada followers Masita. Thanks again.

Blog saya bernombor 22,penselduabee


Blog saya tersenarai dalam bloglist blogger Masitaeyta

Thanks blogger Masita kerana sudi menyenaraikan blog saya dalam bloglist Masita. Semoga Masita sentiasa dimurahkan rezeki.

25 April 2016

GiveAway Mei by Ann

Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..


http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html


Pergi ke url: http://bit.ly/2zAzAuk untuk menyertai GA ini.






Plan Nak Tunjukkan Ale & Ida Jalan Ke Ikea Tapi Terjebak Shopping Jugak.

Ikea adalah tempat wajib Ale & Ida pergi, setiap kali kalau turun KL. Memang tempat favourite Ida shopping. Then, Ale & Ida baru masuk rumah baru. Banyakla barang rumah yang nak dibelinya. 

Saya & Kimchi bawakkan  Ale sefemili ke Ikea sebab takut diorang tak berapa familiar jalan KL. Nak pergi dari Sungai Buloh pulak tu. Dah sampai sana, habisla tugas penunjuk jalan. So, patutnya just window shopping sambil teman diaorang shopping. Tapi at the end, saya & Kimchi terjebak jugak shopping di situ. Habis seratus lebih pulak tu. Kalau dah di Ikea, tak adanya balik dengan tangan kosong. Beli apala sampai seratus lebih. Kitaorang beli Linnmon/Adils table yang harga RM90, Adde chair berharga Rm35, shelve & bekas kaca. Actually memang nak beli meja & kerusi Ikea ni. Nak beli untuk ruang kerja, mengantikan coffee table sekarang ni. Bila ada proper meja kerja untuk laptop, printer & etc, kuranglah Dak Zafran kacau & main laptop. Selamat sedikit laptop ni. Meja ni tinggikan compare to coffee table. Susah sedikitla Dak Zafran nak mencapai. Satu lagi, harga pun not bad & design pun cantik.




Cepat jea dapat meja kosong sebab orang tak ramai. Kirin & Ika pun ada join sekali.

Belated birthday Girl with her favourite Auntie Mimie

Celebrate Zara's belated birthday jugak di Ikea Restaurant. Nasib baik orang tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang nak beli makanan. Sebab sampai di Ikea dah petang, ramai yang dah balik. Kalau pergi time peak hour macam pukul 10pm-2pm, memang akan crowded macam tin sardin.



Tadaa..ruang kerja baru. Actually bila Dak Zafran dah bertambah cerdik nanti, boleh jea dia panjat kerusi tu & main laptop..hehe

Coffee table lama dijadikan tempat letak printer, sebelah kiri tu.

Lepas ni kalau pergi Ikea nak beli apa pulak lagi. Ida dah tanya-tanya bila lagi nak pergi Ikea lagi sebab nak kirim barang. Bolehlah beli Serving Stand 2 tier macam dalam gambar bawah. Lama jugak aim nak beli stand ni untuk letak buah. Stand ni jugak boleh guna kalau nak serve kuih/etc untuk tetamu. Design pun cantik. Ok, coming soon yea Serving Stand 2 tier ni..




Welcome To The World, Aiman Hakeem..


Aiman Hakeem

Aiman Hakeem nama yang diberi, anak Enal & Alim ni. Nak sama  dengan artis pun ada, iaitu Aiman Hakim. Sebijik pulak tu.hehe Just I ditukar dengan double E pada nama Hakim. Femesla lepas ni anak enal. Ahaks. Nama Hakeem pun ada yang sama dengan nama Kimchi (a.k.a uncle Aiman Hakeem) jugak. Kalau nama Kimchi, Hakimi. Nama anak Enal pulak buang I pada hujungnya & ada I tukar ke double 'E'. Jadilah Hakeem. Hehe. Apapun, maksud nama Aiman Hakeem sangat indah iaitu yang bertuah & bijaksana.




Maklang & cu

Sleeping like a baby

Tangan buat gaya something(maybe love) tapi muka blur..


