21 March 2016

Majlis Persalinan Yang Semakin Ketinggalan Zaman Tetapi Tidak Bagi Saya....


Majlis Persalinan adalah majlis di mana pengantin(especially pengantin perempun) akan mengenakan pelbagai jenis baju tradisional dari pelbagai jenis budaya di dalam & juga luar negara. Budaya dari dalam negara adalah seperti mengenakan baju Kadazan, Iban, sari, cheong sam & etc. Di luar Negara pula adalah seperti mengenakan Kimono dari Jepun, Puteri Balqis dari Arab(rasanya) & etc. Majlis persalinan bertujuan untuk bergambar supaya pengantin ada simpanan untuk kenang-kenangan. Then, time kahwin pengantin kan tengah naik seri. Cantikla bila bergambar-gambar time ni. Tapi ini just untuk peribadi ajela. Niat untuk tunjuk-menunjuk, riak & so on depends kepada diri masing-masing.



Baju Tradisional Makyong


With Mak & Sista

Tapi perkahwinan zaman sekarang especially start dari tahun 2010 ke atas, mostly ramai yang dah tak  buat majlis persalinan. Time saya kahwin pada tahun 2013, rasanya wedding saya seorang jea yang ada majlis persalinan.  Maybe adat persalinan baju sudah dikira agak ketinggalan zaman. Apa yang jadi trend untuk wedding zaman sekarang adalah photobooth, dessert buffet with chocolate fountain, pre-wedding photoshoot & etc. Setiap satu ni nak kena spend lebih RM1000. So, bila dah banyak spend, tak ingin dahla nak spend untuk majlis persalinan. Kos majlis persalinan dianggarkan Rm250/baju(include make-up tersendiri). Satu lagi, pengantin nak kena spend masa yang agak lama untuk majlis ni. Disebabkan kos yang tinggi & nak kena luangkan masa yang agak lama, bride to be zaman sekarang tidak lagi memilih majlis persalinan untuk add on ke dalam wedding mereka.


With Saudara

Walaupun pada zaman saya kahwin majlis persalinan sudah dianggap tidak lagi popular, tapi tidak bagi saya. Salah satu reasonnya, saya membesar ketika makchik-makchik & sepupu-sepupu saya kahwin. Mereka semua ada buat majlis persalinan. Bila tengok semuanya mengenakan pelbagai jenis baju, saya pun aim saya akan buat benda yang sama juga untuk wedding saya. Teringin nak merasa mengenakan baju tradisional dari pelbagai budaya. Time wedding la nak buat. Pakai time lain orang kata buang tabiat pulak. Reason yang kedua, untuk merealisasikan impian mak. Mak & abah dulu kahwin time belajar di oversea(USA) yang just ada akad nikah sahaja.  Tak ada yang lain. Yeala, Mak & Abah sama-sama student kan, mana ada duit nak spend lebih-lebih. Just spend untuk yang wajib sahajala. So, mak nak tengoklah kesemuanya time saya kahwin  sebab mak tak merasa semua tu. Tu yang saya buat jugak majlis persalinan walaupun time saya kahwin dah anggap ketinggalan zaman.

Persalinan Puteri Cina

Sista N Bridesmaid a.k.a induk

Saya buat majlis ini selepas akad nikah. Akad nikah pada pukul 3pm, hari Sabtu. Dalam pukul 4pm, start majlis persalinan baju saya. Saya mengenakan baju tradisional  Puteri China, makyong & puteri balqis. Just ambil tiga sahaja sebab Mak Andam pun tak larat nak make up banyak kali. Setiap baju tradisional akan dikenakan touch up yang berlainan. Bukanlah guna make up yang sama dari akad nikah sampai habis persalinan baju.
Satu lagi nak kena spend on photographer. Photographer charge lain untuk Majlis Persalinan walaupun buat hari yang sama dengan akad nikah. Kos yang dikenakan about RM450/session. Ini pun salah satu reason kenapa orang zaman sekarang dah tak nak buat majlis ni. Bukan setakat nak bayar kat mak andam(untuk sewa baju & make-up), photographer pun nak kena bayar jugak. Zaman 90’s ke bawah dulu, rasanya tak adalah nak kena bayar sebanyak ni untuk sewa baju persalinan & etc. Zaman sekarang jea semua benda nak mahal..Ini semua salah....(uitt jangan terasa..haha)


Adakah saya menyesal buat Majlis Persalinan yang nak kena spend banyak duit ni. Definitely not. Time majlis persalinan saya, most of saudara perempuan termasuk arwah mek quite having fun sebab mereka pun join bergambar sekali dengan saya. Siap ada gambar mereka lagi ada dalam album perkahwinan saya. Saudara lelaki especially CMC tak  ada time tu sebab semua pergi main futsal.  Sekarang pun bila tengok gambar di dalam album rasa seronok jea. Just tertanya-tanya, untuk generasi akan datang akan ada lagi ke idok Majlis Persalinan ni. Ke dioarang pun langsung tak kenal dah apa benda Majlis Persalinan ni. Kita tunggu ajeala.


