24 February 2016

Celebrate Kimchi's Last Year As Twenties At The Hideout


Tahun ni umur Kimchi dah 29 tahun. Lagi setahun, Kimchi dah nak masuk three series dah.. Dah tuo dah Kimchi..Ahaks.. 


Celebrate birthday Kimchi di The Hideout, Bukit Jelutong.  Lokasinya berdekatan dengan Zawara Coffee, Bukit Jelutong.The Hideout ni berkonsepkan hipster. Suasananya rilex jea bila berada di cafĂ© ni. Pengunjung pun ramai yang datang makan di situ.

Dak Zafran dah berdiri-diri atas sofa, tanda nak kebosanan

Sentiasa standby honeystar supaya Dak Zafran under control

Ramai yang datang makan di situ. Penuhla semua meja belakang saya tu.

Untuk makan, saya order Hideout Chicken Chop & Hazelnut Chocolate Smoothie, while Kimchi order Lamb Chop & Strawberry Smoothie. Portion chicken chop agak besar & rasanya sangat sedap. Selalunya kalau makanan yang portionnya besar, rasanya jarang sedap & mesti akan cepat muak. Mesti tak habis. Tapi berbeza dengan chicken chop ni, rasanya sedap sampai tak terasa portionnya banyak. Sedar-sedar dah makan sampai habis. Chicken Chop batter pulak sangat garing & daging ayam di dalamnya sangat lembut. Fries yang include dalam meal ni juga banyak. Boleh share dengan Dak Zafran. Tak perlu order meal yang lain untuk bagi  Dak Zafran makan. Saya teringin nak try rasa coffee di situ. Tapi memandangkan still BF Dak Zafran, tu yang order Hazelnut Chocolate Smoothie. Rasa smoothie juga tak mengecewakan. Very rich with chocolate, but at the same time tak rasa muak. Minum sampai habis jugak. For Lamb Chop yang Kimchi punya, saya try rasa. Dagingnya sangat lembut & sos BBQ sangat sedap. For the price, tak adala dalam range yang affordable. Tak dapatla nak makan selalu sangat. Setakat nak makan 2-3 kali setahun bolehla.


Super mouthwatering hazelnut chocolate smoothie

Dak Zafran kongsi fries dengan mama

Hideout Chicken Chop

Lamb chop

Ready nak godam lamb chop

Suasana di Hideout

To Kimchi. Happy 29th Birthday. Thanks for being such a good husband & father to both of us. You don’t need to be perfect because human have limit & tend to make mistake. But as long as you already give the best as you can, that is good enough to both of us. Happy birthday again to you. Love Mrs Kimchi & Dak Zafran. #ayatbuatsendiri #grammarkelautadaakukisah #asalkanmaksudsampai #haha

2 comments: