20 February 2016

Otak-Otak Che Wan (Kemaman, Terengganu) Yang Menggamit Memori Gediks Family


Dulu-dulu kalau abah ada kerja luar, selalunya kitaorang Gediks Family ni akan ikut sekali. Then kalau travel sampai atau lalu kemaman, mesti akan singgah makan di Warung Otak-Otak Che Wan. Apa yang bestnya dengan warung otak-otak che wan sampai hampir jadi tempat wajib untuk Abah singgah.

Meal yang special & sedap di situ of courselah otak-otak. Tengok nama kedailah. Otak-otak di situ adalah homemade dan mengunakan ikan segar. Sebab tu isi ikan otak-otak yang dibalut dengan daun kelapa & dibakar ni, rasanya sedap & lembap. Satu lagi, bau hanyir ikan pun tak ada. Selalunya kalau ikan yang dibalut, then dibakar ni, kalau tak pandai buat bahan perap, bau hanyir susah nak hilang. Tapi berbeza dengan otak-otak Che Wan n yang langsung tak ada bau. Hebat tak hebat kan. Kalau berada di kedai tu, akan nampak seorang makchik-makchik tengah prepare otak-otak secara live sebelum dibakar. Satu lagi yang sedap adalah satar. Satar Che Wan tersangatlah lembut, sangat sedap & very rich with spices.  Harga untuk set satar(satu pinggan) & otak-otak(satu pinggan) adalah RM11. 


Order sepinggan otak-otak, sepinggan satar, mee sup, mee calong, keropok lekor & pulut mangga untuk saya & kimchi makan. Habis tau. Jangan tak percaya.

Dak Zafran sibuk main air limau

Selain Satar & Otak-Otak, ada makanan lain juga yang dijual seperti variety kind of mee, nasi air a.k.a bubur nasi, mangga pulut, keropok lekor, sotong & ikan celup tepung & etc.

Saya bawakla Kimchi makan di situ,  Nak bawak Kimchi ke kedai yang dahulu wajib disinggah  oleh Gediks Family. Nak bagi dia merasa keenakkan Satar & Otak-Otak yang homemade & original. Kalau otak-otak di KL, mostly frozen. Bila makan di situ, Kimchi komen memang sedapala Otak-Otak & Satar Che Wan. Tapi otak-otak kitaorang makan yang biasa sahaja. Kalau otak-otak  mengunakan ikan tenggiri, harganya lebih mahal. Bak kata orang kedai tuela. Dia ada tanya saya & Kimchi, samaada kitaorang nak otak-otak biasa or mengunakan ikan tenggiri. Kitaorang just nak biasa ajeala sebab otak-otak ikan tenggiri hargannya Rm11/sepinggan. Belum campur dengan satar lagi.

Makchik-machik yang belakang tu la tengah prepare otak-otak sebelum dibakar.

 Yang ni tempat buat mee.


Tapi ada satu time tu, Gediks Family stop makan di situ. Reason nya rasa harga dah makin mahal. Yeala, even saya & Kimchi makan berdua di situ pun, habis RM35.Ini kan pulak nak satu Gediks Family yang semuanya perut naga. Haha. Tapi nampak pengunjung kedai ni pun, mostly ramai dari KL. Macammana nak tahu. Tengok nombor plat kereta pengunjung-pengunjung kedai ni. Maybe sebab tuela kot, harganya mahal. Harga yang nak sama standard dengan harga di KL. Tapi kesedapan & rasa otak-otak & satar Che Wan still the best, Mana kedai-kedai pun tak boleh lawan. 

4 comments:

  1. memang nampak betul-betul selera la...

    ReplyDelete
  2. Wah, sedapnya. Dah lama tak makan satar.

    ReplyDelete
  3. awak di tag dlm blog utk segmen mengenali blogger

    ReplyDelete
  4. Nice to read your article! I am looking forward to sharing your adventures and experiences. Gustav vigeland

    ReplyDelete