Last adalah Puteri Balqis



18 March 2016

Contoh Referee Letters Untuk Permohonan MMIC(Member Of Malaysia Institute Of Chemistry)

Bawah adalah contoh referee letter untuk permohonan MMIC.  Referee Letter saya adalah daripada:

1. My R&D HOD
Contoh Referee Letters Untuk Permohonan MMIC(Member Of Malaysia Institute Of Chemistry)


Contoh Referee Letters Untuk Permohonan MMIC(Member Of Malaysia Institute Of Chemistry)
2. Supplier a.k.a Product Specialist
Contoh Referee Letters Untuk Permohonan MMIC(Member Of Malaysia Institute Of Chemistry)
3. Company's Technical Consultant
Contoh Referee Letters Untuk Permohonan MMIC(Member Of Malaysia Institute Of Chemistry)

Permohonan MMIC mengambil masa yang lama sebelum diluluskan adalah semasa nak dapatkan referee letters dari kesemua referee kita. Referee kan mostly orang yang higher level dari kita. Dah semestinya busy dengan komitmen masing-masing. Lagi-lagi kalau referee kita adalah Professor Universiti.Kalau tunggu jea, memang lambatlah boleh dapat. So, kena rajin chase referee kita supaya cepat-cepat prepare letter. Bila dah dapat, kerja permohonan MMIC sudah menjadi semakin senang.

15 March 2016

12 March 2016

Bila Midfielder kena Jadi Goalie Untuk Futsal CMC.

Kimchi tengah jaga gawang

Nama pun futsal CMC. Main dengan sedara-sedara. Main untuk suka-suki, yang tak ada pressure. Of course boleh jea walaupun Kimchi tak pernah jadi goal keeper. Tak pernah jadi pun, team Kimchi menang kot. Tapi score nya beza satu point ajela dengan team lawan. 

  Farid cuba score




Dak Zafran pun main bola jugak

With Auntie Didi

 
 Main dalam court pulak

CMC members gathering di rumah Ayahhar sebab Ayahhar buat Tahlil untuk arwah Mek. Selesai bacaan Tahlil,petangnyala main futsal. Dak Zafran pun join main futsal. Tapi main sorang-sorang di court lainla.



Time ni baru selesai tahlil


 

Aktiviti CMC di rumah Ayahhar diakhiri dengan makan malam. 

10 March 2016

Ada Bachelor of Science In Chemistry? Daftarlah Sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry)


Bagi yang mengambil bachelor Degree of Chemistry, bolehlah daftar sebagai ahli IKM(Institut Kimia Malaysia yang dikenali sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry).

Kelebihan daftar sebagai MMIC adalah apa-apa scientific analysis report yang diluluskan oleh MMIC, akan menjadi lebih reliable & recognized. Apa-apa report yang kena digunakan di mahkamah haruslah mempunyai kelulusan oleh MMIC.  Jika tiada, report ini tidak valid. Selain itu, title untuk MMIC akan bertukar dari Chemist kepada Certified Chemist. Dan jika berlaku kemalangan jiwa pada MMIC, akan dapat sumbangan sedikit dari IKM.

Nak daftar sebagai MMIC senang sahaja. Syarat-syaratnya adalah:

1. Ada Bachelor of Science in Chemistry (Tulen/Gunaan). 
2. Ada working experience dalam bidang Kimia sekurang-kurangnya tiga tahun.
3. Umur 21 tahun dan ke atas.

Jika memenuhi semua syarat di atas, ikuti semua cara di bawah:

2. Download borang dengan click Membership Application Form & Isi. Tiga gambar passport perlu disediakan.
3. Kalau nak percepatkan process permohonan, dapatkan sekurang-kurangnya dua referee letter dahulu. Time saya buat permohonan, saya dapatkan referral letter dari R&D HOD & Perkin Elmer Product Specialist(Lab Equipment Supplier). Klik SINI untuk lihat contoh referral letter.
4.  Dah dapat dua letter, submit dua referrel letter ini berserta:
     a. dua set form yang dah diisi,
     b. Salinan sijil kelulusan dalam ilmu kimia & transkrip akademik yang disahkan. Untuk               pengesahan, boleh minta dari pegawai kerajaan, pesuruhjaya sumpah atau pegawai             di IKM.
     c. Salinan IC yang disahkan.
     d. Yuran pendaftaran RM200.Dah siap submission, tunggu application kita diluluskan. 