Dua tahun lepas, Zafran besar baby Aiman je. Sekarang...Cepat betul masa berlalu

Ok, stop mengarut. Pasal nama jea pun.  Anyway, Congrats to Enal & Halim for your new born baby boy.  Bilangan cucu perempuan & lelaki Mohd Noor & Siti Salmiah pun dah seri dah iaitu 3-3. Lepas ni, tunggu new born daripada siapa pulak.hehe..

1 April 2016

Cara Saya Buat Chicken Bread Lasagna

Cara Saya Buat Chicken Bread Lasagna



Mr. Kimchi ni suka bebenor beli roti gardenia yang panjang. Katanya tak payah kerap beli. Yeala, time hari kerja (kadang-kadang weekend jugak), kami berdua breakfast roti jea. Bila dah hampir setiap hari makan roti, kenala beli yang panjang supaya lambat sedikit habis. Tapi bila kena time minggu yang saya banyak hari puasa, roti tu akan tak berluak. Bila dah tinggal sehari sebelum expired, roti still banyak lagi. So, saya terpaksalah cari recipe yang guna banyak keping roti. Sebelum ni suka buat pudding roti. Tapi dah selalu  sangat buat pudding roti, carila resipe lain. Cari-cari jumpalah resipe Roti Lapis Daging Berkeju yang dikongsi oleh blogger Azlita.

Macam biasa saya modified sedikit recipe ni mengunakan bahan yang sedia ada. Then, saya pulak tak suka guna ayam/daging kisar yang dijual di kedai. Lebih suka prepare sendiri yang lebih menyihatkan. Apa saya buat untuk mengantikan daging kisar ialah saya saya potong kecil-kecil 4 ketul ayam bahagian dada yang lemak pun dah dibuang.

 Setelah modified sedikit recipe asal, maka terjadilah recipe seperti di bawah.

Ingredients
1 1/2 senduk bawang cincang
1 senduk cili kering cincang
4 ketul ayam bahagian dada
4 keping mushroom buttons (hiris panjang-panjang)
1/2 botol sos spaghetti (saya beli brand kimball)
3 ulas bawang putih(potong kecil)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
3 keping chesdar (potong panjang-panjang)
Mozarella/Parmesan Cheese
7 keping roti
2 biji telur gred A
200ml susu segar
Garam & Gula secukup rasa.


Cara-cara

1. Potong ayam kecil-kecil. Nak cincang pun boleh.
2. Goreng ayam sampai separuh masak. Letak di tepi dahulu.
3. Tumis bawang sampai naik bau. Then, masukkan cili kering & tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan sos prego.
5. Masukkan bawang besar & putih. Kacau sampai hampir layu.
6. Masukkan mushroom. Kacau sehingga separuh masak.
7. Masukkan ayam.
8. Kacau sampai pekat. Letak garam & gula secukup rasa. Dak siap letak tepi dahulu.
9. Campurkan telur, secubit garam & susu. Pukul sampai sebati.
10. Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
11.  Sapu bekas atau loyang pembakar dengan butter
12. Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
13. Susun dalam loyang pembakar satu lapisan
14. Kemudian ratakan inti ayam di atasnya
15. Susukan pula chesdar atas inti daging tadi
16. Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti
17. Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
18. Kemudian taburkan dengan mozarella/parmesan cheese.
19. Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit


Cara Saya Buat Chicken Bread Lasagna



Ada pulak model sambilan tak berbayar kat belakang tue.


Cara Saya Buat Chicken Bread Lasagna
Sampai sudu pun ada dalam pinggan

Saya & Kimchi makan lasagna ni sampai tinggal 1/4 jea. Dak Zafran pun makan sekali. Makan mengunakan fork & knife dengan sendirinya pulak tue. Chicken lasagna ni adalah Zafran's first meal yang Dak Zafran makan mengunakan fork & knife without pertolongan me & Kimchi. Cipta sejarah kan. Boleh masuk Zafran's book of record ni.ahaks.

So,selain bread pudding, bolehla jugak buat Chicken Bread Lasagna untuk fully utilised roti yang dah nak hampir expired & juga still banyak.