22 February 2016

Meet White Lion Couple At Bukit Gambang Safari Park


Nak macam Abah dah kitaorang ni. Suka bebenar pergi Zoo. Pergi tengok haiwan. Raya tahun lepas ada pergi dah Zoo Taiping & pada December lepas pergi Bukit Merah Ecopark. Then, baru-baru ni pergi Bukit Gambang Safari Park(BGSP) pulak. Pergi ke tiga tempat bertemakan haiwan dalam masa enam bulan. Memang animal loverla kitaorang ni, macam Tokli. Ketiga-tiga tempat ni memang macam sama iaitu tengok & interaksi dengan haiwan, tapi BGSP ada kelainan compare dengan yang lain. BGSP ada singa putih & BGSP adalah satu-satunya tempat yang mempunyai singa putih. Siap ada satu pasang lagi. Masuk-masuk jea BGSP, terus berjumpa dengan pair of white lions. Zone yang menempatkan white lions ini dipanggil Simba Hill. White Lions adalah haiwan kebanggaan & kemegahan BGSP.

Di Simba Hill

 White Lion Couple tengah bersantai

Selain Simba Hill, kawasan-kawasan lain  yang menempatkan pelbagai jenis haiwan adalah seperti Wild Savannah, Night Jungle, Foreign Village & Forest Land. Di Foreign village ada pet animals while di Forest Land ada haiwan jenis reptile, amphibian, birds, monkeys, fishes, insects,  beruang pun ada & banyak lagi. BGSP ni boleh tahan besar & luas jugak tempatnya, yang boleh menempatkan kesemua haiwan-haiwan ini.

Masa mula-mula berjalan di dalam BGSP, nak kena mendaki sedikit. Atas bukit kan Safari Park ni. Nama pun Bukit Gambang. Dah betul-betul mendaki sampai atas, sedar-sedar dah berada di dalam bangunan pada tingkat yang paling atas. Then, tengok haiwan-haiwan start dari atas hinggalah menurun ke bawah.  Haiwan yang paling last & berada di tingkat paling bawah adalah burung. Nasib baik ada stroller untuk Dak Zafran. Tak adalah semput time mendaki. Tapi walaupun berjalan time cuaca panas & nak banyak kena berjalan & mendaki, tak adala rasa bahang & penat sebab di atas bukit ni sentiasa windy. Rasa sejuk jea. Peluh pun cepat jea tersejat.Haha.  Satu lagi, nak berjalan di BGSP pun rasa sangat mudah & selesa sebab walkway yang ada di sepanjang BGSP sangat visitor friendly. Walkwaynya berbumbung & baby pram friendly.

 Dah start kena mendaki


Pergi ke Foreign village dahulu seba Night Jungle belum dibuka lagi
Di Foreign Village



Dak zafran macam cuak jea tengok arnab tu


Ada wallaby dalam cage tu


Arnab lagi


Rumah tradisional pun ada




Dah berada di Forest Land. Belakang tu adalah sarang scorpions

Tengok ikan dalam akuarium


Kura-kura tengah menikmati juadah


Belakang tu iguana


Beruang

Sun bear

Satu lagi yang best di BGSP  adalah Wild Savannah. Wild Savannah membolehkan kita berada dekat dengan haiwan-haiwan liar apabila berada di habitat semulajadi haiwan-haiwan ni. Haiwan-haiwan liar yang ada di dalam wild savannah adalah Hyena, singa, harimau, cheetah, gajah, hippopotamus, gajah & banyak lagi. Rasa macam di Afrika pun ada. Tapi di dalam Wild Savannah ni, of coursela kita dipisahkan daripada haiwan ni, dengan berada di dalam tram.  Itu sebab Wild Savannah dikenali sebagai Tram Drive Thru Zone. Tram inilah yang bawa kita berjumpa dengan haiwan-haiwan ni. Yeala, kita nak tengok haiwan yang bukan setakat liar malah ganas kot. Memang cari nahasla kalau tak duduk dalam trem.  Tram yang bawa kitaorang ini juga, akan berhenti  betul-betul dekat dengan haiwan-haiwan wild savannah. Ada haiwan yang terus terkam tram yang mendekati mereka. Macam time kitaorang, ostrich yang pergi terkam trem yang kitaorang naik. Duk patuk-patuk trem kitaorang.



Naik tram nak masuk ke  Wild Savannah


Tunjuk elephant kat Dak Zafran


Dak Zafran tengok dengan penuh minat


Tengok lions pulak. Ni lions biasa jea, bukan white lions


Ostrich ni la duk patuk2 tingkap tram




Time di kawasan harimau, Dak Zafran dah start losing interest

Di BGSP juga ada animal shows. Kalau boleh stay lagi sampai ke malam, boleh tengok fire show & tarzan show. Nak tengok Night Jungle Animals pun boleh jugak. Night Safari start dibuka pada pukul 6pm. Tapi kitaorang ta kpusing habis di Night Safari & tak tengok kedua-dua show sebab lewat sangat. Dak Zafran lak dah penat & start meragam.


Bird Show


Di Night Jungle


Tapir

Dah di exit dah

Tinggi Dak Zafran baru 80cm. No wonderla ticket for him still free..ahaks

Overall, BGSP memang best sebab lokasi yang sangat strategic, very visitor & baby friendly & ada banyak jenis haiwan yang ada di situ. Yang paling best Dak Zafran dah pandai tengok kesemua haiwan ni. Macam ni Wild Savannah, walaupun tengok dari dalam trem, Dak Zafran ada tengokla & bagi respon bila kitaorang tunjuk-tunjuk haiwan kepadanya. Tak adala buat blur & buat hal sendiri. Haha.  Komen negative , just tak boleh bawak masuk makanan luar jea. Nak makan, kena beli di dalam BGSP. Maybe nak jaga cleanliness & juga as marketing strategy untuk lariskan makanan yang diaorang jual di dalam BGSP. Tak kisahla yang tu. Kitaorang dah makan siap-siap sebelum masuk BGSP. Apapun, BGSP best & terbaik.


5 comments:

  1. macam best je kan...
    boleh layan gak ni..

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak masuk safari, budak2 dh keletihan berendam huhuu

    ReplyDelete
  3. bestnyaa. hari tu pergi Gambang tak sempat singgah sini.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat spend time dengan family kan...

    ReplyDelete