Apabila sudah diluluskan, IKM akan pos  sijil Perakuan Keahlian IKM dan juga newsletter bulanan(seperti di bawah)  kepada kita.


Ada Bachelor of Science In Chemistry? Daftarlah Sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry)
 Sijil Perakuan MMIC

MMIC Ada Bachelor of Science In Chemistry? Daftarlah Sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry)
Ini newsletter yang dapat tiap-tiap bulan. Pada last page, ada name list untuk new member untuk tahun 2015. Nama saya(dalam kotak merah).

6. Setiap tahun, kena renew keahlian. Yuran renew adalah RM150.

Bila dah daftar sebagai MMIC, akan beri advantage untuk future career advancement. Tapi kena ingat MMIC juga terikat dengan Akta Ahli Kimia 1975. So, MMIC janganlah buat perkara-perkara yang sebarangan, especially yang menyalahi undang-undang.

8 March 2016

Saya Dah Dapat Dua FREE Golden Screen Cinemas(GSC) Tickets. Anda Bila Lagi..

Saya Dah Dapat Dua FREE Golden Screen Cinemas(GSC) Tickets.  Anda Bila Lagi..
 Two  Birthday Complimentary Tickets. Dah selamat redeem dengan menonton movie Ip Man III.

Yup, saya baru lepas tengok wayang dengan Kimchi secara percuma di GSC(Golden Screen Cinema) pada bulan lepas Di GSC tu. Bukan calang-calang wayang tau. Tengok movie IP Man III pulak tu. Kalau bayar sendiri, mahu kena spend dalam RM32.
Nak tebus tiket GSC percuma senang jea.  Just perlu kena buat dua benda sahaja. Yup, dua sahaja. 

First,  kena daftar sebagai member GSC  di www.gsc.com.my. Fill up details seperti di bawah.



Saya Dah Dapat Dua FREE Golden Screen Cinemas(GSC) Tickets.  Anda Bila Lagi..
Second, dah settle register kena tunggu sehingga bulan birthday kita. 
Bila dah nak masuk pada bulan birthday kita, akan dapat email dari GSC seperti di bawah.
Just click pada Print My Vouchers Now.


Saya Dah Dapat Dua FREE Golden Screen Cinemas(GSC) Tickets.  Anda Bila Lagi..

Lepas click,  akan keluar GSC Website Member Birthday Coupon seperti di bawah.  

Print & isi form Coupon ni. GSC login ID ialah member log in iaitu alamat email kita.
Saya Dah Dapat Dua FREE Golden Screen Cinemas(GSC) Tickets.  Anda Bila Lagi..
Pada hari nak tengok wayang, tunjukkan sahaja kertas yang kita print tadi tu ke kaunter GSC yang berdekatan. Coupon ini boleh digunakan pada bulan birthday kita sahaja. Dah masuk next bulan, dah tak boleh redeem dah.

Coupons ini juga hanya boleh digunakan untuk tengok selected movies sahaja. Movies yang bertanda asterisk(*) sahaja boleh pilih. Kat kaunter GSC akan ada satu list movies yang bertanda  asterisk(*). Tapi okla daripada tak ada kan. Sekurang-kurangnya free.  Then movie IP Man III yang kitaorang tengok time tu still dalam tempoh wajib tayang. Maknanya bukanlah tengok movie yang dah lama ditayangkan di GSC.


Tahun ini birthday Kimchi dah guna untuk tengok movie IP Man III.  Bulan November  nanti boleh tebus dua lagi tiket free dengan mengunakan birthday saya pulak. Jimat2..haha  

7 March 2016

Menang Giveaway Logo & Header by Stanzaku

Alhamdulillah sangat-sangat sebab memenangi  segmen Giveaway Logo & Header by Stanzaku (url: http://bit.ly/2l4FwHN). Dengan memenangi segmen ini, saya  dapat Header blog free, yang akan dibuat oleh blogger KA (url: http://www.stanzaku.com/).

Saya ni tak memang nak kreatif. Buta seni & berat otak kiri. Huhu. Kalau tengok template blog lama saya tersangatlah simple. Header pun tak ada. Nak design sendiri tak pandai. Bila  menang blog header, rasa bersyukur sangat. Akhirnya blog saya adalah sedikit sentuhan pakar seni.


Saya memang serah sepenuhnya kepada KA untuk design header blog saya. Saya tak dapat nak advise banyak. Macam saya cakap tadi saya ni buta seni.  Dan KA tak kisah pun dengan kebutaan seni saya,hehe. KA cakap dia cuba buat sekretatif yang boleh. Dan resultnya, header yang KA buat untuk blog saya memang cantik. Sentuhan dari pakar kan. KA macam study sedikit pasal saya di blog saya. KA dapat tahu saya adalah Chemist. Sebab tu header yang dibuat ada diselitkan dengan tema seorang chemist iaitu ada calculator, reaction notes, stationary & etc. 




Saya No 4 terpilih..yeay...


Header designed by Blogger KA

Anyway, Thanks to blogger KA kerana pilih saya sebagai salah seorang pemenang & design header blog yang cantik untuk saya.

4 March 2016

Making Red Velvet Birthday Cake With Cream Cheese Frosting For February Babies

Sempena hari jadi February Babies iaitu Kimchi & kazennya, Ocay, saya buat Red Velvet Birthday Cake with Cream Cheese Forsting untuk diaorang. Celebrate di rumah enal. Enal ada prepare dinner. Enal masak ayam masak cili api, sambal petai & sayur. Maklang & Opah pun ada join sekali.

Red Velvet with Cream Cheese Frosting

February Babies

Ocay who always ok..:)

Ready nak dinner.

Dak imaan tak sabar nak makan cake.

Diaorang puji kek sedap. Padahal cake tu pakai ready mix flour jea.ahaks.  Resepi pun ikut jea yang ada kat packaging mix flour tu. Tapi ready mix flour  beli di kedai bakery yang famousla..Bukan beli di supermarket jea. Cream cheese pulak saya buat sendiri. Blend sampai betul-betul gebu. Sebab tu rasa sedap. Then, nak bagi nampak cantik, hias dengan strawberry.

By the way, to both Kimchi & Ocay, Selamat Hari Tuo.. :P

2 March 2016

Menang Mega Giveaway Inspirasi 2016 By Cik Akak

Alhamdulillah..Saya menang wang tunai RM10 dari Segmen Mega Giveaway Inspirasi 2016 By Cik Akak (url: http://bit.ly/2BUWTFo) . Segmen ini dianjurkan oleh blogger Nao Mei (url: http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/).


penselduabee ada dalam senarai terima cash dari Cik En. Cross tu maksudnya process transfer selesai.


Sponsor,Cik En dah transfer duit.

Thanks to both organizer & sponsor.

1 March 2016

Farewell For Qema, The ALH Operation Misi ( =P) At Chacup Cafe, Denai Alam.

Geng Baju Hijau.Bos-bos jea takdo..

Tak ada dahla misi untuk bebudak Nepal. Yang nak bagi ubat kalau diaorang headache, yang nak bagi krim sapu kalau kena gatal,yang tolong isukan leave kalau MC, yang tolong arrange pergi hospital Sg. Buloh kalau dah serius & banyak lagila.
Satu lagi tak ada lagila yang lunch eater setia di ALH Cafeteria. Peneman akak-akak kalau tak makan di luar. Tak ada lagila adik yang boleh kitaorang sakat.huhu..
So much Qema's moment that we alls will going to miss.

Celebrate Qema's farewell di Chacup Cafe, after office hour. Biar boleh lepak lama sedikit. Tak ada pressure.


Makanan di Chacup Cafe pun sedap. Saya order Grilled Dory & Chocolate 3 layers. Sangat sedap. Walaupun Grilled Dory saya dah sejuk (sebab nak tunggu semua sampai & saya order awal), cheese sauce still sedap & tak muak.. Saya boleh bagi 4 out of 5 star. For the price, dalam range affordable bagi saya. Just got one comment on the cake. Cake yang kitaorang makan agak dry. Tak nak review banyak-banyak pasal food sebab entry ni nak focus on Qema jea.

Chicken Chop yang portion nya sangat besar.

Ini saya punya meal & drink. Grilled Dory & Chocolate 3 layer.

Sesi potong farewell cake

Operation Men

To Qema, we alls wish you the best of luck. Mana tahu ini adalah terbaik buat Qema. Supaya Qema dapat yang lebih better & life Qema pun akan jadi lebih better(cakap macam pasal lelaki pulak.hehe). Just believe in Allah S.W.T. Last but least, jangan lupa kitaorang kat sini  & always keep in touch with us yea.